Monday, March 15, 2004

.....atas beberapa masalah teknikal..adik usu n usu memutuskan utk berhenti buat sementara waktu...semoga dapat datasi dgn segera..semoga apa yg tertulis sebelum ini dimanafaatkan dgn sebaiknya..
wanita..engkaulah sang lentera..
tanpamu..
sepilah persada maya..
semoga kau damai sejahtera..
utk selama-lamanya...
p/s : adik ada komen terakhir?

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **9:00 AM

************************

Sunday, March 14, 2004

LENTERA DAN ALAS KAKI!

Petikan cerpen..MIHWAR : 7/2000

Ya ….ar-Rahiim..
Jalan yang engkau bentangkan dihadapanku laksana belantara yg mesti ku tembus dimalam gelita. Aku takut tersadung. Aku takut tersalah arah. Untuk itu, aku perlu lentera dari Mu, agar mataku boleh melihat jalan mana yang harus kupilih dan ku lalui. Kalaupun jalan yang ku pilih nanti penuh dengan bebatuan runcing dan kerikil-kerikil tajam. Aku juga perlu alas kaki dari MU, agar nikmat pabilaku melangkah agar tidak sakit aku rasakan…


**********

Ana mengajak anti bersama dalam jihad. InsyaAllah cinta yg ana rasakan adalah kerana cinta kerana Allah..
Ucapan itu begitu manis menyapa cuping telingaku. Hingga ucapan itu sentiasa tergiang-ngiang di telinga ini. ..aku bangga seketika menjadi suntinganmu..betapa tidak..yang tampak oleh mata kasar manusia, engkau adalah teruna muslim.. yang dikurniakan paras tampan n gagah, yang aktif dalam medan berdakwah, yang memiliki suara merdu ketika melaungkan Azan n mengalunkan ayat suci, yang menjadi impian n igauan muslimat untuk menjadi dia sebagai pendamping sejatinya..

Maka dengan melafazkan Asma Allah, ku hulurkan tanganku agar dibimbing menuju hidup yg penuh pengharapan, menuju jihad seperti yg diidam-idamkan..Hari-hari yg dilalui begitu indah sekali ..ditambah pula dgn kehadiran tiga jundi ..amanah dari Allah..
Allahu Akbar..keindahan yg aku rasakan tidak berpanjangan dan berkekalan, ibarat ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..sejak akhir-akhir ini, banyak kejutan ku temui. Aku laksana melihat sosok lain..disebalik wajahnya..lain sekali..
Apa yg tidak pernah diduga manusia ternyata boleh terjadi kerana Maha Pembolak balik hati manusia akan bertindak sesuai dengan yg dikehendakinya. Hampir aku tidak percaya dengan penglihatanku. Di saat Allah Mempermudahkan datangnya rezeki bagi suamiku, dia berubah menjadi sosok yg tidak pernah ku kenal..Dia bukan lagi seperti suami kecintaanku yang dulu…
Hari-hariku menjadi aneh, imanku menjadi turun naik tak menentu. Mungkin kerana tiang yg aku menumpang berpaut telah rapuh.,.,Dia menjadi semakin lupa n jauh..airmataku sering tumpah tak terbendung..Aku sering mengingatkan kepadanya dgn membaca beberapa petikan ayat Allah seperti Al-Imran : 14..begitu juga surah al-munafiquun; 9..
Harapanku ..ia mahu memahami dengan kesungguhan hatinya..agar dia kembali seperti suami kecintaanku yang dulu..namun, hatinya seolah-olah licin menerima ucapanku..kata-kata itu hanya bagi angin lalu yg tak memberi apa-apa bekas n kesan..hanya meluncur dalam hatinya tak melekat..
Semakin hari cinta yg kurasakan semakin tak menentu, cinta yg gelisah..cinta yg penuh ketakutan..aku begitu khuatir dgn tumbuh mekarnya calon jundullah ..mujahid kecilku yg berada dalam bimbinganku, aku pun begitu takut dgn keadaan diriku sendiri, yg lama-lama tidak mustahil hanyut ikutsama..
Aku begitu rindu, kerinduan yg terbayang..rindu mendengar alunan ayat suci dari suaranya yg merdu..terlalu rindu dia menemaniku ketika qiamullail ..rindu..rindu..yg mengoyak hatiku…

Sambungan seterusnya cari dalm buku MIHWAR…;)

Ana suka belek buku Mihwar yg lama-lama..ulang sampai 4..5 ..kali..sekali baca macam nie..dua kali..lain pula ibrah yg boleh diambil..tiga kali baca …best sangat..tulis dlm blog..;)..walaupun cerpen nie ramai dah baca..anapun baca 3 tahun dulu..tapi banyak pengajaran..sesungguhnya hati ini milik Allah, Allah mampu membolak balikkannya..biarlah siapapun kita sekarang..kita tak boleh jamin penghujung kita baik..doalah agar kita mendapat husnul khatimah.. Ya muthabbital qulub..thabbit qulubana ala deenik waala thoatik ..sesungguhnya dunia ini fana tiada yg kekal..n akhiratlah yg kekal abadi..

P/s: sape nak buku mihwar nie..buku lama-lama..boleh je nak bagi hadiah..ehe..
Doa..nak exam esok!!!…harapnya agar tidak takut lebih dari takut pd exam akhirat! moga persediaan exam akhirat lebih lagi..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:50 PM

************************

Saturday, March 13, 2004

kesedaran politik pra-syarat kebangkitan ISLAM!



saje letak peta selangor.. nak mengundi nih..tak boleh mengundi tahun nie..;(..iskh..tak buat lagi..


Hari ni hari penamaan undi, ana ambil peluang lihat berita..dah setahun rasa tak tgk tv..;)..astaghfirullah..apa nak jadi pada Malaysia?..satu kesimpulan yg ana buat membayangkan ..entahlah..ana tak suka betul senario pilihanraya di Malaysia..
Pesan pengerusi SPR..kempen hendaklah dilakukan dgn cara yg bertamadun..membayangkan apakah raykat Malaysia sudah tidak bertamadun..? fikirkan..
Sungguh memalukan apabila di baling..pendakwah melawan imam?..apakah yg dicari?.. dipermatang pauh..pengerusi Keadilan melawan Imam masjid Negara?
Cukuplah dua contoh ini membayangka ..rasanya antum boleh lihat sendiri senarai calon di berita harian online..dan buatlah kesimpulan sendiri mengikut kefahaman antum..

Ramai dikalangan kita yang berminat dengan penglibatan politik. Itu satu perkembangan yang bagus, kerana dengan terlibat dalam arena politik seseorang dapat merasakan dirinya hadir dalam isu2 manusia..
Sekadar berminat dgn politik ..belum memadai, untuk membentuk gelombang pergerakan politik yang sedar dan mencipta perubahan, kerana perubahan politik hanya akan berlaku dengan matangnya "kesedaran politik" dikalangan pekerja Islam..dikalangan jundullah yg bekerja utk Islam..tanpa kesedaran ini secara betul..penglibatan atas dasar suka-suka atau terpedaya dgn linangan fatamorgana kemenangan dgn cara mudah n cepat tidak akan mebawa apa-apa..syeikh Arsalan pernah mengungkapkan..apakah kita mahu mengumpulkan angka-angka kosong!..benarlah..kosong didarabkan dgn billion pun akan menghasilkan jumlah kosong!
Kita seharusnya memeriksa sejauhmana kesan politik hari ini terhadap amal Islami secara khusus dan menganalpasti apa-apa pindaan dan pengubahsuaian yang perlu dibuat…seharusnya kita:
-memahami realiti,dan memeriksa aspek dan pihak yang mempengaruhinya
-mengikuti perkembangan peristiwa, menganalisanya, memeriksa latarbelakang dan berbagai kesan dan dimensinya n mengetahui tradisi zaman ini, uruf, budaya, ilmu dan undang-undang yang dipakai serta yang lapuk yang sering bertukar ganti.
- mengetahui projek orang lain-kawan dan musuh-dan berbagai perubahan yang berlaku serta mencari sebab kejayaan atau kegagalannya
- memahami istilah semasa, bahasa politik, kesusasteraan dan sains, disamping membaca pengucapannya..


Kesedaran Politik Sebagai Pra Syarat Kebangkitan Islam..!
ingat..dakwah kita..kita bukan parti politik..tetapi politik sebahagian dari kita..wallahua lam..

......................

I can't give solutions to all of life's problems, doubts, or fears. But I can listen to you, and together we will search for answers.
I can't change your past with all it's heartache and pain,nor the future with its untold stories.But I can be there now when you need me to care.
Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;I can only support you, encourage you,and help you when you ask.
I can't keep your heart from breaking and hurting,But I can cry with you and help you pick up the piecesand put them back in place.

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:48 PM

************************

Friday, March 12, 2004

hammuka ala qadri ma ahammak..

hammuka ala qadri ma ahammak..

Humum (kesibukan, kesungguhan dan segala yang berkaitan dengannya) kita adalah bergantung dengan apa yang kita jadikan sebagai agenda.

Kesibukan, kesungguhan dan fana` nya kita dengan sesuatu perkara adalah bergantung dengan apa yang kita jadikan sebagai agenda dalam hidup ini. Dan inilah yang telah ditunjukkan oleh generasi Muslim yang terdahulu dan oleh Sultan Muhammad II sendiri.

