Monday, March 15, 2004

.....atas beberapa masalah teknikal..adik usu n usu memutuskan utk berhenti buat sementara waktu...semoga dapat datasi dgn segera..semoga apa yg tertulis sebelum ini dimanafaatkan dgn sebaiknya..
wanita..engkaulah sang lentera..
tanpamu..
sepilah persada maya..
semoga kau damai sejahtera..
utk selama-lamanya...
p/s : adik ada komen terakhir?

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:00 AM

************************

Sunday, March 14, 2004

LENTERA DAN ALAS KAKI!

Petikan cerpen..MIHWAR : 7/2000

Ya ….ar-Rahiim..
Jalan yang engkau bentangkan dihadapanku laksana belantara yg mesti ku tembus dimalam gelita. Aku takut tersadung. Aku takut tersalah arah. Untuk itu, aku perlu lentera dari Mu, agar mataku boleh melihat jalan mana yang harus kupilih dan ku lalui. Kalaupun jalan yang ku pilih nanti penuh dengan bebatuan runcing dan kerikil-kerikil tajam. Aku juga perlu alas kaki dari MU, agar nikmat pabilaku melangkah agar tidak sakit aku rasakan…


**********

Ana mengajak anti bersama dalam jihad. InsyaAllah cinta yg ana rasakan adalah kerana cinta kerana Allah..
Ucapan itu begitu manis menyapa cuping telingaku. Hingga ucapan itu sentiasa tergiang-ngiang di telinga ini. ..aku bangga seketika menjadi suntinganmu..betapa tidak..yang tampak oleh mata kasar manusia, engkau adalah teruna muslim.. yang dikurniakan paras tampan n gagah, yang aktif dalam medan berdakwah, yang memiliki suara merdu ketika melaungkan Azan n mengalunkan ayat suci, yang menjadi impian n igauan muslimat untuk menjadi dia sebagai pendamping sejatinya..

Maka dengan melafazkan Asma Allah, ku hulurkan tanganku agar dibimbing menuju hidup yg penuh pengharapan, menuju jihad seperti yg diidam-idamkan..Hari-hari yg dilalui begitu indah sekali ..ditambah pula dgn kehadiran tiga jundi ..amanah dari Allah..
Allahu Akbar..keindahan yg aku rasakan tidak berpanjangan dan berkekalan, ibarat ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..sejak akhir-akhir ini, banyak kejutan ku temui. Aku laksana melihat sosok lain..disebalik wajahnya..lain sekali..
Apa yg tidak pernah diduga manusia ternyata boleh terjadi kerana Maha Pembolak balik hati manusia akan bertindak sesuai dengan yg dikehendakinya. Hampir aku tidak percaya dengan penglihatanku. Di saat Allah Mempermudahkan datangnya rezeki bagi suamiku, dia berubah menjadi sosok yg tidak pernah ku kenal..Dia bukan lagi seperti suami kecintaanku yang dulu…
Hari-hariku menjadi aneh, imanku menjadi turun naik tak menentu. Mungkin kerana tiang yg aku menumpang berpaut telah rapuh.,.,Dia menjadi semakin lupa n jauh..airmataku sering tumpah tak terbendung..Aku sering mengingatkan kepadanya dgn membaca beberapa petikan ayat Allah seperti Al-Imran : 14..begitu juga surah al-munafiquun; 9..
Harapanku ..ia mahu memahami dengan kesungguhan hatinya..agar dia kembali seperti suami kecintaanku yang dulu..namun, hatinya seolah-olah licin menerima ucapanku..kata-kata itu hanya bagi angin lalu yg tak memberi apa-apa bekas n kesan..hanya meluncur dalam hatinya tak melekat..
Semakin hari cinta yg kurasakan semakin tak menentu, cinta yg gelisah..cinta yg penuh ketakutan..aku begitu khuatir dgn tumbuh mekarnya calon jundullah ..mujahid kecilku yg berada dalam bimbinganku, aku pun begitu takut dgn keadaan diriku sendiri, yg lama-lama tidak mustahil hanyut ikutsama..
Aku begitu rindu, kerinduan yg terbayang..rindu mendengar alunan ayat suci dari suaranya yg merdu..terlalu rindu dia menemaniku ketika qiamullail ..rindu..rindu..yg mengoyak hatiku…

