| 
|
| Sunday, February 29, 2004 |
| EDISI KHAS SEMPENA KEPULANGAN AKHAWAT OZ..
tamdhil layaali zikraa bibali..malam-malam terus berlalu sedangkan kenangan itu terus utuh diingatanku
Warkah cinta untukmu akhawatku..
(teristimewa untuk akhawat oz yg pulang ke oz tadi..cik lin, suya, ilmik, nik sha, zila, wala, fiza n semua akhawat oz yg pernah bersama-sama dengan akhawat BR, BBB - dayah, ummu, nana, kak amy, kak oja, mas, hasni, ija, rina, syahida, ct, nik, kak nadia, kak fatihah..;), syaf, noni, muna, aina, darliesha, azian, ..maaf kalau ada yg tertinggal nama)
akhawatku
seketika tadi..lambaian terakhirmu meninggalkan sayu di hatiku..suatu perasaan yang sukar diluah dengan kata2 mahupun bait puisi..mencalitkan perit dan sendu dijiwaku..terasa berkecai hatiku tatkala melepaskanmu pergi..
perlahan-lahan..wajahmu hilang dari pandangan mataku..terpana aku seketika..lantas terkesima..remuk dihatiku hanya Allah yang tahu...betapa aku tak dapat melupakan saat kita bersama akhawatku..
setapak demi setapak ku tinggalkan KLIA dengan sendu dihati..dengan air mata yang masih basah di pipi..dengan kenangan yang masih segar di sanubari..dengan nostalgia kita yang masih utuh bersemi..sungguh akhawatku..perasaanku seakan meronta tidak mahu melepaskan kau pergi..
namun akhawatku..ku pasrah n redha..kerana menuntut keredhaan Ilahi..menuntut pengorbanan yg tinggi..akhawatku, ku rela demi sebuah perjuangan yg perlu kau teruskan..di sana.. di suatu daerah asing untukku..
akhawatku,
masihkah kau ingat saat itu..tika kita berjumpa kali pertama..tika kita bergurau senda bersama..rajuk n tangismu membuatkan ku pilu..gelak n tawamu menghiburkan hatiku..masihkah kau ingat lagi saat itu..tika kita bersua kali pertama..kau tersipu dan tertunduk malu..sungguh akhawatku..tenang sungguh hatiku...
akhawatku...
masihkah kau ingat suatu ketika itu..ku hampir kecewa dengan ujian dunia..kau beriku sokongan padu..kau katakan padaku..Allah sayangkanku..kerana itu aku diuji....masihkah kau ingat..suatu ketika.. kita sama-sama berjuang bersama..berlapar bersama..bermain bersama.. ber'muayasyah' bersama.... bekorban bersama.. hingga akhirnya timbul bibit-bibit kemesraan antara kita..hingga akhirnya timbul keserasian antara kita..hingga akhirnya ukhuwwah kita atas dasar aqidah menjadi begitu utuh..kasih sayang yg Allah campakkan sungguh indah sebenarnya..masihkah kau ingat?
akhawatku..
suatu ketika.. ku pernah memarahimu..sungguh akhawatku ..tak terlintas di hatiku mengecilkan hatimu, tak terniat jauh disudut hatiku mengecilkan hatimu, sungguh tak ingin ku melukakanmu..harap kau mengerti.. teguranku itu.. tanda ku sayangkan dirimu..tanda ku ingin kita sama-sama meniti jalan ini dalam redhaNya.. bukanlah tanda ku ini lebih baik darimu..sungguh akhawatku..kita sama-sama manusia..kita sama-sama pernah tersilap langkah..tersalah bicara.. hilang pencaturan..namun..tak bermakna..kita tak boleh berpatah kembali... mengulang lagi.. bertatih semula dari langkah pertama.. sungguh akhawatku..kita sama-sama belajar.. berpimpinan tangan.. tegurlah daku, nasihatlah diriku andai ku tersalah..andai ku tersilap..