Mereka berlumba-lumba untuk menjadi orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud: Akan dibuka Kota Kostantinople. Maka sebaik-baik pemimpin, adalah pemimpin yang membukanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang membukanya.

ana sebenarnya suka bercerita mengenai sultan muhammad fateh n pembukaan Kostantinoplenya..tp ceritanya panjang..ana juga suka kalau bercerita sambil tgk CD..barulah real!..Cd nya bahasa arab.. teringat masa cite dekat akhawat oz hari tuh..tak taulah ana sorang je ke yg semangat..;(

Menurut catatan sejarah terdapat 11 cubaan (tidak termasuk yang terakhir) untuk membuka Kostantinople. Tujuh daripadanya berlaku pada dua kurun yang pertama.

Pada tahun 34 H (654 M) oleh Muawiyah sewaktu pemerintahan Saidina Ali
Pada tahun 47 H (667 M) oleh Yazid bin Muawiyah juga pada zaman Saidina Ali
Pada tahun 52 H (672 M) oleh Sufian bin Aus pada zaman Muawiyah
Pada tahun 97 H (715 M) oleh Maslamah di zaman Umar Abdul Aziz
Pada tahun 121 H (739 M) sewaktu pemerintahan Hisyam
Pada tahun 182 H (798 M) oleh salah seorang panglima Harun ar Rasyid

satu perkara yg menarik mengenai sultan fateh nie..semangat jihadnya yg sentiasa berkobar2...Hadis Rasulullah saw itu sering bermain-main di fikirannya. Setiap gerak gerinya dibayangi oleh hadis tersebut. Jiwanya sentiasa berkobar-kobar untuk meraih kemuliaan yang dijanjikan oleh baginda saw itu. Dia seakan bersedia untuk melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat dan cita-citanya. Beliau sering mengungkapkan: Niatku ialah mentaati perintah Allah iatu dengan berjihad di JalanNya dan semangatku ialah semangat di jalan agama Allah...

moga kita akan menurutinya..InsyaAllah..

satu perkara yg sgt menarik bila tgk Cd sultan fateh nie ialah bagaimana dia mengarahkan tenteranya supaya memindahkan kapal melalui jalan darat sepanjang enam batu di atas kayu-kayu yang disusun dan disapu minyak di atasnya. Sepanjang malam itu tenteranya telah berjaya memindahkan sejumlah 67 buah kapal kecil ke perairan pelabuhan Kostantinople melepasi halangan rantai besi. Dukas seorang ahli sejarawan Baizantin yang sempat menyaksikan persitiwa itu berkata: Sesungguhnya ia adalah mukjizat yang tidak pernah didengar atau dilihat oleh sesiapa sebelum ini...imagine tarik 67 kapal merentasi bukit dalam satu malam..masyaAllah! bila tgk CD tue rasa semangat betul!

yg lebih mengharukan..bila laungan takbir n tahmid..sebelum perang..ada syeikh yg baca ayat quran yg Allah janjikan janjikan ganjaran syahid....lps tue..seeru ala barakatillah..tak tahulah kalau sape yg takde perasaan tgk CD nih..malam sebelum perang, sultan fateh hanya pilih tenteranya yg qiam ...bangun di tengah malam..dia telah memilih..ruhbanul lail wa fursanu fi nahar..masyaAllah!..
inilah antara faktor kemenangannya..
taqwa n iman para jundullah!

Sultan Muhammad II masuk ke dalam kota pada waktu zohor. Ketika itu beliau mendapati tenteranya sedang sibuk mencari-cari harta rampasan. Beliau kemudiannya mengeluarkan arahan supaya dihentikan perbuatan tersebut. Setelah itu beliau telah menziarahi gereja Aya Sofia lalu memerintahkan supaya dilaungkan azan sebagai tanda bahawa bangunan tersebut telah menjadi masjid untuk Muslimin. Beliau setelah menunaikan sembahyang dua rakaat sebagai tanda kesyukuran....
sungguh..benarlah....Akan dibuka Kota Kostantinople. Maka sebaik-baik pemimpin, adalah pemimpin yang membukanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang membukanya.

p/s : adik..akak tak niat..huhuhu.. ikhlas dari hati..harapnya ke hati jua ia sampai..
my dearest sister...
I find that I am finally able to write to you.
I have not written you a letter since .....
I didn't know what to say to you.
I knew that nothing I would say could make you feel better..
Our relationship as sisters, friends... fillah!
has become so special to me that I would do nothing to jeopardize it...

Thanks for all the fun, friendship, and love you have brought into my life..
aduhai..ape kena dgn usu nih...MISSING YOU My Dearest Sister...

selamat pergi ke adelaide..nak ikut jugak..huhu



** penulis **WANITA ISMA  ** jam **10:22 PM

************************

hey sister
won't you listen to me
you're my sister so listen carefully

this life that we're living
wasn't made for nothing
life is a test from Allah almighty

there are many times
when Allah will test you
to see if you will obey or betray

this life is a life of test
need patience for success
so is your iman strong enough
or would you fail just like the rest

obey for Allah's love
betray be sorry for yourself
when you're standing helpless there
in front Allah the almighty

life is a life of test (believe it)
you must strengthen your faith (hey sister)
and don't you fail like others

hu..u..u... my sister

hey sister
what's there for you to say
it's up to you if you want to believe me

Allah created us
give us everything
so be grateful and don't betray

laugh at me if you wish
say i'm crazy if you want
you'll bite you your fingers one day
when you find out the truth

believe me or do not
it's a change for you to choose
just don't you cry one day
when it's already too late

you would be sorry
if you choose to betray
there is no one there to help you

hu..u..u... my sister

if you'd follow Allah's way
you'd be safe in paradise
if you'd listen to me
i could lay my mind to rest

you'd then be happy
there is no need to worry
you would live forever happy

you would be happy
you would be happy
you would be happy
hu..u..u... my sister

you would be happy
you would be happy
you would be happy
my sister

if you just follow Allah's way





Dear my dearest sisters,

Mistakes, I do it all the times
But don't think I like them
Somehow since I've been to long
in a gloomy past
Keep bugging me as I run from them
Put in mind, there's sun to light me in my day
There's moon and stars to guide in darkness
Through time my path seems clearer
But still cloudy sky is unpredictable
Put a hope, I allow it to do so
Not a person I am who is perfect
Don't put it too high drastically
for I may fall when try to reach it

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **1:01 PM

************************

Thursday, March 11, 2004

NIKMAT UKHUWWAH FILLAH!

semalam terima sms dr oz tentunya ..yg membuatkan ana menangis semalaman.. terharu, sedih n sayu..

katanya..
usu..*** rindu BR ..kat sini tak subuh jemaah, *** susah nak bangun, kekadang 5 minit nak syuruk baru bangun..usu kat mane?..nape tak kejut *** bangun jemaah...
*** tgh nangis, usu takde..sape nak marah *** kalau *** buat jahat..dah takde org nak tegur, kadang2 lepas subuh, *** tak larat baca ma'thurat...tertidur..


duhai adik2ku...kalaulah dekat..;(..itulah nikmatnya ukhuwwah fillah..susah nak kata.... aku tidak pun berdaya..menahan hibanya rasa..

tgh2 boring baca buku..dapat sms dr seorang lagi adik ..
tak makan lagi..runggu kakak datang melbon..rindunye..
aduhai... saje je mesej, melbon semakin sejuk..bila nak datang lagi..?
hu..hu..rindunye..usu..usu..usu..kat mana2 nampak muka usu..;(
dan banyak lagi mesej yg membuatkan ana tak senang duduk..
terima kasih pada kalian kerana nikmat ukhuwwah yg telah Allah anugerahkan..

fawathiqillahumma rabitataha.. Ya muthabbital qulub..thabbit qulubana ala deenik wa ala thoatik...


bile baca buku banyak2 nie, baru sedar..ana nie tak minat business sebenarnya..ana minat account..tapi nak buat guana, abis spm..nak pilih kursus.. ? ke nak pilih universiti? nak pilih perkara kita minat ke? nak pilih perkara yg kita tak minat tp diperlukan utk ISLAM..cuba cek balik..kita nie belajar2 nie..sbb kita minat ke?..atau sbb apa yg kita ambil nie diperlukan oleh ISLAM?..sama2 fikirkan..



Gelombang Keadilan
Munsyid: Shoutul Harakah

http://luthfie.blogspot.com/

Melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Tak kan surut walau selangkah
Tak kan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

http://senandungmujahid.blogspot.com

Genderang jihad tlah dikobarkan
di dada para pejuang kebenaran
yang rela korbankan jiwa dan raga
tuk meraih gelar sebagai syuhada

mari berjihad
kumandangkan kalimat takbir kemenangan
melaju jangan ragu
syurga Allah telah menantimu

Illahi Robbi Izzati ridhoi jalan kami
hingga syahid menghampiri kami..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:25 PM

************************

kisah teladan..

erm..baru tergerak nak post artikel nie, akak idah telah mencurinye..huhu..utk semua sebagai pengajaran2..lagi2 utk adik..;)

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya menemukannya?

Gurunya menjawab, "Ada ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu sajaranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, artinya kamu telah menemukan cinta" .

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik)". Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumelanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusadari bahwasanya ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab " Jadi ya itulah cinta"

Di hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya bisa menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur didepan saja.

Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, karena artinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/ subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong.
Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan kurasa tidaklah buruk-buruk amat, jadi kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya kesini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya"

Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan ya itulah perkawinan"

# posted by ariesta @ 5:01 PM


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:05 PM

************************

Wednesday, March 10, 2004

Apabila kakak menulis..nak terima..terima..tak nak..abaikan.;)

Salamullah ‘ alaikwarahmatuh wamaghfiratuh,
Semoga sentiasa berada dalam nikmat iman n islam..

Menyelusuri perjalanan seerah..menyedarkan kita betapa sahabat terdahulu menerima pelbagai bentuk penyiksaan n halangan dalam menegakkan hukum Allah swt, betapa mereka menerimanya dengan sabar n redha..Ibtila merupakan sunnah org berjuang.. ujian n rintangan adalah rencah kehidupan..peliknya..jalan kita hari ini kelihatan mudah sekali dibandingkan sahabat yg terdahulu..apakah kita berada di jalan yg salah? kerana ibtila adalah sunnatullah atau sebenarnya kita masih belum betul-betul menegakkan kalimah ALLAH swt.. kita belum bekerja lagi? sama2 kita fikirkan.. habis tidak pun, kita di caci..dimaki..tapi aggota fizikal kita belum pernah disentuh..lihat sahaja pada cerita ghulam yg sgt popular di oz, sehingga dipanah.. lihat saja pada Nabi Zakaria..digergaji.. lihat sahaja pada Nabi Ibrahim..dicampak dalam api..kita? sama2 renungkan..mungkin sebenarnya ia terjadi..waqi di Palestin menceritan..
Firman Allah dlm surah al ankabut 29: 1-3 n Imran 3; 142..boleh rujuk sendiri apakah kita rasa kita sudah betul2 beriman sedangkan kita tidak diuji sebagaimana org yg terdahulu?
Bukanlah kita minta dibelasah..atau kita minta kita dipukul..cuma..ujian yg menimpa diri kita apalah sgt seolah membayangkan kita masih belum betul2 bekerja sedangkan memang Allah sebut.. org yg beriman ini akan diuji…actually, kalau Allah nak tegakkan Islam ini terlalu mudah.. kun, fayakun tetapi takdelah perbezaan antara mu 'min yg sejati n gologan munafiquun, takdelah istimewanya mereka yg bekorban di jalan Allah n sanggup menggadaikan nyawa mereka.. andaikata Muhammad saw semulia2 insan n manusia yg paling Allah cintai .. mengapa rom n parsi tidak dibuka dizaman rasulullah saw masih hidup? tetapi diberi kemuliaan kepada salah seorang sahabat utk membukanya setelah nabi wafat..?..sama2 renungkan….
Kalau dilihat..dicongak2..terlalu sedikit sahabat yg mati dimekah n madinah..yg lain2 semua mati jauh dr kampung halaman..di yaman dan serata dunia..Ummu Aiman sendiri ..seorang sahabiyyah mati di Cyprus..sahabiyyah tue keluar berjihad..tetapi kita nie..susah betul nak tinggal kampung halaman..ayam itik..n entah ape2 lagi..itulah kalau letak dunia di hati..
Ada satu hadith yg mana ada disebutkan ada 5 perkara yg Allah sahaja tahu..urusan Allah..kita tak payah nak susah2 fikir..antaranya kita mati dimana?….apa yg akan berlaku esok?..bila hujan akan turun?..lagi dua ana tak ingat..sape2 jumpa boleh khabarkan…
Erm, sebenarnya mudah je nak hidup..kita tak tahu kat mana tempat kita menghembuskan nafas yg terakhir..jd bertebar je lah diatas muka bumi ini.. apelah susah sgt nak hidup..pergi jelah mane2..ke guana?
Surah at-taubah – 9:11.. Allah beli harta n diriorg mukmin dgn syurga?..tak nak ke offer tuh?

Sahabat-sahabat seperjuanganku..
Sedar taksedar..apabila kita susah..kita akan merintih sayu..n menangis setiap hari meminta pertolongan dari Allah..tetapi apabila sampai kepada situasi yg kita seolah tidak bergantung n berharap kpd Allah..kita menjadi lalai n lupa diri..??
Banyakperkara kita kena muhasabah balik..tiap hari bergelak ketawa..apakah kita mahu menangis diakhirat..atau biarlah kita menangis didunia n tersenyum di kemudian hari..

Sahabat-sahabat seperjalanan..
Dimalaysia, bahang pilihanraya sudah semakin terasa..dimana2 warna biru kelihatan….kita jua harus melaluinya.. menang tak menang bukan urusan kita..itu urusan Allah..yg penting kita berusaha..sekiranya menang..mungkin jalan daawah kita terbuka lebih luas n lebih mudah bekerja..tetapi andai kalah..daawah harus diteruskan..bukan bermakna..andai jalan itu susah kita berhenti..jalan daawah ini umpama kita sedang melalui lebuh raya..n sekali sekalakita transit di R n R..dan pilihan raya antara transit yg perlu kita lalui..harapnya di transit itu, ada hasil yg dikutip..mungkin ada peluang utk kita berdaawah..ada peluang kita mendekati masyarakat..
Semoga hidup kita..mati kita..keranaMu ya ALLAH!

p/s : adik..apa yg berlaku ada hikmahnya, semoga kita sama2 dpt mebuat keputusan yg terbaik! semoga apa yg kita lakukan keranaNYA.. bukan kerana kepentingan lain..miss u fillah! akak bosan mengadap buku hari nie..start enjin..naik kete..tp tak tau nak ke mana..pusing2 la cari tpt study yg tenang..tapi tak jumpe..nak pergi laut ..takde..ade tasik je..tp tak tenang jugak kat tasik..last2..pergi ofis..dpn komputer..:) chatting dgn adik..last2 kita sama buntu..apa yg harus kita lakukan..Ya Allah bantulah hambaMu ini..
-yg jauh tue..dpt tiket balik pilihanraya..balikla..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:30 PM

************************

Tuesday, March 09, 2004

tadi.. mula 1st tute untuk Electronic Device... Hrm... Subjek ni, lebeh kureng cam fizik aje.... Tapi, tak blaja pape pun mase tute tadi.. Ada sesi "ta'ruf" aje... Hmm... Yang menarik tu, tutor adik soh setiap sorang cari partner, then interview sesama sendiri... Senaraikan 3 things about yourself... but one of them is a lie.... Pastu, seisi kelas kena teka, mana satu yang tipu... Adik pun, senaraikan la kat partner adik ni...

1. Loves Japanese Anime
2. Brought up in Melbourne
3. Likes Linkin Park

Masa turn adik.. orang lain kena teka.... Mana salah satu fakta ni yang tak betul mengenai adik... Huhuhu.... Semua orang confused!! Haha.. Sume orang cakap... no.3 tu la yang menipu... Hehe.. tapi honestly, tu one true fact about adik laa.. I don't like the band, not the music... just the lyrics of the songs...
"Time is a valueable thing, watch it count down as the pendulum swing, watch it goes by till the end of the day, the clock ticks life away" - In The End

dan ade la bape2 lirik yang best.... Daripada dengar lagu2 Melayu yang putus cinta, jatuh cinta... ntah hape2... Isk... Lagi teruk... Cinta bukan kerana Allah lak tu... Dah le yang nyanyi rata2 beragama Islam..... Kalau omputih tu, sedia maklum jugak le...
But.. huhu.. Should I say at first, "I used to like Linkin Park" ... Hehe.... Skang... tak de.... But, kita kena ada paradigm shift kan.. Paradigm = shared mind-set that represents the fundamental ways of thinking, understanding and perceiving the world...
Alih arah, kita ada matlamat kita.... Nak hiburan pun, biar kena pada matlamat.. Teringat masa kakak amik adik kat airport KLIA masa balik Mesia ari tu, kiterang makan kat Burger King... (BOYCOTT ISRAEL) *mase tu darurat adik lapar sgt...hehe*
Tiba2 berkumandang Lagu Raya... Automatic tetiba spontan je adik cakap, "ISK, LAGU RAYE...MENIPISKAN SEMANGAT JIHAD JE" Haha.. Kak Idah dan Kak Syah gelak terkejut... Extreme plak adik.... Kakak pulak, siap cover2.. "Ni bukan usu yang ajar nih.." Hehe.... Tak pe la kan.. Kakak dok kasi adik kaset2 lagu arab..walau tak paham, dengar jugak..semangat gak...
hehe.. Tu je.. Wassalam

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **4:02 PM

************************

tiba-tiba jatuh cinta ngan subject management plak... sebab bleh relate dengan kehidupan di atas jalan dakwah ni...