Sambungan seterusnya cari dalm buku MIHWAR…;)

Ana suka belek buku Mihwar yg lama-lama..ulang sampai 4..5 ..kali..sekali baca macam nie..dua kali..lain pula ibrah yg boleh diambil..tiga kali baca …best sangat..tulis dlm blog..;)..walaupun cerpen nie ramai dah baca..anapun baca 3 tahun dulu..tapi banyak pengajaran..sesungguhnya hati ini milik Allah, Allah mampu membolak balikkannya..biarlah siapapun kita sekarang..kita tak boleh jamin penghujung kita baik..doalah agar kita mendapat husnul khatimah.. Ya muthabbital qulub..thabbit qulubana ala deenik waala thoatik ..sesungguhnya dunia ini fana tiada yg kekal..n akhiratlah yg kekal abadi..

P/s: sape nak buku mihwar nie..buku lama-lama..boleh je nak bagi hadiah..ehe..
Doa..nak exam esok!!!…harapnya agar tidak takut lebih dari takut pd exam akhirat! moga persediaan exam akhirat lebih lagi..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:50 PM

************************

Saturday, March 13, 2004

kesedaran politik pra-syarat kebangkitan ISLAM!



saje letak peta selangor.. nak mengundi nih..tak boleh mengundi tahun nie..;(..iskh..tak buat lagi..


Hari ni hari penamaan undi, ana ambil peluang lihat berita..dah setahun rasa tak tgk tv..;)..astaghfirullah..apa nak jadi pada Malaysia?..satu kesimpulan yg ana buat membayangkan ..entahlah..ana tak suka betul senario pilihanraya di Malaysia..
Pesan pengerusi SPR..kempen hendaklah dilakukan dgn cara yg bertamadun..membayangkan apakah raykat Malaysia sudah tidak bertamadun..? fikirkan..
Sungguh memalukan apabila di baling..pendakwah melawan imam?..apakah yg dicari?.. dipermatang pauh..pengerusi Keadilan melawan Imam masjid Negara?
Cukuplah dua contoh ini membayangka ..rasanya antum boleh lihat sendiri senarai calon di berita harian online..dan buatlah kesimpulan sendiri mengikut kefahaman antum..

Ramai dikalangan kita yang berminat dengan penglibatan politik. Itu satu perkembangan yang bagus, kerana dengan terlibat dalam arena politik seseorang dapat merasakan dirinya hadir dalam isu2 manusia..
Sekadar berminat dgn politik ..belum memadai, untuk membentuk gelombang pergerakan politik yang sedar dan mencipta perubahan, kerana perubahan politik hanya akan berlaku dengan matangnya "kesedaran politik" dikalangan pekerja Islam..dikalangan jundullah yg bekerja utk Islam..tanpa kesedaran ini secara betul..penglibatan atas dasar suka-suka atau terpedaya dgn linangan fatamorgana kemenangan dgn cara mudah n cepat tidak akan mebawa apa-apa..syeikh Arsalan pernah mengungkapkan..apakah kita mahu mengumpulkan angka-angka kosong!..benarlah..kosong didarabkan dgn billion pun akan menghasilkan jumlah kosong!
Kita seharusnya memeriksa sejauhmana kesan politik hari ini terhadap amal Islami secara khusus dan menganalpasti apa-apa pindaan dan pengubahsuaian yang perlu dibuat…seharusnya kita:
-memahami realiti,dan memeriksa aspek dan pihak yang mempengaruhinya
-mengikuti perkembangan peristiwa, menganalisanya, memeriksa latarbelakang dan berbagai kesan dan dimensinya n mengetahui tradisi zaman ini, uruf, budaya, ilmu dan undang-undang yang dipakai serta yang lapuk yang sering bertukar ganti.
- mengetahui projek orang lain-kawan dan musuh-dan berbagai perubahan yang berlaku serta mencari sebab kejayaan atau kegagalannya
- memahami istilah semasa, bahasa politik, kesusasteraan dan sains, disamping membaca pengucapannya..