akhawatku..
andai ku hampir jatuh..peganglah tanganku..
andai ku rebah..tariklah tanganku..
andaiku tersungkur..pautlah ku kembali..
andai ku kecewa..berilah semangat padaku..
agar ku tidak tergolong dalam.."almusaqituna fi thariqu da'wah..."
agar kita sama-sama menuju ke gerbang jaya..
akhawatku..
sejak hari pertama ku mengenalimu.. seakan sudah bertahun kita bersama.. kali petama kita bersua.. seakan sudah lama ikatan ini terbina..akhawatku..kemesraan ini..kebahagiaan ini..ikatan ini..ukhuwwah ini..atas dasarnya aqidah...moga kekalnya hingga ke syurga.. moga kita termasuk di bawah naunganNya dihari dimana tiada naungan kecuali naunganNya.. akhawatku..sungguh indah andainya persahabatan kita ini akhirnya nanti di syurga.. lebih indah lagi andai nanti kita dapat bercerita tentang perit jerih kita di dunia..diwaktu kita berada di sana..doakanlah akhawatku penghujung kita di sana..di jannatal firdausi a'la..
akhawatku..ku pohon dariNya moga kita akan dapat berjumpa lagi..namun andai bukan itu yang direncanakan oleh yang Esa..doa ku kita akan berjumpa di sana...untuk kali kedua..saufa naltaqi marratan ukhra insyaAllah..fa'in lam takun huna saufa nara..fahunaka fi jannatil firdausil a'la..ameen..
akhawatku..
hari-hari terakhir barsamamu menjadikan aku sendu sendirian..terasa masa ingin diputar kembali..takut melihat kepulanganmu ke oz kian hampir.. takut aku tak mampu terima kenyataan.. akhawatku..terkadang ku tak mampu berterus terang.. walau tak pernah ku beritahu kau terlalu istimewa di hatiku..namun sungguh akhawatku.. segalanya ku simpan jauh di lubuk hati..betapa kau terlalu beharga akhawatku.. akhawatku..doaku kau akan teruskan perjuangan di sana..doaku kau akan laksanakan ikrar kita.
akhawatku..masihkah kau ingat janji kita semalam..
bersama dalam sebuah perjalanan..
yg kita ukir bersama..
dengan air mata di lembaran usang
masihkah kau ingat..
bagaimana kita bertemu..
bagaimana kita berkumpul..
n bagaimana kita berpisah..
tidakkah kau lihat bahawa janji Allah semakin hampir..
akhawatku,
sesungguhnya..terima kasih kerana telah mewarnai hidupku..terima kasih kerana menggembirakanku disaat ku dilanda duka..terima kasih kerana bersama dengan ku sentiasa..dikala suria memancar terang, di kala mendung n dikala hujan..terima kasih kerana menjadi sahabatku selamanya..didunia n moga kekal hingga ke syurga..terima kasih kerana berikan ku sinar harapan..sesungguhnya akhawatku..kau lebih bernilai dari dunia n seisinya,..kerana kau generasi penerus pejuangan yg hampir pupus di muka bumi ini... sesungguhnya harapanku yang tertinggi..moga kita sama-sama kan berjaya memasuki jannahNya..n memperoleh redhanya..pohonkan ku dalam doamu akhawatku agar ku terus begini.. terus meniti hari..dengan penuh ketabahan n iman dihati..moga hari esokku lebih baik dari hari-hariku yang telah berlalu..
akhirnya akhawatku..selamat tinggal..moga hanya jasad kita yg terpisah..namun dihati selamanya bersama..bersama atas jalan ini..moga kau tak melupai diriku disaat kau menjejakkan kaki di oz..oz..yg tentunya lebih bewarna warni yg mungkin buat kau lupa diriku.. namun aku ..akan cuba sekali-kali tidak melupai dirimu... sehari bersama selamnya terasa akhawatku...
diriku yang amat mencintaimu kerana Allah,
akhawat BR
ketika malam..
melabuhkan tirainya bawa malam..
meninggalkan siang lalu..
pergi tanpa ulang..
tinggal memori semalam..
suka duka keindahan..