Management = attainment of organisational goals in effevtive and efficient manner through planning, organising, contolling, leading

Management Roles
Roles = a set of expectations that determines how one should behave

Informational Roles (managing information)
Monitor - seek and receive info; maintain personal contact; scan periodicals n' reports
Disseminator - fwd info to other organisation members; send report n' memo; make phone calls
Spokesperson - transmit info to outsiders through speeches; send memo n reports

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **1:49 PM

************************

belajar dr pengalaman..

alhamdulillah selesai satu paper, BUSINESS STATISTIC..tak larat nak tekan calculator..aduhai.. actually, masa tak cukup, kelam kabut..tak masuk melayan panggilan n baca sms kak amy lagi..;).. overallnya dah lepas..usah dikenang pada yg telah pergi..;)
NEXT ..MO! ..case study HARVARD bertimbun2...;(..tgh jawab exam..sgt ngantuk! tetiba teringat kisah di MADIWA..mengantuk2 nie.. sahabat pun ada bangkitkan kisah tue..kisah mengambil diploma SYARIAH WAL QANUN tanpa penghayatan didada..al 'ilm fil kutub..wa la fi sudur..;).. kami 50 lebih keseluruhannya dlm satu kelas..sebenarnya lebih kepada percubaan utk test ke AZHAR ambil tahun 3 terus SYARIAH WAL QANUN, jadi masa ada 6 bulan je..nak tak nak..belajarlah semua sekali silibus 3 tahun..maka..jadinya.. belajar tiada rehat.. bintang ..bulan..matahari semua nampak sama..;) kelas tiada jadual..strait..munaqasyah boleh jadi sampai 2..3 pagi..masih dikelas..bayangkan..lecturer tak balik2 sampai 2..3 pagi dr 8 pagi..;)..bagusnye lecturer..org lain cuti hari sabtu..kami tak cuti..habis sebulan..exam..habis sebulan lebih exam..lawaknya bila exam..malam tue punya banyak nak baca..yelah utk satu tahun..kami berenam (akhawat jaipetra;)) tak tidur langsung..sama2 lah memberi galakan..nasib baik tak lama..6 bulan..kalau tak..ape dah jadi pada kami..huhu..keras rasa hati masa tue..hafal akta2 mesir..ade ke logik?..entah bile nak guna..?? esoknye masa exam..selalu ade akhawat yg tertidur masa menjawab n kerja ana adalah mengejutkan..jawab2..jawab cepat..hehe..best..best..nostalgia itu tak mungkin berulang..habis exam..semua macam tak nampak jalan..tp kan..bila kita sgt tertekan masa tue..24 hours digunakan sepenuhnya.. masa jalan ke kuliah semua pakai walkman, kami tak sembang, dengar ayat quran..maklumlah kena hafal 6 juzu' .. memang rasa tak buang masa walau seminit.. andainya dpt dipraktikkan lagi sekarang.. sampai sekarang, rasa belum ada lagi rasanya..struggle sehebat masa tue..teruk betul!
dlm bas..atas bas..tgh jalan..pergi pasar...mmg walkman ada..pegang nota..aduhai..sekarang?..skrg ingat lain..pegang lain..;)
tp, yg tak eloknya..habis periksa..semua di'delete' dgn kadar segera..yelah nak bubuh madah yg berikutnya..tak cukup megabait..hehe..tak elok2..
at last, setelah bertungkus lumus.. dr 50 lebih tue 6 org je lulus..huhu..sedih..tp akhawat semua dapat ke MESIR..terus tahun 4..pengalaman itu sukar dimengertikan oleh mereka yg tak melaluinya.. belajar memanfaatkan masa dgn sepenuhnya.. dlm masa 6 bulan..36 subjek + 6 juzu'...hanya dibuku..tidak dihatiku..;)..lepas exam..lupe..astagfirullah..harapnya alquran tak lupe..akta2 tue mmg baik lupe..buat peningkan kepala je..nak jadi lawyer pun kena belajar lagi setahun kat UIA sbb lain akta..;(..takpelah..ilmu..ilmu...
sape nak try..boleh..tp jgn lama2..rosak hati sbb tak sempat nak pikir masalah ummah nanti..;)
sebenarnya tak suka sgt cerita pasal MADIWA..entah kenape..tp kot ade nak try..dipersilakan...tapi banyak risiko! HIGH RISK HIGH RETURN..;) ye ke?

p/s : adik: akak tak pernah declare akak syadid ..tp org yg cakap..mungkin krn prinsip2 tertentu..biarlah..yg penting kita tahu apa kita nak buat..mulut org tak boleh tutup..pandai2lah jaga diri masing..;)..akak pun manusia jugak..sehebat mana prinsip..kadang2 rebah dlm prinsip n idealisme yg dipegang..yelah..setiap bani adam melakukan kesalahan, dan sebaik2 mereka yg melakukan kesalan adalah yg bertaubat!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **11:35 AM

************************

Monday, March 08, 2004

dengan restu kakak..adik menulis....

tak sempat nak tulih memacam.. sejak skola bermula... tak banyak citer.. tapi, sihir adik blum agresif lagi.... weekend pun tak sempat sihir sangat.... banyak 'keje' .... iye lah, tapi usaha kena juga iye dak? banyak2 doa.. kalau tak usaha sungguh2, masakan dapat merasa kemanisan tawakal kepada Allah..... tapi.. mukmin mempunyai satu cara lain utk mendapat ilmu drpd Allah.... melalui taqwanya lah... 2:282

saje... nak recall.. refresh balik diri.. banyak sangat mende yang dah terlupa... nama pun insan ... pelupa kan? orang lain pun, moga dapat sama2 diperingati dan memperingatkan....

"Berapa ramai orang yg hidup dalam lingkungan dakwah dan mengunyah prinsip2 dakwah tetapi mereka tidak dapat memindahkan suasana dan prinsip2 dakwah itu keluar dr lingkungannya walau kadar selangkah pun..
Namun ..jadilah kita satu golongan yg hidup dalam dakwah..dan dakwah hidup kerana kewujudan mereka..mereka hidup semati dgn dakwah..dan dakwah hidup semati dgn mereka..mereka inilah ‘rijaluddin’ yg amat diperlukan utk menjulang panji2 islam…."

Saje je.. terdengar cerita bab syadid... Ape sebeno nye syadid tu..? Ramai yang tanye adik... Kalu ikut literally nye, .. Maksudnya keras ... lain kate... orang ramai paham....strict lah kot? Kalau tanya adik.. Sape syadid? .. Adik jawab... KAKAK laaa... Hahah.. Kalau orang tanya pasal adik.. Mesti diorang cakap EXTREME ... Heh.. Seangkatan lah tu adik dan kakak... Teringat masa kat Mesia.. abg2 adik... huhu..dok label adik taliban ler.. ape ler.. pastu adik ngaku je lah... haha.. Iye lah..Maksud taliban tu pun 'penuntut/pelajar' kan..kan.. Pastu siap main2kan lagi... Angah cakap kat Alang... "Aku saspek..budak ni next year pakai purdah pulak... " Huhu.. klakar la derang.. Tapi last2 ... sebelum balik tu, adik appreciate gak diorang... walau slalu kena buli... (tu sebab adik rebellious suke buli orang lain plak..especilally Kak Ummu ;P) sebenarnye diorang respect.. (takut ngan adik sebenarnya) .. Adik slalu ugut.. Doa orang yang disakiti dimakbul ALlah.. hehe... Pastu gelabah la derang... tapi biase le laki kan...Ego... (maaf kepada golongan lelaki) .. Teringat cerita kakak tentang DR yang menangkan lelaki tu.. haha...
Kakak dok citer die susah hati dan sedih... SAPE2 KACAU KAKAK KITE.... BERANI LE.... SIAP NANTI... ADIK KAME-HAME-HA!!

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **9:52 PM

************************

secebis kisah kehidupan...bersediakah ditayang diakhirat nanti?

...semalam n hari nie penuh cerita n warna warni, penuh suka n duka mencorakkan perjalanan..seawal pagi, sayu mengenangkan perbualan semalam..berita yg diterima sungguh memerajatkan, lantas terus menelefon mak.."mak..cakap dgn adik tuh...offrececord..;) ...aduhai..sedih tul..menyelesaikan kerja2 biasa..yg tak biasanya hari nie kena basuh kereta.. kena bubuh angin tayar kereta..kena..bla..bla..erm.. dah teruk dah aa..terberenti atas bukit..tak boleh nak start..bateri lemah..;)..baru lps tue kelam kabut pergi servis..hitam abis hari nie..urusan kereta2 selesai lagi 3 minit pukul 2..bergegas terus ke FTSM..ada appointment dgn penyelia TESIS hari nie..pukul 2, alamak..akak dah hilang..keluar dr FTSM berselisih dgn akak tgh jalan..akak baru balik dr PUTRAJAYA..terus ke FPI..menemui penyelia TESIS.... nasib baik DR baru abis meeting.. maka dgn lagak seorang pelakonnya.." ana nak mintak tandatangan DR..." 'apa hubungan awak dgn....*****' "ayah saya...ayah angkat saya.." aduh..nak kata pakcik..terkata ayah angkat pulak..cover..cover..lps berdiskusi..anyway..DR nie boleh masuk dgn ana.. tp at last ana tak setuju bila dia kata perempuan nie tamak betul..(nie kisah poligami)..bercakap2..dia kata..sambil buat lawak.."melawan kita pulak..nanti tak tandatangan baru tau"..aduh..main ugutan pulak..yelah..yelah..alhamdulillah selesai urusan tandatangan penyelia..sempat penyelia menceritakan tentang kesungguhan pemilik tesis ini..yg penting bersungguh..ana hanya tergelak dlm hati..bersungguh..hehe..yealah...;) penyelia kata pakcik ana bersungguh buat tesis..;)..alhamdulillah! kelam kabut ke FPP..ada appointment..sampai2..cemas tgk semua org belajar tak pandang kiri kanan..ape hal nie... ana plak nak gabra camnie..aisey.. exam esok rasanya.....entahlah..sempat ke lab lg tuh..oklah..bersambung...
doakan ..esok ----> BUSINESS STATISTICS ...830 pg....A1, FPP

p/s : adik..main sms dgn adik hari nie....rindu kat adik!
-satu lagi jgn lupa buat TESIS ..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:31 PM

************************

semalam n hari ini....sahabat



kenapa rasa sayu...emosi tak boleh bercampur dgn urusan..tp kadang2 perlu..;)

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **3:25 PM

************************

Sunday, March 07, 2004

pejuang itu

siang malam tiada beza..
penat derita tiada dikira..
moga redha ALLAH bersamamu..
duhai pejuang..

insan sering kelupaan ..
bahwa dunia semata pinjaman..
tiada nilaiannya..
disisi Tuhan..
benarlah..andai dunia ini ada harganya..
pastinya walau sebelah sayap nyamuk..
takkan diberi pd mereka yg kufur..

seorang pejuang..
pelik sungguh..
membuang harta..
sedangkan mereka yg lain..
sibuk mengumpul harta....