Kesedaran Politik Sebagai Pra Syarat Kebangkitan Islam..!
ingat..dakwah kita..kita bukan parti politik..tetapi politik sebahagian dari kita..wallahua lam..

......................

I can't give solutions to all of life's problems, doubts, or fears. But I can listen to you, and together we will search for answers.
I can't change your past with all it's heartache and pain,nor the future with its untold stories.But I can be there now when you need me to care.
Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;I can only support you, encourage you,and help you when you ask.
I can't keep your heart from breaking and hurting,But I can cry with you and help you pick up the piecesand put them back in place.

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:48 PM

************************

Friday, March 12, 2004

hammuka ala qadri ma ahammak..

hammuka ala qadri ma ahammak..

Humum (kesibukan, kesungguhan dan segala yang berkaitan dengannya) kita adalah bergantung dengan apa yang kita jadikan sebagai agenda.

Kesibukan, kesungguhan dan fana` nya kita dengan sesuatu perkara adalah bergantung dengan apa yang kita jadikan sebagai agenda dalam hidup ini. Dan inilah yang telah ditunjukkan oleh generasi Muslim yang terdahulu dan oleh Sultan Muhammad II sendiri.

Mereka berlumba-lumba untuk menjadi orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud: Akan dibuka Kota Kostantinople. Maka sebaik-baik pemimpin, adalah pemimpin yang membukanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang membukanya.

ana sebenarnya suka bercerita mengenai sultan muhammad fateh n pembukaan Kostantinoplenya..tp ceritanya panjang..ana juga suka kalau bercerita sambil tgk CD..barulah real!..Cd nya bahasa arab.. teringat masa cite dekat akhawat oz hari tuh..tak taulah ana sorang je ke yg semangat..;(

Menurut catatan sejarah terdapat 11 cubaan (tidak termasuk yang terakhir) untuk membuka Kostantinople. Tujuh daripadanya berlaku pada dua kurun yang pertama.

Pada tahun 34 H (654 M) oleh Muawiyah sewaktu pemerintahan Saidina Ali
Pada tahun 47 H (667 M) oleh Yazid bin Muawiyah juga pada zaman Saidina Ali
Pada tahun 52 H (672 M) oleh Sufian bin Aus pada zaman Muawiyah
Pada tahun 97 H (715 M) oleh Maslamah di zaman Umar Abdul Aziz
Pada tahun 121 H (739 M) sewaktu pemerintahan Hisyam
Pada tahun 182 H (798 M) oleh salah seorang panglima Harun ar Rasyid

satu perkara yg menarik mengenai sultan fateh nie..semangat jihadnya yg sentiasa berkobar2...Hadis Rasulullah saw itu sering bermain-main di fikirannya. Setiap gerak gerinya dibayangi oleh hadis tersebut. Jiwanya sentiasa berkobar-kobar untuk meraih kemuliaan yang dijanjikan oleh baginda saw itu. Dia seakan bersedia untuk melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat dan cita-citanya. Beliau sering mengungkapkan: Niatku ialah mentaati perintah Allah iatu dengan berjihad di JalanNya dan semangatku ialah semangat di jalan agama Allah...

moga kita akan menurutinya..InsyaAllah..

satu perkara yg sgt menarik bila tgk Cd sultan fateh nie ialah bagaimana dia mengarahkan tenteranya supaya memindahkan kapal melalui jalan darat sepanjang enam batu di atas kayu-kayu yang disusun dan disapu minyak di atasnya. Sepanjang malam itu tenteranya telah berjaya memindahkan sejumlah 67 buah kapal kecil ke perairan pelabuhan Kostantinople melepasi halangan rantai besi. Dukas seorang ahli sejarawan Baizantin yang sempat menyaksikan persitiwa itu berkata: Sesungguhnya ia adalah mukjizat yang tidak pernah didengar atau dilihat oleh sesiapa sebelum ini...imagine tarik 67 kapal merentasi bukit dalam satu malam..masyaAllah! bila tgk CD tue rasa semangat betul!

yg lebih mengharukan..bila laungan takbir n tahmid..sebelum perang..ada syeikh yg baca ayat quran yg Allah janjikan janjikan ganjaran syahid....lps tue..seeru ala barakatillah..tak tahulah kalau sape yg takde perasaan tgk CD nih..malam sebelum perang, sultan fateh hanya pilih tenteranya yg qiam ...bangun di tengah malam..dia telah memilih..ruhbanul lail wa fursanu fi nahar..masyaAllah!..
inilah antara faktor kemenangannya..
taqwa n iman para jundullah!