Manisnya itu tak mungkin berulang..
Ukhuwwah yang terbina..
terjalin sekian lama..
kini meniti akhirnya..
nokhtah perpisahan..
perjuangan ummah ini..
kau pasti teruskan jua..
walaupun ku gugur pergi selamanya...
teruskanlah teman..
teruskan perjuangan suci ini..
perisaikan diri iman..sempurna di hati
basahkan bibirmu dengan puji kepada ilahi..
Agar tiada tersia perjuangan ini..
Andainya pun engkau gugur..
syahid ganjarannya nanti..
andai sebaliknya..
hidupmu kan bermakna..
biar putus nafas ini ..
Nantikan temu kembali..
Ditaman impian..
manisnya kan bersemi..
.......................................
ku mencari-cari teman yang sejati..
buat menemani perjuangan suci..
........................
TAMDHIL LAYAALI ZIKRAA BIBALI
....................................
Missing you from my heart...I am thinking about you and all the special things you mean to me and the warmth and closeness we share..I am thinking how much fun..the good times are when I share them with you , and how you caring makes the hard times easier ... I am thinking you and wishing..too..that we were together, because you're missed more than words can say..I really miss you..
.....................................................
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **6:41 PM
************************ |
| |
| hidupnya
hidup seseeorang, mari kita renungkan....
mindanya baru saja terbukakan untuk jalan ini...
selama ini jalannya terasakan bersuluh....
tetapi sebenarnya melangkah di atas titi rapuh...
terasa terang tetapi tak sedar dirundung mendung...
terasa selesa tak sedar kaki berdetak di atas malapetaka...
selama ini meyakini apa yang diikuti..
sepenuh hati menegakkan apa yang difahami...
walau hakikat tidak mengerti hidup ini..
hanya kerana selesa lantas disimpulkan hidupnya lengkap sudah...
dari kecil hingga merangkak ke usia remaja...
terus berasa selesa, tetapi syukurlah masih bertawajjuh kepada TuhanNya
mengerti segala-galanya milikNya
tetapi tiada siapa tampil bagaimana hendak mengerti dengan sebenarnya
terus meniti landasan kehidupan yang kabur
hidupnya senang, syukurlah masih mengenang segalanya dari TuhanNya
masih hidup selesa, rasa cukup sekadar dengan takbir, rukuk, sujud
rasa terjamin dengan Islam yang dipegang...
memandang ke kiri dan ke kanan...
terasa lengkap sudah hidupnya...
cakap saja material, rasa hidup pasti bahagia...
cakap saja keluarga, rasa hidup pasti bahagia
tapi hakikat bahagia bukan di luar sana....
tetapi jauh di lubuk sanubari...
syukurlah, dia masih mencari....
dikelilingi dengan pelbagai kelengkapan dunia..
tetapi terasa kosong jiwa dan mindanya....
menyendiri.....
menyendiri....
mendekatkan diri dengan mihrab...
bersimpuh di masjid.....
tafakur...
setia takbir, rukuk dan sujud....
mungkin di sana ketenangan hakiki...
benar..benar.. semakin rasa hampir...
tetapi apa sebenarnya yang dicari??
masih terasa ada kehilangan...
tetapi rasa cukup segalanya..
manakah hilang?
benarlah Hidayah milik Allah......
dijentik hulu hati....
terus mengerti....
selama ini apa yang difahamnya salah..
selama ini apa yang dipegangnya dirasakan betul tetapi tidak sebenarnya...
terlalu selesa dengan Islam yang dimiliki...
sekadar ibadah dan amalan tambahan buat melindung diri
tapi... tapi... dia mencari..
apa yang dia jumpai??? ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **8:48 AM
************************ |
| Saturday, February 28, 2004 |
| suatu ketika...
suatu ketika sedang pakcik hasan berucap..seorang pemuda bertanya..