Iqbal telah mengungkapkan neraca pendakwah ini melalui dua bait syairnya:

Tidaklah akal yang berpenyakit ini..
Layak memimpin ...

Kehidupan yang dibina atas dhzan dan rambang...
adalah lemah dan berpenyakit



sesungguhnya hanya orang celik yang memimpin...mereka tidak mungkin diam, meninggalkan hak Allah kepada Allah dan hak Qaisar kepada Qaisar, kerana mereka faham bahawa Islam adalah rahmat , hidayah yang syumul, yang bersifat dengan sifat sempurna dan sepadu. Tidak mungkin ibadat manusia terjaga kecuali dengan pemerintah yang beribadat sama seperti mereka, memahami ibadat sama seperti yang mereka fahami...mereka akan terus bekerja n akan terus bekerja sehingga apa yg mereka impikan tertegak..atau hingga mereka gugur syahid!

"Sesungguhnya syariat tanpa politik (siasah): adalah kurang dan siasah tanpa syariah juga kurang".

p/s : blur : qawaid fiqhiyyah tuh kaedah-kaedah fiqh, tp kalau nak istinbat hukum, guna usul fiqh..tak guna qawaid fiqh..qawaid fiqh nie memudahkan ulama' nak ingat.. sebab hukum tue macam nampak same2 je.. tapi ada istithna'nye..ehh..lagi terang..lagi blurr nanti..ana nie takde tokoh nak cerita kat org..;)
- sian dekat adik..rajin hantar sms kat akak.. takpe yea adik..ada jodoh jumpelah kita..
- aduhai..malasnye (dilarang tiru) nak baca case study harvard yg bertimbun2..nasib baik banyak pemberi semangat.. kalau tak .. aduh.. baca buku dgn hati ?..erm..yealah tue.. buat tesis memanglah pakai hati..;)
-untuk pejuang itu..teruskanlah melangkah..n melangkah..



** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:19 PM

************************

"Telah ditetapkan ke atas mu untuk berperang, (sedangkan) ia adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu yang baik untuk kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu yang buruk untuk kamu. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" 2:216

Seringkali apabila diri dirundung dengan musibah, menjadi lumrah manusia untuk merasa sedih dan buntu lantaran merasakan kesusahan yang menimpa diri tidak sepatutnya berlaku ke atas dirinya. Merujuk kepada firman Allah di atas, seringkali kita terlupa bahawa Allah telah menuliskan skrip hidup kita dengan sebaik-baiknya. Dari perjalanan kehidupan kita sejak dilahirkan sehinggalah pada saat kita kembali kepadaNya. Sesungguhnya kita mengetahui bahawa Allah itu Maha Adil justeru apa yang telah ditetapkan olehNya adalah kena pada tempatnya. Kita sebagai hambaNya hendaklah pasrah dengan takdir Allah. Apabila kita meyakini bahawa Allah telah menentukan apa yang akan berlaku di dalam hidup kita, ini tidak bermakna kita harus bersikap 'lepas tangan' dalam menghadapi kehidupan seharian kita. Tetapi hendaklah kita berusaha sedaya upaya dalam menunaikan segala tanggung jawab kita selagi hayat dikandung badan, kerana ini telah menjadi satu perintah Allah ke atas manusia untuk berusaha melalui cara yang diredhaiNya.

"Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan ALlah) dan bertaqwa" 92:4-5

Kita pula tidak perlu menggelabah dalam mencari apakah cara yang sepatutnya untuk menjalankan kerja-kerja kita sehari-hari. Telah digariskan oleh Allah untuk kita, panduan dalam hidup ini. Islam adalah cara hidup yang telah ditentukan, cukup lengkap untuk membantu manusia menelusuri lorong kehidupannya.
Terpulang kepada kita bagaimana hendak mengambil manfaat daripada panduan tersebut.


to be continued... nak gi Bukit Kotak ni...

P/s : Kakak.... imithan dunya... imithan akhirat.. moga Success utk Islam... n; cari redha Ilahi

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **6:15 AM

************************

Saturday, March 06, 2004

qawaid fiqhiyyah..tetiba rindu pada madah nie..;(

lagu nie janna suke..janna yg kenalkan..tp sekarang nie dah ada versi utk adik..
jd usu tujukan utk semua adik2 usu..;)

Langit masih belum cerah,
nampakkan seri pudar suasana..
wahai adikku..kau tersenyum..
merawat sengsara yang berkarat di hati..
walau kau jauh nun di sana..
takkan ku lupakan kenangan bersamamu..
moga Allah kan memayungi..
dengan rahmatnya..
kasih sayang terjalin..

Adikku..
Pilunya hatimu menanggung sengsara kehidupan..
Onak duri ditempuhi jua,..
kerana Allah kita bertemu..
dan kerananya jua..kita berpisah..

oh..kita...suka dan duka..dalam apa jua..
oh Adikku ..semoga Allah meredhai kita..
Sesungguhnya senyumanmu masih lagi ku simpan..
ku mencari..
ku menunggu dirimu..
agar terubatlah...


huhu. tak sure apa perasaan sekarang nih.. banyak busyra diterima. .tp entah..terpadam kerana satu perkara sedih..yealah.. memang terlalu cepat untuk membuat assumption.. tp cukuplah ia menimbulkan keraguan..hati kita sentiasa diintai syaitan.. cukuplah ia dijadikan pembuka jalan yg seterusnya.. harapnya anggapan itu tidak benar.. ana masih menyimpan ruang dihati ini bahawa ia idak benar.. masih ada husnu zhan.. tetapi mungkin sedikit sebanyak ia memberi banyak pengajaran.. al'ibrah biumumi lafzi la bikhususi sabab. eh.. boleh masuk ke dengan kaedah nie..;)..entahlah.. kita boleh berkata.. 1 + 1 ..boleh jadi hasilnya bukan 2, tetapi 5 ! masyaAllah.. tetapi boleh jadi juga, bukan 2 tetapi -5! nauzubillah.. sedikit kegopohan akan menyebabkan banyak perkara tidak berkat.. kononya utk dar'ul mafasid..at last.. entahlah.. bukan utk sape2.. umum kepada semua.. erm, apelah ana merepek malam2 nih..! rindu dengan qawaid fiqhiyyah kot.. ;).. kita tak ambil hukum dgn kaedah qawaid fiqhiyyah..nak ambil hukum, dr nas..quran n sunnah! teringat cikgu 'qawaid yg pertama.. yg telah mereject assignment ana..kena marah.. ;)..fancy lah apelah..katanya tak mengikut gaya tesis UKM..nasib baik ana tak marah kat lecturer tue..7 tahun dahulu punye kisah..;)..lecturer tue sekarang dah ajar qawaid fiqhiyyah merata dunia dah..koala dah pandai belum..;)..hehe..pergi azhar..qawaid fiqhiyyah tetap mendapat tempat di hati..kalau org lain makan bola ..tidur bola..ana makan qawaid..tidur qawaid..segalanya qawaid.. penuh kaedah qawaid dlm bilik.. tanyalah semua akhawat mesir.. betapa teruknya ana masa jatuh cinta dgn qawaid fiqhiyyah.. segala benda mesti kait dgn qawaid walaupun kita tak boleh mengambil hukum dr kaedah tetapi dr dalil!!!..alumuri bimaqasidiha..al'adah muhakammah..al-yaqeen la yazulu bisyakki..dar'ul mafasib jalbu masalih.. n beratus lagi kaedah qawaid!..sangat best..tetapi tgk result ana..qawaid fiqhiyyah yg paling teruk..sampai akhawat kata..DR salah periksa kot..ana gelak je..memanglah..ana terlalu asyik cerita satu kaedah nie sampai habis masa...tak sempat jawab semua..tuelah..suka sangat..at last dptlah result yg paling teruk dr semua madah yg lain..dapat jayyid je utk qawaid fiqhiyyah..huhu..nak buat guana? redha jelah..sape suruh tak habis jawab?..;) tp..mungkin sebab ana terlalu menghayati qawaid nih n bukannye belajar utk perikse..memang belajar semua..yg tak masuk pun belajar masa exam tuh..iskh..iskh..pastu tak boleh berenti cerita satu kaedah..ingat lagi..sampai tulis jawapan..tak muat sangat dekat muka depan sekali..sampai cover usu tulis..;)..maaflah kepada yg tak boleh menghayati apa yg ana tulis nie..tetiba rindu nak belajar qawaid fiqh setelah seharian tgk angka2 nie..dah naik biru dah kepala..;)..camne tuh..entahlah..membilang hari habis final..bestnye..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **8:22 PM

************************

Friday, March 05, 2004

Adikku...