Sultan Muhammad II masuk ke dalam kota pada waktu zohor. Ketika itu beliau mendapati tenteranya sedang sibuk mencari-cari harta rampasan. Beliau kemudiannya mengeluarkan arahan supaya dihentikan perbuatan tersebut. Setelah itu beliau telah menziarahi gereja Aya Sofia lalu memerintahkan supaya dilaungkan azan sebagai tanda bahawa bangunan tersebut telah menjadi masjid untuk Muslimin. Beliau setelah menunaikan sembahyang dua rakaat sebagai tanda kesyukuran....
sungguh..benarlah....Akan dibuka Kota Kostantinople. Maka sebaik-baik pemimpin, adalah pemimpin yang membukanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang membukanya.

p/s : adik..akak tak niat..huhuhu.. ikhlas dari hati..harapnya ke hati jua ia sampai..
my dearest sister...
I find that I am finally able to write to you.
I have not written you a letter since .....
I didn't know what to say to you.
I knew that nothing I would say could make you feel better..
Our relationship as sisters, friends... fillah!
has become so special to me that I would do nothing to jeopardize it...

Thanks for all the fun, friendship, and love you have brought into my life..
aduhai..ape kena dgn usu nih...MISSING YOU My Dearest Sister...

selamat pergi ke adelaide..nak ikut jugak..huhu



** penulis **WANITA ISMA  ** jam **10:22 PM

************************

hey sister
won't you listen to me
you're my sister so listen carefully

this life that we're living
wasn't made for nothing
life is a test from Allah almighty

there are many times
when Allah will test you
to see if you will obey or betray

this life is a life of test
need patience for success
so is your iman strong enough
or would you fail just like the rest

obey for Allah's love
betray be sorry for yourself
when you're standing helpless there
in front Allah the almighty

life is a life of test (believe it)
you must strengthen your faith (hey sister)
and don't you fail like others

hu..u..u... my sister

hey sister
what's there for you to say
it's up to you if you want to believe me

Allah created us
give us everything
so be grateful and don't betray

laugh at me if you wish
say i'm crazy if you want
you'll bite you your fingers one day
when you find out the truth

believe me or do not
it's a change for you to choose
just don't you cry one day
when it's already too late

you would be sorry
if you choose to betray
there is no one there to help you

hu..u..u... my sister

if you'd follow Allah's way
you'd be safe in paradise
if you'd listen to me
i could lay my mind to rest

you'd then be happy
there is no need to worry
you would live forever happy

you would be happy
you would be happy
you would be happy
hu..u..u... my sister

you would be happy
you would be happy
you would be happy
my sister

if you just follow Allah's way





Dear my dearest sisters,

Mistakes, I do it all the times
But don't think I like them
Somehow since I've been to long
in a gloomy past
Keep bugging me as I run from them
Put in mind, there's sun to light me in my day
There's moon and stars to guide in darkness
Through time my path seems clearer
But still cloudy sky is unpredictable
Put a hope, I allow it to do so
Not a person I am who is perfect
Don't put it too high drastically
for I may fall when try to reach it

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **1:01 PM

************************

Thursday, March 11, 2004

NIKMAT UKHUWWAH FILLAH!

semalam terima sms dr oz tentunya ..yg membuatkan ana menangis semalaman.. terharu, sedih n sayu..