"bercinta itu halal atau haram ?"..
sambil tersenyum..pakcik menjawab..'bercinta yang halal itu halal dan bercinta yang haram itu haram"..renungkan..dan fikir-fikirkan..
suatu ketika juga, pakcik menghadapi masalah dengan maktab perguruannya dan diugut untuk diberhentikan..lantas dengan tegas..dia menjawab "rezeki saya tidak ditentukan oleh maktab atau kementerian pelajaran"..lihatlah bagaimana pergantungannya pada Allah..bagaimana dgn kita..apakah rezeki kita ditentukan oleh Petronas..atau oleh kolej atau oleh siapa?..terkadang kita tahu rezeki itu datangnya dr Allah tp tindakan kita..pendirian kita seolah2 rezeki itu..kuasa manusia..tidakkah kita sedar?..kita takut utk buat sesuatu kerana takut ditarik biasiswa...erm.. bukankah Allah yang tentukan rezeki kita?.. fikirkanlah!
suatu hari, dihari gugurnya seorang syahid..lahirlah anak pejuang..anak seorang syahid..diberi nama istisyhad kerana lahirnya di hari ayahnya syahid!..isterinya yg menamakan anak itu istisyhad..sungguh bertuah anak itu....ayahnya syahid..dan sungguh bertuah si syahid itu..kerana isterinya tabah n kuat...mampu beri tarbiyyah pada anaknya yg baru lahir....dididiknya anak itu sejak dr dalam kandungan..
aku anak pejuang!!
raqaiq-istisyhad...... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **11:25 AM
************************ |
| Friday, February 27, 2004 |
|
Allahu ghayatuna..
Rasuluna..zaeemuna..qudwatuna..
quranuna dusturuna..syi'aruna..
jihaduna sabiluna..
wal mautu fi sabilillahi asma..amanina..
sungguh.. rohnya mengalir.. jiwanya ..sentiasa bergerak.. hatinya meronta.. langkahnya ... betapa syahid dirindui..
betapa kalimah da'wah sentiasa mengalir dalam tubuhnya..
disetiap denyut nadinya..
disetiap gerak perjuangannya..
sungguh..
betapa kita jua merindui syahid..
kita jua merindui kedudukan itu..
sedangkan dia..disebalik tiang besi itu..
masih tak letakkan senjata..
masih tak jemu berjuang..
apakah kita ingin berundur..
saudaraku...
seandainya kita berpegang dgn tali-tali Allah..
maka tiada siapa..dr musuh-musuhnya mampu robekkan kita..
yakinlah kita..
saudaraku..
air mata ini tak mampu dibendung lagi..
hati ini tersiat-siat melihat peristiwa itu..
andai dikurniakan kesempatan..
kan ku tuntut keadilan..ku pastikan Islam tertegak akhirnya..
sungguh saudaraku..
andai kita tidak berjumpa..doakan kita kan ketemu nanti..
di jannah. firdausi a'la....doakan kita bersama untuk selamanya..
Ya Allah..
kabulkanlah permintaan ini..
teruskanlah saudaraku..
teruskan perjuangan ini..
sehingga dirimu gugur..syahid..atau menang!
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **7:19 PM
************************ |
| |
|
Kepada Ukhti Lin a.k.a Cik L .... Selamat hari lahir tahun masehi... hari ni besdei die 27/2/2004 .... tu sebab dia tanak balik melbon nak selebret besdei ngan keluarga kat mesia... isk.. isk.. balik... keje banyak... ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **1:02 PM
************************ |
| |
|
Salam alaikum warahmatuh wamaghfiratuh..
semoga sentiasa dalam 'inayah iman n islam..
semoga hari yg bakal mendatang akan membawa sinar baru untuk islam!