Adikku,
Jika kita dapat menyentuh perasaan paling dalam dr jiwa manusia, maka kita akan mendapatkan banyak kebaikan yg melimpah-limpah, yang kadang-kadang pada tahap pertama sulit untuk ditangkap oleh pandangan mata..
Itu telah ku alami sendiri adikku. Dan telah kucuba pula kepada beberapa orang, bahkan terhadap orang-orang yg dianggap jahat dan kurang ajar!
Ikut merasakan apa yg sedang mereka rasakan, menunjukkan suatu penyesalan atas kekeliruan dan kesalahan yg mereka lakukan akibat ketololannya, menyatakan respons terhadap cita-cita dan keinginan mereka, memberikan pertolongan dan bantuan tanpa dibuat-buat kepada mereka, mencintai mereka sepenuh hati, maka..tidak berapa lama dari itu..akan tersingkaplah kebaikan-kebaikan dalam jiwa mereka di saat mana kamu telah menerima balasan cinta kasih dari mereka, kepercayaan yang kuat atas dirimu, dan rasa simpati mereka walaupun pemberianmu hanya sedikit dan tidak beharga asalkan kamu lakukan hal itu secara ikhlas, jujur, suci dan setulus hati sepenuh jiwa!
Sebenarnya kejahatan itu tidak begitu dalam menancap didalam jiwa manusia, dan tidak seperti apa yg kita bayangkan sebelumnya. Kejahatan itu hanyalah kulit luar yang mengeras disaat mana mereka sedang berjuang bermati-matian untuk mengekalkan kehidupannya.
Tetapi, setelah mereka beriman, maka kulit yg keras kaku itu akan terkelupas dengan sendirinya, dan keluarlah biji serta isinya yang manis itu..
Biji manis itu hanya akan terbuka kepada siapa yang mereka anggap dapat memberikan kedamaian dan keamanan bila mereka berada disampingnya. Dan manisnya buah itu hanya bisa dicicipi oleh siapa yang mereka anggap bisa merasakan apa yang mereka rasakan, yang mencintai mereka sepenuh jiwa, yang kasih sayang kepada mereka setulus hati, yang menaruh perhatian terhadap keinginan-keinginan mereka, yg mahu menghulurkan bantuan dan memberikan pertolongan terhadap pahit getirnya perjuangan hidup yang mereka sedang perjuangkan, bahkan diatas kesalahan mereka juga.
Sedikit berlapang dada dan meluaskan cakarawala sudah cukup menjadi modal pertama untuk mendapat kenyataan dari itu semuanya, lebih cepat dari approach yg dapat dilakukan oleh orang-orang yang menganut faham materialis sekularitis itu.
Itu sudah ku alami sendiri dan ku cuba adikku, dalam hal ini aku tidak ingin hanya bermuluk-muluk kata dan bermanis tutur bahasa sedang kenyataannya hampa belaka. Aku tidak ingin hanya membuat mimpi diatas sandiwara sebab itu pengalaman hidupku sendiri.


perikan surat sayyid Qutub utk adiknya diluar penjara..

p/s : tiap2 hari ade je cerita pelik ana nie..semalam..pelepah kelapa betul2 melayang elok ditepi ana..alhamdulillah..tak kena kepala..kalau kena pun alhamdulillah juga..mungkin ada hikmah disebaliknya..;)
-seronok dpt call jauh pagi2 subuh hari nie..ingatkan sebab apa.. soalan tue takde sebab musabab yea..tak semestinya tau! tak boleh amik hukum dr kaedah qawaid fiqh ' la yunsabu assakiti qaul' ..apa merapu nih..;)..paham sendiri lah!
-ummu n adik jgn marah DR tuh..usu relax je..hehe..saje nak berlama2 di UKM nih..;)
-Umm Mujahid : fuih..macam2 la kite nie..;)
-tin : terima kasih atas segalanya.. usu akan cuba sedaya upaya.. sampai menangis pun..usu nak jugak..;)..hehe
-hasni : jgn nakal2 yea.. jgn lupa usu pesan.. thanks 4 everything.
-nadia canberra : nice 2 know u.
-aina n semua ahli bait aina-clayton : good luck utk bbq esok!.tahniah kerana mengendalikannya..;)
ulfa : selamat hari lahir..lagu takde...lagu saujana tue..dah familiar sgt..tapi ada sesuatu..nanti yea..

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **5:16 PM

************************

sambung entri yang dulu-dulu...

MARHALAH (PERINGKAT) DAKWAH FARDIAH

1. Ta’ruf dengan mad’u
– wujudkan hub dan perkenalan dengan mad’u
– ambil berat diri mad’u = sehingga dapat dirasakan olehnya
– rapatkan diri sehingga dapat rasakan dia boleh terima apa yang kita cakap
– jangan cakap ape2 lagi pasal dakwah

2. Bangunkan iman yang lesu dalam jiwa mad’u
- bincang persoalan mengenai keimanan = secara x langsung/ seolah-olah tak disengajakan = citer pasal pokok ke..haiwan ke... semua pasal alam kejadian dan kekuasaan Allah....
- tujuan perbincangan macam ni diadakan berkali-kali..jadikan mad’u fikir keunikan ciptaan Allah.. mengkagumi, mengaguni..menyucikan
- dapat mendorong mad’u ingat azab kubur, akhirat dsb.. seterusnya lahir rasa ingin mengenal makrifatullah.. sedarkan dirinya tentang kealpaannya
- terangkan asal usul kejadian manusia (roh & jasad) peranan manusia di atas dunia (beribadat)
- harap2... mad’u mula murajaah (ulangkaji) diri

”Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : ”Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia2. Maha Suci Enkau, peliharalah kami dari seksa neraka”. – (Ali-Imran: 191)

3. Bantu perbaiki diri mad’u
- ajar mad’u perkara2 ketaatan kpd Allah dan ibadat2 fardhu
- biasakan mad’u berdisiplin, menjauhi maksiat dan berakhlak dgn Islam
- bekalkan mad’u dgn buku2 yg persoalkan ttg aqidah
- ajak dia ke majlis2 ilmu
- kenalkan dia dgn org salih = bi’ah yg soleh dpt sempurnakan keperibadiannya juga
- sabar dan ikuti perkembangan dirinya..jangan abaikan dia dalam waktu ini

4. Jelaskan pengertian ibadah yang syumul
- jgn bataskan persoalan ibadah kpd solat, puasa, zakat dan haji shj – tapi rangkumkan semua..makan..ilmu..kahwin..bla..bla
- semua amalan/pekerjaan adalh ibadah kepada Allah.. so.. ajar mad’u supaya sumer diniatkan kerana Allah dan laksanakan pekerjaan itu ikut syariat Islam
>>> rujuk m/s 21 -22 pasal syarat2 ...

5. Jelaskan bahawa Islam meruapakan suatu system
- rujuk Usul 1
- fahami kewajiban kita terhadap Islam.. berjuang sungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi
”.... sehingga tiada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata...” – (Al-Baqarah : 193)
- Rasulallah berkata ”Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka”

- lahirkan perasaan tanggungjawab umum (mas’uliah ammah) terhadap Islam di dlm diri mad’u dan tidak lagi asingkan diri
- terang kat mad’u musibah yang menimpa sekiranya umat Islam tak bersatu padu
- terangkang t/jwb tegakkan daulah Islamiyah

6. Jelaskan kepentingan jemaah
- daulah Islamiyah tak tertegak tanpa jemaah
- jemaah pelengkap individu muslim

7. Jemaah mana yang harus dipilih
- Pelbagai jemaah = m’punyai lambang2 dan cara2 t’sendiri utk tarik pemuda
- Mesti faham = persoalan amal Islami (persoalan asasi dan penentu masa depan)
- Mesti teliti perjuangan mana patut dalam pilih jemaah utk realisasikan prinsip2 Islam + tegakkan Daulah Islamiah
- Ikut jln yg ditunjuk Rasul
o Mantapkan aqidah Islam dlm jiwa mukminun + didik mereka di rumah Al-Arqam b’dasar’kan Al-Quran & madrasah Rasulullah
o Through madrasah ni, lahir Rijalul Aqidah (pendukung akidah) = akidah kontrol diri, pengaruhi perasaan, kuasai jiwa
o Sanggup korban apa saja = x kisah kena siksa .. x b’undur!!
o Tu.. nak bina tiang2 seri utama = asas Daulah Islamiah yang 1st
o Rasul umpah setia & janji dgn mrk utk pertahankan Islam guna apa saja yg ada
o Wujud kekuatan aqidah, kekuatan, kesatuan .akhirnye kekuatan tgn dan senjata
o Apb terbentuk kump mukminin mantap & bersatu...
”Telah diizinkan (berperang) bg org2 yg diperangi krn sesungguhnye mrk telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah swt benar2 berkuasa menolong mereka.” (Al-Hajj:39)
0 w/pun mase tu sket aje kump mukmin yg mantap & b’satu.. Rasul pesan sabar dan istiqamah dgn kebenaran yg diimani
0 suruh teruskan sampaikan dakwah Islam kpd org lain
0 Rasul x minta lawan batil guna kekuatan

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **2:15 PM

************************

Thursday, March 04, 2004

project paper ku telah di tong sampahkan!