katanya..
usu..*** rindu BR ..kat sini tak subuh jemaah, *** susah nak bangun, kekadang 5 minit nak syuruk baru bangun..usu kat mane?..nape tak kejut *** bangun jemaah...
*** tgh nangis, usu takde..sape nak marah *** kalau *** buat jahat..dah takde org nak tegur, kadang2 lepas subuh, *** tak larat baca ma'thurat...tertidur..


duhai adik2ku...kalaulah dekat..;(..itulah nikmatnya ukhuwwah fillah..susah nak kata.... aku tidak pun berdaya..menahan hibanya rasa..

tgh2 boring baca buku..dapat sms dr seorang lagi adik ..
tak makan lagi..runggu kakak datang melbon..rindunye..
aduhai... saje je mesej, melbon semakin sejuk..bila nak datang lagi..?
hu..hu..rindunye..usu..usu..usu..kat mana2 nampak muka usu..;(
dan banyak lagi mesej yg membuatkan ana tak senang duduk..
terima kasih pada kalian kerana nikmat ukhuwwah yg telah Allah anugerahkan..

fawathiqillahumma rabitataha.. Ya muthabbital qulub..thabbit qulubana ala deenik wa ala thoatik...


bile baca buku banyak2 nie, baru sedar..ana nie tak minat business sebenarnya..ana minat account..tapi nak buat guana, abis spm..nak pilih kursus.. ? ke nak pilih universiti? nak pilih perkara kita minat ke? nak pilih perkara yg kita tak minat tp diperlukan utk ISLAM..cuba cek balik..kita nie belajar2 nie..sbb kita minat ke?..atau sbb apa yg kita ambil nie diperlukan oleh ISLAM?..sama2 fikirkan..



Gelombang Keadilan
Munsyid: Shoutul Harakah

http://luthfie.blogspot.com/

Melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Tak kan surut walau selangkah
Tak kan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

http://senandungmujahid.blogspot.com

Genderang jihad tlah dikobarkan
di dada para pejuang kebenaran
yang rela korbankan jiwa dan raga
tuk meraih gelar sebagai syuhada

mari berjihad
kumandangkan kalimat takbir kemenangan
melaju jangan ragu
syurga Allah telah menantimu

Illahi Robbi Izzati ridhoi jalan kami
hingga syahid menghampiri kami..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:25 PM

************************

kisah teladan..

erm..baru tergerak nak post artikel nie, akak idah telah mencurinye..huhu..utk semua sebagai pengajaran2..lagi2 utk adik..;)

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya menemukannya?

Gurunya menjawab, "Ada ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu sajaranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, artinya kamu telah menemukan cinta" .

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik)". Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumelanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusadari bahwasanya ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab " Jadi ya itulah cinta"

Di hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya bisa menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur didepan saja.

Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, karena artinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/ subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong.
Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan kurasa tidaklah buruk-buruk amat, jadi kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya kesini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya"

Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan ya itulah perkawinan"

# posted by ariesta @ 5:01 PM


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:05 PM

************************

Wednesday, March 10, 2004

Apabila kakak menulis..nak terima..terima..tak nak..abaikan.;)

Salamullah ‘ alaikwarahmatuh wamaghfiratuh,
Semoga sentiasa berada dalam nikmat iman n islam..