hari-hari yg berlalu meninggalkan banyak pengajaran..n pengalaman..pengalaman inilah yg mengajar erti kedewasaan n kematangan..semalam yg berlalu penuh erti..mengajar kita betapa perlu 'bercampur' dengan masyarakat..betapa perlu 'bekerja' bersama mereka..betapa perlu membimbing n menarik mereka..seorang daie perlu mengenal pasti angkatan pemuda yang terbaik di dalam masyarakat dan seterusnya bergaul dan berkenalan dengan mereka, menziarahi mereka dan mengajar mereka kaedah menggabungkan dan menyelaraskan tenaga-tenaga Islam...perlunya para duah memilih anasir terbaik..agar dapat dimaksimakan tenaga..kita tak punya tenaga yg ramai..sedangkan kerja kita banyak..kerana itu kita perlu memilih..kita bukan bersikap 'diskriminasi' pada masyarat..kita ingin mengajak semua...tapi sayang...tangan kita tak sampai..kita perlu tumpu..tarkeez wa la takathur..namun..kita sepatutnya sentiasa mencari orang ramai, bertanya khabar, menemui dan bermusafir untuk menemui mereka serta menziarahi mereka di dalam tempat perhimpunan mereka. Andai kita hanya menunggu kedatangan orang ramai untuk menemui kita, kita akan keseorangan n termangu sendirian..percayalah..
Diceritakan: "Apabila sampai kepada Imam Ahmad berita tentang seorang lelaki yang soleh atau zuhud atau yang menegakkan kebenaran dan mengikuti perintah Allah, beliau akan bertanya mengenai orang tersebut. Beliau amat gembira jika dapat berkenalan dengannya serta mengetahui hal ehwalnya." Lihatlah, Imam Ahmad tidak mengasingkan diri dan lari dari orang ramai.
Abdul Qadir al-Kailani telah berkata:
"Maha Suci Allah yang telah menggerakkan hatiku untuk memberi nasihat kepada manusia dan telah menjadikan kerja nasihat itu sebesar-besar cita-citaku."
Dia berkata lagi: "Apabila aku melihat seorang murid yang benar telah berjaya lahir di bawah bimbinganku, aku pun merasai kenyang, puas dan aku merasa bangga dan gembira memikirkan bagaimana ia boleh terhasil dari bimbinganku?"
Inilah kepuasan dan kegembiraan mereka. Kegembiraan mereka bukanlah dengan mengarang kitab yang mengulang-ngulang perkara yang sama. Seorang alim yang sebenarnya ialah seorang pendakwah. Bagi orang alim yang hanya mengarang kitab semata-mata, kita katakan kepada mereka: "Demi Allah, kamu bukanlah ulama' atau orang yang bijaksana, tetapi kamu hanyalah memperdagangkan ilmu." Islam hari ini tidak memerlukan penambahan lagi terhadap kajian-kajian di dalam cabang-cabang ilmu fiqh berbanding keperluannya kepada pendakwah yang bergabung tenaga, tolong-menolong dan berganding bahu sesama mereka.
semoga kita semua akan terus bekorban utk islam..sehinggalah kita dijanjikan dgn dua kemenangan..mati atau syahid!!!
...................................
ketenangan ada disini... tak jumpa kerana kau tak mencari
kebahagiaan tersirat dihati..tak rasa kerana kau tak menghayati
jangan undur walau selangkah..
teruskan perjuangan.
hingga ke akhirnya..
andai kau gugur..
andai kau syahid..
kau diredhaiNya..
dengan satu perjuangan..
satu arah tujuan..
dibawah rahmat yg Esa..
kita melangkah seiringan..
satu perjuangan..
semoga kita akan bersama untuk selamanya..sehati sejiwa..dulu kini selamanya...walau apa yg melanda hadapi bersama..Ya Allah Ya Rabbi teguhkan iman kami..moga tabah hati tak berbelah bagi...