sedih sangat hari nie..lecturer telah men ' tong sampah' kan project paperku..tak tau nak kata apa.. dah biasa kena herdik..kena sindir.. kena.. macam-macam..jadi selamba je kot..;).. DR kata ikut saya..memang layak tong sampah je..0..buat balik..tak taulah nak kata apa masa tue.. DR tak boleh terima langsung.. DR suh buat semula.."awak jangan balik lepas exam..observe seminggu dkt HUKM tuh!'..aduh DR..just forget it..habis exam..buat balik..alahai DR..lepas exam..dah penuh la jadual eden..;(.. tak tau nak kata apa..tp setiap yg terjadi ada hikmah.. DR cakaplah apapun...entahlah.. tenang je rasa.. kadang2 kita tak tahu apa perancangan ALLAH utk kita.. nak suh lama2 duk kat sini kut..adelah ape2 lepas exam nie.. berbaik sangka pada ALLAH.. mana tahu ada peluang baik di HUKM lepas nie.. adelah tahu .. apa yg ana tak tahu..;)

baca buku..tp hati tak jejak ke tanah..;)..tahle..bosannye baca buku..statik tak bergerak..boleh beku..!..semua org xam..exam..tak boleh bermuayasyah sikit..;)..pelik tul manusia nie..macam yakin betul..paper esoknye masih hidup..takut kejap lagi dah takde..mana tahu ajal datang bila..
erm..akhawatku..tetiba rasa nak cakap..usu sayang semua akhawat..takut tak sempat cakap..takut jap gi dah takde..takut tak sempat!

ingat nak tulis pasal SQ pesan kat adiknye..tp tengah 'down' jap..esoklah..nak sambung baca Management Accounting nih..;(

P/s : adik..jgn buh lagi tau..;)
- bagus semua org ..pesan pakcik siapkan tesis..utk Islam jugak..tak siap nanti...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **7:22 PM

************************

tengah chat dgn kakak... tiba2...... isk..isk....

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **4:27 PM

************************

UNTUK KAKAK...

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


MAAF KAKAK...... SEBAB SEMALAM TAK DAPAT ONLINE DENGAN KAKAK...... terharu dengan sms kakak...
"takpelah dayah.walaupun usu dah tunggu berejam.takpe.utk islam"

Duhai kekanda usahlah membisu
mengapa kau bersedih
Duhai kekandaku rasa sayu mengapa kau begitu
Dinihari menantiku kesepian......



Betapa indah ukhuwah apabila diikat kerana Allah...
Betapa bermakna persahabatan apabila saling memperingatkan...
Betapa ceria jalan perjuangan apabila bertemankan yang mengingatkan diri kepada Allah...
Sesungguhnya rahmat Allah amat luas walaupun yang jatuh ke bumi hanya 1/100 drpd keseluruhannya...

Kepada teman2 yang setia berjalan bersamaku di jalan ini... Terima kasih buatmu...
Kepada sahabat2 yang setia memimpin tanganku di kala aku tersalah jalan... Terima kasih buatmu...


Kakak.... Rindu nyeeee................................................

** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **5:50 AM

************************

Wednesday, March 03, 2004

ada hikmahnya akak sampai lambat...


KEADAAN tren komuter yang terlibat dalam pelanggaran berhampiran terowong di Jalan Sungai Ujong, Taman AST, Seremban semalam manakala (gambar kecil) pemandu tren komuter yang tersepit dikeluarkan oleh anggota pasukan bomba. - Gambar SHAHJEHAN MAAMIN.
utusan
Train yang hampir dinaiki oleh usu, tetapi tidak jadi kerana akak lambat sampai


semalam..berlaku satu peristiwa yg banyak memneri pengajaran..sesungguhnya kita merancang, ALLAh jua merancang..dan perancangan ALLAH lah yg lebih baik!
....bergegas balik dr FTSM sesudah ber YM dgn adik..dah terlambat..very sleepy..tetiba rasa tak nak drive..so telefon akak.."kita naik komuter yea hari nie..usu tunggu kul 6! jgn lambat yea"..hari nie nak ke seremban lagi..banyak tugas tak selesai..parking kereta di komuter UKM..tercari2 akak..arghh..mana nie.. jam bergerak lambat2.. sambil menunggu komuter, sempatla habiskan beberapa kerja.. komuter ke seremban tiba.. akak tak sampai lagi.. semua penumpang naik.. 10 minit kemudian.. komuter ke dua ke seremban sampai lagi.. ingat nak pergi naik dulu.. yeala..org mesti pelik..budak nie train sampai tak naik..naik..apehal?.. sejurus train berlalu.. akak sampai..'usu..maaflah..anak akak buat hal.." erm..takpelah..anak punye pasal..ok je.. agak lama sementara tunggu komuter ke tiga ke seremban.. yealah 2 dah terlepas.. kata kat akak.. "kita nie..selalu sampai lambat..".."takpe..adelah hikmahnye tue".."apelah hikmah datang lambat"..senyum sendirian..komuter tiba..n kami bergegas naik...sekejap2 komuter berenti..pehal nih???..sampai ke batang benar..komuter berenti.... "minta maaf tuan puan, laluan labu - seremban menghadapi masalah ..train ini akan tersekat utk beberapa minit...KTMB memohon maaf atas kesulitan"..owh..sabar jelah..lambat lagilah kite.. hampir setengah jam berenti..tak jalan2..waktu maghrib dah tiba..kami pun keluar dr train utk solat..surau ada satu je..penuh org laki dlm tuh..kena ikut turn la plak..tapi apakan daya..seorang perempuan di tepi surau..tak dipedulikan langsung.. habis org laki solat..dtg lagi org laki..habis..dtg laki..bila la eden nak solat..tapi..baguslah jugak..tanda ramai lagi org laki akhir zaman yg soleh n menjaga waktu solat..;) tiba2 pakcik komuter datang..adik..cepat..bas dah tunggu ..komuter tak boleh jalan...2 komuter kat depan accident! owh..mengucap panjang usu..train accident...bergegas naik bas..selidik2...rupanya 2 komuter ke seremban..yg first2 tuh accident! astaghfirullah...train yg usu nak naik tue.. 44 org cedera.. penumpang yg cedera semua tue yg tunggu sama2 usu dekat stesen tadi..yg memandang usu dgn kehairanan sewaktu melangkah ke train.. naik bas terus ke stesyen bas seremban.. on d way.. lalu terowong tempat 2 train accident..astaghfirullah..penuh ambulans n bomba sedang mengeluarkan mangsa2 yg tersepit..ngerinya.. ALLah masih nak selamatkan usu.. akak sampai lambat..rupa2nya itulah hikmahnya akak sampai lambat..usu n akak senyum sendiri.. kalau tidak.....??? tak baik kalau2 nie..memang ALLAH takdirkan begitu.. cerita penuh train berlanggar buat kali pertama boleh tengok dekat.....utusan!
sesungguhnya segala yg berlaku ada hikmahnya..yg kadang2 kita sendiri tak terjangka...bila tengok landasan keretapi..mesti senyum sendiri..banyak nostalgia indah bersama landasan2 ini di mesir.. teringat pernah tiru 'arab' melompat dr train ke train..;)..abis buat..memang tak percaya..tp nak buat camne..duduk di mesir banyak mengajar erti kesusahan n hidup..sungguh usu merinduinya..;)..musafir fi qhitari dda'wah...
p/s : tolonglah ikhwah/akhawat oz pesan pada pakcik usu siapkan tesisnya b4 7 JUN!

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **10:55 AM

************************

Tuesday, March 02, 2004

Innalaha ma'ana...

benarlah kata2 pejuang ini..

"Sesungguhnya Al Quran itu tidak akan dapat dipahami oleh orang-orang yang hanya duduk sahaja.”

Dari itu orang yang telah mendalam imannya dan telah bersemayam di hati sanubarinya akan merasakan manisnya jihad dan baginya kehidupan akhirat dengan segala kenikmatannya merupakan cita-citanya yang paling tinggi dan ia rela membelinya dengan dunia seluruhnya..

firman Allah yg maksudnya:
“Oleh kerena itu, mestilah orang-orang yang ingin menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berjihad pada jalan Allah.(untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berjihad pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.”(QS An Nisa’ 4 : 74)

Inilah janji Allah swt. yang menjadi sumber inspirasi serta tonggak kekuatan sehingga jiwa mereka tumbuh menjadi jiwa yang kuat dan perkasa menghadapi musuh-musuh Allah swt. walau di mana sekalipun mereka berada.


..................................

izza n adda : best kan cd tuh..first2 sekali keluar ayat nih...


"Diantara orang-orang Mukmin itu terdapat sejumlah laki-laki yang memenuhi janji mereka terhadap Allah. Di antara mereka ada yang memberikan nyawanya, sebagian yang lain sedang menunggu gilirannya. Dan tak pernah mereka merubah pendiriannya sedikit pun juga!!" (QS Al-Ahzab : 23).

sedihkan..sayu betul..masa usu tengok first time.. rasa cam meronta2..hehe..nantilah kita buat senikata yea adada n izza..

Selamat jalan para tentara Allah.

Salam atasmu sekalian para Syuhada.

Sungguh, Rasulullah akan menjadi saksi nanti di hari kiamat bahwa anda semua adalah syuhada di sisi Allah.

Syahid itu indah.