Menyelusuri perjalanan seerah..menyedarkan kita betapa sahabat terdahulu menerima pelbagai bentuk penyiksaan n halangan dalam menegakkan hukum Allah swt, betapa mereka menerimanya dengan sabar n redha..Ibtila merupakan sunnah org berjuang.. ujian n rintangan adalah rencah kehidupan..peliknya..jalan kita hari ini kelihatan mudah sekali dibandingkan sahabat yg terdahulu..apakah kita berada di jalan yg salah? kerana ibtila adalah sunnatullah atau sebenarnya kita masih belum betul-betul menegakkan kalimah ALLAH swt.. kita belum bekerja lagi? sama2 kita fikirkan.. habis tidak pun, kita di caci..dimaki..tapi aggota fizikal kita belum pernah disentuh..lihat sahaja pada cerita ghulam yg sgt popular di oz, sehingga dipanah.. lihat saja pada Nabi Zakaria..digergaji.. lihat sahaja pada Nabi Ibrahim..dicampak dalam api..kita? sama2 renungkan..mungkin sebenarnya ia terjadi..waqi di Palestin menceritan..
Firman Allah dlm surah al ankabut 29: 1-3 n Imran 3; 142..boleh rujuk sendiri apakah kita rasa kita sudah betul2 beriman sedangkan kita tidak diuji sebagaimana org yg terdahulu?
Bukanlah kita minta dibelasah..atau kita minta kita dipukul..cuma..ujian yg menimpa diri kita apalah sgt seolah membayangkan kita masih belum betul2 bekerja sedangkan memang Allah sebut.. org yg beriman ini akan diuji…actually, kalau Allah nak tegakkan Islam ini terlalu mudah.. kun, fayakun tetapi takdelah perbezaan antara mu 'min yg sejati n gologan munafiquun, takdelah istimewanya mereka yg bekorban di jalan Allah n sanggup menggadaikan nyawa mereka.. andaikata Muhammad saw semulia2 insan n manusia yg paling Allah cintai .. mengapa rom n parsi tidak dibuka dizaman rasulullah saw masih hidup? tetapi diberi kemuliaan kepada salah seorang sahabat utk membukanya setelah nabi wafat..?..sama2 renungkan….
Kalau dilihat..dicongak2..terlalu sedikit sahabat yg mati dimekah n madinah..yg lain2 semua mati jauh dr kampung halaman..di yaman dan serata dunia..Ummu Aiman sendiri ..seorang sahabiyyah mati di Cyprus..sahabiyyah tue keluar berjihad..tetapi kita nie..susah betul nak tinggal kampung halaman..ayam itik..n entah ape2 lagi..itulah kalau letak dunia di hati..
Ada satu hadith yg mana ada disebutkan ada 5 perkara yg Allah sahaja tahu..urusan Allah..kita tak payah nak susah2 fikir..antaranya kita mati dimana?….apa yg akan berlaku esok?..bila hujan akan turun?..lagi dua ana tak ingat..sape2 jumpa boleh khabarkan…
Erm, sebenarnya mudah je nak hidup..kita tak tahu kat mana tempat kita menghembuskan nafas yg terakhir..jd bertebar je lah diatas muka bumi ini.. apelah susah sgt nak hidup..pergi jelah mane2..ke guana?
Surah at-taubah – 9:11.. Allah beli harta n diriorg mukmin dgn syurga?..tak nak ke offer tuh?

Sahabat-sahabat seperjuanganku..
Sedar taksedar..apabila kita susah..kita akan merintih sayu..n menangis setiap hari meminta pertolongan dari Allah..tetapi apabila sampai kepada situasi yg kita seolah tidak bergantung n berharap kpd Allah..kita menjadi lalai n lupa diri..??
Banyakperkara kita kena muhasabah balik..tiap hari bergelak ketawa..apakah kita mahu menangis diakhirat..atau biarlah kita menangis didunia n tersenyum di kemudian hari..

Sahabat-sahabat seperjalanan..
Dimalaysia, bahang pilihanraya sudah semakin terasa..dimana2 warna biru kelihatan….kita jua harus melaluinya.. menang tak menang bukan urusan kita..itu urusan Allah..yg penting kita berusaha..sekiranya menang..mungkin jalan daawah kita terbuka lebih luas n lebih mudah bekerja..tetapi andai kalah..daawah harus diteruskan..bukan bermakna..andai jalan itu susah kita berhenti..jalan daawah ini umpama kita sedang melalui lebuh raya..n sekali sekalakita transit di R n R..dan pilihan raya antara transit yg perlu kita lalui..harapnya di transit itu, ada hasil yg dikutip..mungkin ada peluang utk kita berdaawah..ada peluang kita mendekati masyarakat..
Semoga hidup kita..mati kita..keranaMu ya ALLAH!