p/s : adik...iskh macam2 la..risau akak dgn adik nie..nak lintas jalan tengok kiri kanan..bawa kereta..bawa elok2..jgn buat keja sampai dehydrated... berpada2..hehe..pandainye akak nasihat adik.. ingat.. rasulullah pernah sebut..khairul umuri ausatuha..tapi takleh pepandai guna utk semua keadaan jugak..takpelah..nanti adik balik mesia..akak nasihat adik dr malam sampai pagi..lps tue adik torture akak plak..;) hehe ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **8:48 AM
************************ |
| Thursday, February 26, 2004 |
|
allahumma 'afini fi badani.. allahumma 'afini bi sam'i... allahumma 'adini fi basori...
semoga usu segera sihat, kalau itu yang terbaik.... nasihat utk kakak.... adik jatuhkan hukum wajib utk usu mematuhi perkara2 di bawah.... hehe..
sebarang alasan daripada usu adalah mamnu' (ditolak) .. ;P
1. kena jaga makan - makan banyak buah2an dan sayur2an.. kak idah, pastikan usu minum banyak air oren... dan juga madu + air masak... Meh datang Melbourne, adik jaga kakak :) Pak Cik Hassan pesan, daie kena jaga kesihatan untuk menjaga kelancaran dakwah.. Kalau daie sakit, susah nak buat kerja.. Dakwah terabai, mad'u terkapai... Tapi, Allah lebih mengetahui... Setiap satu perkara yang ditaqdirkan ada kebaikannya walau kita rasa perkara itu tak baik buat kita.... Mungkin ujian.. Mungkin kafarah... Wallahua'lam..
2. jangan malas makan ubat - ni kan usaha.. natijahnya samada semakin sembuh atau semakin sakit, biar Allah tentukan.. Kita manusia kena usaha sedaya upaya.. Doa supaya Allah beri apa yang terbaik untuk kita... Dan kemudian tawakal... hehe.. Ari tu tepon kakak... ngadu malas makan ubat.... Jangan gitu ye kakak....
3. tido secukupnye... memanglah "ar-rahah lid-daie ghaflah" .. tapi setiap manusia ada kapasiti masing2... rehat mesti, tapi bukanlah diminta untuk berehat melebih-lebih... jangan sampai membawa mudarat kepada diri sendiri.. Rehat yang cukup bukan excessive.."la dhororo wa-laa dhiroro" ..hehe... bleh relate ke ngan hadith ni?
4. ade sape2 lagi bleh tambah ye.....
Adik pun 2-3 hari ni wayar hampir putus.... Syaitan sentiasa mengintai-intai lubang2 kecil dalam hati yang terlopong... Biasa je adik terkejar-kejar ke sana ke mari.. Semalam mencatat sejarah.. dalam tempoh 4 jam, berjaya berada di 4 tempat berlainan atas urusan yang berbeza tetapi matlamat yang sama..... Clayton, Boxhill, City, Tullamarine... mencatat jarak pemanduan lebih kurang 110 km.... Mengantuk sangat... Cuaca kat Melbourne sangat panas.. semalam about 38 degrees.. Kat freeway, highway, jalan biasa semua jam... Dehydrate.. Flat jugak...
Mata berair2, suhu semakin tinggi.. "coolen" pun dah mencapai takat didih.... hampir2 overheated... jadi lah orang yang bad tempered... Sempat ter"power nap" beberapa kali kat highway.. bahaya betul.... Sian kak Ummu, senyap aje dia dok sebelah adik... Biasa adik yang bising2 buat lawak.... Adik senyap betul2... Mata berair2...
Rasa cam nak marah.. Tapi tak tau nak marah ape... Kak Ummu terus senyap... Tau, kak ummu dok jengah adik sekali-sekala... Co-driver adik yang paling setia... Syaitan yang mengintai tadi masih terus menyelak2 ruang kosong yang boleh dimamah.... Bad tempered betul adik... Ya ALlah... adik dah la susah nak marah.... tengok semua benda rasa tak betul... Petang bawak adik2 jumpa Pak Cik.... baru la adik rasa gembira... seronok....