Inilah ladang jihad, di sinilah didapati tiket 'percuma' ke syurga

adik: rindunye..
ummu..: rindu jugak..;)
hasni: tuntut janji awak..
UmmMujahid: akak..terharu baca mesej akak..huhu
adda n izza..cepatlah datang sini.
kak dayang n ros : hari khamis nie dtg BR..tak sabarnye..bolehla teman usu studi..;)
amoi : bile la nak berkenalan..
suya: terima kasih banyak membantu..
ilmik : jgn sedey2
zila : tetiba teringat kat awak!

Dear Allah, touch the people i care for, keep them safe, remind them of Ur great luv n bless them, especially d one reading this, coz i luv her...


** penulis **WANITA ISMA  ** jam **2:30 PM

************************

"Hai orang2 yg beriman, jgnlah kamu terdahulu (dgn perkataan atau perbuatan) sblm Allah dan rasulNya, dan takutlah kamu kepada Allah. Sungguh Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Al -Hujuraat)49 : 1

Sikap orang yang beriman
= menerima Allah sebagai Tuhan dan Muhammad sebagai Rasul
= tak boleh menetapkan suatu hukum sblm ada ketetapan dr Allah n' Rasul
= x bleh gune pendpat senirik, buat penilaian sendirik tanpa selidik samaada Allah n' Rasul dh tetapkan

"dan x patut bg lelaki yg beriman dan x (pula) bg perempuan yang beriman, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata" (Al-Ahzaab)33:36

=apa2 pun kena rujuk Al-Quran n' Sunnah
*ingat usul Ke-2 ;)
(teringat dulu buat lawak ngan kakak masa kakak datang melbourne dulu.... kakak cakap, budak2
Mesir sume ada degree Sy Usuluddin... hehe.. Pastu... adik pulak.... ade degree gak.. degree Usul 20..heheh)

Hadith (Musnad Ahmad, Abu Daud, Tirmidhi n' Ibn Majah)
Rasulallah gi hantor sahabat, Muaz bin Jabal pegi yaman sebagai hakim...
Rasulallah tanye la kat Muaz, "Bgmn kah kamu mengadili/menilai sesuatu perkara?"
Muaz jawab dengan konfidennye "Dengan Al-Quran".
Rasulallah tanye laie, "Kalu tak jumpa rujukan dalam Al-Quran, aoa yang akan kau rujuk?"
Muaz jawab laie, "Aku akan kembali kepada sunnah pesuruh Allah".
Rasulallah tanye laie, "Kalau x de jugak?"
Muaz jawab," Barulah aku buat penilaian dan cari penyelesaian sendiri"
Kemudian, Rasulallah meletak tangannye kepada dada Muaz dan berkata, "Bersyukur kepada Allah yang telah membantu pembantu kepada PesuruhNya untuk melakukan apa yang disahkan/dipersetujui oleh Rasulallah"



Tu je lah... adik actually plagiarais...eh..petik dari The Meaning of Al-Quran by Al-Mawdudi... adik translate ke BM....

Sekian..
Rindu kakak (walaupun skang ni tgh chat ngan kakak sbnrnye)



** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **2:16 PM

************************

duhai ADINDA...



(download)

dua tiga menjak nie.. apesal rindu sangat dengan adik nie..semua adik usu rindu..dayah ..hasni..dll..sebab nak exam kot..bile nak exam..kelas takde..duk study sorang2..hehe..fikiran pun menerawang..melintasi laut cina selatan..melintasi tah mane2..sampailah ke tempat tujuannya..macam tue agaknya..anyway..nak buat guana?
sedar tak sedar habis dah kelas utk semester nie..yg malasnye ada exam..erm..imtihan dunia..yg lebih penting kita bersedia ke utk dinilai diakhirat nanti..sekurang2nya exam dunia ni ada tarikh..imtihan akhirat..? bila2 saje nyawa nie boleh ditarik balik!..

IMTIHAN DUNIA >>> bersediakah untuk IMTIHAN AKHIRAT ???

9 MAC ---> BUSINESS STATISTIC
16 MAC ---> MANAGEMENT ORGANIZATIONS.
20 MAC ---> MANAGEMENT ACCOUNTING.
29 MAC ---> MARKETING MANAGEMENT


cepatlah habis..;)..dah takde mood dah nie..abis je imtihan..fuih bestnye..makin panjangla langkahku yg sedia panjang nie..;)
doalah agar dipermudahkan..cepatla..nak jumpe adik..adik..meihla balik..pehtu kita gi brunei..rindunye kat omar..;)..pehtu kita balik ngan kak su ke mesia..pehtu adik balik oz ngan kak su..amboiii...usu berangan..;)..sabar usu..sabar...

p/s : hasni..rindunye..jgn lupa buat 'keje' yea..sesekali ingatlah BR.rumah kedua hasni..;)
................................


Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan Allah akan mendapat ganjaran. Dia juga akan mendapat ganjaran manusia yang telah mengikut jalan kebenaran itu sehinggalah ke Hari perhitungan. Ganjaran itu tidak akan berkurangan walaupun sedikit.

ku harap saat itu akan berulang...

** penulis **WANITA ISMA  ** jam **1:01 PM

************************

Monday, March 01, 2004

BUKAN KERANA AUSTRALIA

hmm... sape la nak ajar adik post up gambar kat blog.. tak reti2... konon2 nak mantapkan skil IT.. tak menyempat... pastu, ari ni skolah pun dah mula.... hmmm.....
adik nak share cerita.... cerita yang hmmm..... tak tau lah adik nak kategorikan sebagai cerita apa.. maybe cerita tauladan....

Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah ( adik milik Allah, kakak milik Allah - sebab kami dua2 Hidayah ;P )
Allah memberi, menahan dan menarik hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki

"Sesungguhnya atas Kami hanya memberi petunjuk" 92:12

"Dan tidak ada bagi mereka wali-wali yang menolong mereka, selain daripada Allah. Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada baginya jalan (kepada kebenaran)" 42 : 46

Sayu baca warkah kakak untuk akhawat Aussiee...

Sesungguhnya kakakku....
Bukan kerana atmosfera Australia yang nipis kami terasa lebih terang dan cerah berada di sini...
Tetapi kerana nur Allah "lebih kelihatan" di sini... walau kami tahu dan yakin nur Allah itu meliputi langit dan bumi dan segala ceruk angkasaraya.....
Adik sendiri, terlalu lama rasanya berada di bawah payungan kejahilan.... yang menyebabkan sekian lama adik terteduh daripada melihat cahaya Islam yang sebenarnya...
Sekian lama juga telah percaya bahawa suasana kami terang sudah, kami letakkan kaca mata hitam melapisi pandangan kami, maka terkabur dek bayangan penipuan keselesaan dunia....

Percayalah kakakku...
Bukan kerana Australia dijalari dengan 'freeway' kami lebih gemar utk meneruskan perjalanan kami di sini....
Tetapi kerana kami lebih free to choose our own way, iaitu the way of our life - Islam...
Di bumi Malaysia, hidup kami dijalari 'highway'... untuk memilih haluan perjalanan itu.. ada tol.... there's too much stops... there's always prices to be paid .... Too much speed trap yang melambatkan kami....
Tetapi bukan kami berputus asa dengan suasana kami di sana, tetapi di sini.... kami akan melatih diri utk pandai memboloskan diri..... dalam mencari keredhaan Ilahi.....

Yakinlah kakakku...
Bukan kanggaru yang memikat hati kami...
Bukan benua Australasia yang luas ini yang membuat kami terasa lebih selamat utk terjatuh di pinggiran....


Bukan kerana Australia mempunyai pagar terpanjang di Queensland membuatkan kami lebih terjamin daripada serangan dingo dan haiwan buas yang lain....
Tetapi kami di sini lebih nampak pagar yang telah Allah bina utk kami (jua utk saudara lain) .... Kami lebih selamat berlari-lari di dalam lingkungan pagar.... Biarpun hanya bersandar di pagar kami tidak risau untuk jatuh... Di Malaysia, adik rasa sendiri.... mungkin walau kerana Malaysia lebih kecil tetapi pagar terlalu luas.... Sedang berlari-lari sendiri pun susah nak bertembung dengan yang lain walau di situ kami jua dilingkungi dengan pagar yang sama.... Mungkin kerana di dalam pagar itu, banyak makhluk lain yang lebih aktif... Lebih banyak kami bertembung dengan mereka... Lantas adik penat sendiri dan hampir futur...... (tapi kakak datang tembung adik 2 kali kat Kg 8 kan?)

Aussie ini tiada istimewanya sebenarnya..
Malaysia itu "tanah air" kami..
Tentu la kami rindui...
Ayah ibu, keluarga, sanak saudara, taulan....
Semuanya perlu dan nantikan perubahan...
Kami di Aussie... ada perjuangan kami
Saudara lain dengan perjuangan mereka jua di tempat lain
Di bumi kakak pun ade gak..kan..kan.. kakak salah seorang daripadanya..
Tetapi, kita semua ada matlamat yang sama
Nak bina Daulah Islamiyah...
bukan takat itu saja, ustaziyatul alam impian bersama....

Jadi.. relakan kami, kami hanya sementara di bumi Aussie...

Tetapi Malaysia itu kami janji akan kami tawan... yeay!

Terimbas kembali pada saat kaki menjejak di atas bumi Aussie...

Nantikan kepulangan adik andai ada usia Allah izinkan....
Kalau tak sempat bertemu... Kita usaha sekarang... agar dapat bertemu di Jannah.....................



** penulis **Ummu Insyirah  ** jam **4:52 PM

************************