p/s : adik..apa yg berlaku ada hikmahnya, semoga kita sama2 dpt mebuat keputusan yg terbaik! semoga apa yg kita lakukan keranaNYA.. bukan kerana kepentingan lain..miss u fillah! akak bosan mengadap buku hari nie..start enjin..naik kete..tp tak tau nak ke mana..pusing2 la cari tpt study yg tenang..tapi tak jumpe..nak pergi laut ..takde..ade tasik je..tp tak tenang jugak kat tasik..last2..pergi ofis..dpn komputer..:) chatting dgn adik..last2 kita sama buntu..apa yg harus kita lakukan..Ya Allah bantulah hambaMu ini..
-yg jauh tue..dpt tiket balik pilihanraya..balikla..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:30 PM

************************

Tuesday, March 09, 2004

tadi.. mula 1st tute untuk Electronic Device... Hrm... Subjek ni, lebeh kureng cam fizik aje.... Tapi, tak blaja pape pun mase tute tadi.. Ada sesi "ta'ruf" aje... Hmm... Yang menarik tu, tutor adik soh setiap sorang cari partner, then interview sesama sendiri... Senaraikan 3 things about yourself... but one of them is a lie.... Pastu, seisi kelas kena teka, mana satu yang tipu... Adik pun, senaraikan la kat partner adik ni...

1. Loves Japanese Anime
2. Brought up in Melbourne
3. Likes Linkin Park

Masa turn adik.. orang lain kena teka.... Mana salah satu fakta ni yang tak betul mengenai adik... Huhuhu.... Semua orang confused!! Haha.. Sume orang cakap... no.3 tu la yang menipu... Hehe.. tapi honestly, tu one true fact about adik laa.. I don't like the band, not the music... just the lyrics of the songs...
"Time is a valueable thing, watch it count down as the pendulum swing, watch it goes by till the end of the day, the clock ticks life away" - In The End

dan ade la bape2 lirik yang best.... Daripada dengar lagu2 Melayu yang putus cinta, jatuh cinta... ntah hape2... Isk... Lagi teruk... Cinta bukan kerana Allah lak tu... Dah le yang nyanyi rata2 beragama Islam..... Kalau omputih tu, sedia maklum jugak le...
But.. huhu.. Should I say at first, "I used to like Linkin Park" ... Hehe.... Skang... tak de.... But, kita kena ada paradigm shift kan.. Paradigm = shared mind-set that represents the fundamental ways of thinking, understanding and perceiving the world...
Alih arah, kita ada matlamat kita.... Nak hiburan pun, biar kena pada matlamat.. Teringat masa kakak amik adik kat airport KLIA masa balik Mesia ari tu, kiterang makan kat Burger King... (BOYCOTT ISRAEL) *mase tu darurat adik lapar sgt...hehe*
Tiba2 berkumandang Lagu Raya... Automatic tetiba spontan je adik cakap, "ISK, LAGU RAYE...MENIPISKAN SEMANGAT JIHAD JE" Haha.. Kak Idah dan Kak Syah gelak terkejut... Extreme plak adik.... Kakak pulak, siap cover2.. "Ni bukan usu yang ajar nih.." Hehe.... Tak pe la kan.. Kakak dok kasi adik kaset2 lagu arab..walau tak paham, dengar jugak..semangat gak...
hehe.. Tu je.. Wassalam

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **4:02 PM

************************

tiba-tiba jatuh cinta ngan subject management plak... sebab bleh relate dengan kehidupan di atas jalan dakwah ni...

Management = attainment of organisational goals in effevtive and efficient manner through planning, organising, contolling, leading

Management Roles
Roles = a set of expectations that determines how one should behave

Informational Roles (managing information)
Monitor - seek and receive info; maintain personal contact; scan periodicals n' reports
Disseminator - fwd info to other organisation members; send report n' memo; make phone calls
Spokesperson - transmit info to outsiders through speeches; send memo n reports

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **1:49 PM

************************

belajar dr pengalaman..