Hari ni kemuncak, insaf tadi.... Nyaris maut... Nau;zubillah, amalan ntah cukup ke idak... Adik nyaris dirempuh oleh lori simen kat Princes Highway.... Drive sorang2 masa tu... Hmmm.... Kalau kena rempuh tadi tu, kira syahid tak? Adik dari Service Road nak masuk highway, dari jauh nampak lori simen.. memang jauh sangat... sempat je, kalau adik terus belok masuk highway.. tak budget speed lori simen tu, dan tak terfikir pulak... kat situ kawasan bukit..kiranya lori tu dari arah menuruni bukit... Adik pun belok masuk highway.... Van kesayangan adik memang ada masalah dengan accelerator, tak bleh terus pecut... dah lame tekan, baru bleh laju... Semasa speedometer van menunjukkan 60km/h kedengaran bunyi hon dari arah belakang yang sangat kuat membuatkan adik nyaris heart attack..huhu.. tengok cermin tengah... Astaghfirullah, agak2 nye 1-2 inchi lagi lori tu nak rempuh belakang van.... Hon terus dibunyikan memanjang... Lori itu belok ke kiri (mungkin utk elak langgar van), hon terus dibunyikan... gedek..gedek..gedek...van pun mencapai 80 km/h laju sket la... Pemandu lori tu terus hon dan mengeluarkan perkataan2 kurang sedap dalam bahasa Aussiee... huhuhu..... adik tergamam.... tapi tak de expression... dah tiba city, baru la pikap... Ya Allah.... in a split second, adik bila2 aje boleh masuk alam lain.... bayangkan... lori tu sangat laju.. dan adik rasa bhg depan lori tu maybe dah terkena sket kat belakang van.. dengar bunyi brek angin lori tu... serammnnyeee..... ntah la.. wayar adik masih belum terpateri dengan kemas... mungkin dah lama tak menyendiri.... Rasulallah pun took his time to be alone at Gua Hira'.. iye dak.... ok la.. tu je update dari adik setelah sekian lama menyepi...
p/s : thanks kak ummu kerana setia bersamaku... sorry kalau ada salah silap....
Wallahua'lam.....
** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **7:47 PM
************************ |
| Wednesday, February 25, 2004 |
| di satu hari...
maaf.. usu tak boleh nk menulis kt blog kesayangan dier ni.. so dier soh kak idah yg tulis bagi pehak dier
usu dah lama tak sihat..asyik batuk2 ajer dan demam..masa trip ke JB yg bestnya dalam kereta sihat walafiat ajer.. bila kuar kereta tak ok... ingatkan mmg duduk kt dalam keta ajer.. tp lepas ajer pakcik balik, lepas tu usu terus tak berapa sihat sampailah kemuncaknya hari ni .. usu pengsan tetiba.. :(... semalam dah ler kena marah dgn kak idah... (usu sori.. termarah lak, tak larat sangat semalam) :D.
cerita ini combine citer usu dagn kak sal.. awal pagi usu dah ke fakulti, die gi ke surau FPP, sorang2 ajer ke kt situ, ye la mana ade orang yg solat dhuha pepagi tu. Darah keluar dari hidung dengan banyaknya.. tak henti-henti. Usu try untuk basuh darah tu kt tempat wudhu'. Tetiba usu pengsan kt situ jugak... alhamdulillah ade plak sorang makcik cleaner masuk ke situ.. tanpa berlengah-lengah makcik tu pun menyelamatkan usu dan bawa usu ke ruangan solat. usu try call kak idah.. tp malangnya x dapat, (coverage tak ade kt FTSM). pastu usu call kak sal.... sejurus usu call kak sal.. terus usu pengsan...