alhamdulillah selesai satu paper, BUSINESS STATISTIC..tak larat nak tekan calculator..aduhai.. actually, masa tak cukup, kelam kabut..tak masuk melayan panggilan n baca sms kak amy lagi..;).. overallnya dah lepas..usah dikenang pada yg telah pergi..;)
NEXT ..MO! ..case study HARVARD bertimbun2...;(..tgh jawab exam..sgt ngantuk! tetiba teringat kisah di MADIWA..mengantuk2 nie.. sahabat pun ada bangkitkan kisah tue..kisah mengambil diploma SYARIAH WAL QANUN tanpa penghayatan didada..al 'ilm fil kutub..wa la fi sudur..;).. kami 50 lebih keseluruhannya dlm satu kelas..sebenarnya lebih kepada percubaan utk test ke AZHAR ambil tahun 3 terus SYARIAH WAL QANUN, jadi masa ada 6 bulan je..nak tak nak..belajarlah semua sekali silibus 3 tahun..maka..jadinya.. belajar tiada rehat.. bintang ..bulan..matahari semua nampak sama..;) kelas tiada jadual..strait..munaqasyah boleh jadi sampai 2..3 pagi..masih dikelas..bayangkan..lecturer tak balik2 sampai 2..3 pagi dr 8 pagi..;)..bagusnye lecturer..org lain cuti hari sabtu..kami tak cuti..habis sebulan..exam..habis sebulan lebih exam..lawaknya bila exam..malam tue punya banyak nak baca..yelah utk satu tahun..kami berenam (akhawat jaipetra;)) tak tidur langsung..sama2 lah memberi galakan..nasib baik tak lama..6 bulan..kalau tak..ape dah jadi pada kami..huhu..keras rasa hati masa tue..hafal akta2 mesir..ade ke logik?..entah bile nak guna..?? esoknye masa exam..selalu ade akhawat yg tertidur masa menjawab n kerja ana adalah mengejutkan..jawab2..jawab cepat..hehe..best..best..nostalgia itu tak mungkin berulang..habis exam..semua macam tak nampak jalan..tp kan..bila kita sgt tertekan masa tue..24 hours digunakan sepenuhnya.. masa jalan ke kuliah semua pakai walkman, kami tak sembang, dengar ayat quran..maklumlah kena hafal 6 juzu' .. memang rasa tak buang masa walau seminit.. andainya dpt dipraktikkan lagi sekarang.. sampai sekarang, rasa belum ada lagi rasanya..struggle sehebat masa tue..teruk betul!
dlm bas..atas bas..tgh jalan..pergi pasar...mmg walkman ada..pegang nota..aduhai..sekarang?..skrg ingat lain..pegang lain..;)
tp, yg tak eloknya..habis periksa..semua di'delete' dgn kadar segera..yelah nak bubuh madah yg berikutnya..tak cukup megabait..hehe..tak elok2..
at last, setelah bertungkus lumus.. dr 50 lebih tue 6 org je lulus..huhu..sedih..tp akhawat semua dapat ke MESIR..terus tahun 4..pengalaman itu sukar dimengertikan oleh mereka yg tak melaluinya.. belajar memanfaatkan masa dgn sepenuhnya.. dlm masa 6 bulan..36 subjek + 6 juzu'...hanya dibuku..tidak dihatiku..;)..lepas exam..lupe..astagfirullah..harapnya alquran tak lupe..akta2 tue mmg baik lupe..buat peningkan kepala je..nak jadi lawyer pun kena belajar lagi setahun kat UIA sbb lain akta..;(..takpelah..ilmu..ilmu...
sape nak try..boleh..tp jgn lama2..rosak hati sbb tak sempat nak pikir masalah ummah nanti..;)
sebenarnya tak suka sgt cerita pasal MADIWA..entah kenape..tp kot ade nak try..dipersilakan...tapi banyak risiko! HIGH RISK HIGH RETURN..;) ye ke?

p/s : adik: akak tak pernah declare akak syadid ..tp org yg cakap..mungkin krn prinsip2 tertentu..biarlah..yg penting kita tahu apa kita nak buat..mulut org tak boleh tutup..pandai2lah jaga diri masing..;)..akak pun manusia jugak..sehebat mana prinsip..kadang2 rebah dlm prinsip n idealisme yg dipegang..yelah..setiap bani adam melakukan kesalahan, dan sebaik2 mereka yg melakukan kesalan adalah yg bertaubat!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **11:35 AM

************************