kak sal dan aisyah pun bergegas ke surau FPP, darah dari hidung usu terus keluar, bak kata kak sal.. mcm air paip kuar. kak sal tnya usu, usu larat tak nk bangun.. usu kata die tak larat.. kak sal berenjak skit.. usu pun menarik baju kak sal.. soh kak sal jangan lari, lepas usu dah tak memegang kak sal.. kak sal dengan segeranya pergi ke pusat kesihatan, (bukan aper usu tak mau gi klinik) :D. kt pusat kesihatan kak sal pun pergi ke tempat emergency.. mengatakan ade orang sakit kt FPP. ambulan dengan segeranya terus ke FPP. usai saja sampai kt FPP, strecther di bawak keluar... untuk ambik usu... bila saja kak sal tiba semula ke surau FPP, rupanya usu dah sedar dan larat berjalan.. tesen ajer kata kak sal.. segan lak dengan pakcik bawak strechter.. kak sal kata mcm rescue 911 plak masa tu.....
usu pun dibawa dengan ambulan ke Pusat kesihatan, darah di ambik untuk diuji, ubat diberikan kepada usu.... result blood test kena tanya usu sendiri ;)...
skrg ni usu ade kt BR, kena rehat secukupnya before exam next week.. exam final.
ps/ usu pesan doakan usu cepat sembuh dan boleh prepare untuk final exam. ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **4:42 PM
************************ |
| Tuesday, February 24, 2004 |
| pengorbanan sahabat..
Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.
Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman. ..moga kita sama2 dapat mengambil iktibar n berusaha sampai ke arah itu..
p/s : adik..tak baik gaduh2..;)..dengar nasihat tuh..takpelah kan..betullah apa dia cakap..;)..sorilah..semalam memang tak larat nak cakap..
28hb nih..rombongan balik oz..selamat tinggal wahai pejuang semua..selamat meneruskan langkah di sana..harap dapat hantar kome..kot2 boleh masuk dlm luggage..ok jugak..;) ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **8:37 AM
************************ |
| Monday, February 23, 2004 |
| sifat-sifat da'ie
assalamu'alaikum.. kak hidayah dan adik_usu... ehe menyibuk sat kt blog ni.. mmg lama dah niat dihati untuk menconteng kt sini, tp tak ade kesempatan... ;)
sifat² da'ie
1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.
2. Beramal dengan ilmunya.
3. Tahan marah (berlapang dada)
4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.
5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.
6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.
7. Kuat, sihat dan fasih lidah.
ps/ daie kena jaga kesihatan.. mohon doa semua untuk sama doakan sorang sahabat kita ni agar sembuh cepat.. sian die nk exam dah.. ;) syafakillah.... ameen
** penulis
**Haridah Sahri
** jam **5:49 PM
************************ |
| |
| pejuang itu...
“Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan
sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.
Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku.
Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur.
Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.”
“Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga.
Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya!
Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.”
Sesungguhnya perjuangan yang mengandungi segala kepahitan itu pasti akan menyentuh jiwa kemanusiaan sedalam dalamnya. Ketika ujian telah mencapai tahap ini, maka pertarungan akan bertukar dan memberikan keuntungan kepada pihak kebenaran dan para pendokongnya. Manakala golongan yang zalim dan melampau akan mengalami kebinasaan. Golongan yang beriman, sabar dan berharap pembalasan baik daripada Allah akan memperoleh balasan yang berkekalan. Firman Allah swt yang bermaksud (al-Ra’d ayat 17):
“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.”
Para pendokong risalah dan pendakwah mestilah sentiasa berpegang dengan akidah keyakinan mereka yang menjadi paksi tertegaknya langit dan bumi. Mereka mesti beriman dan beramal dengannya. Ia adalah amanah yang mereka mesti menanggungnya setelah jihad, pengorbanan dan darah yang dicurahkan. Pendirian untuk menentang segala kekuatan kejahatan adalah suatu yang sudah jelas dan terang. Agama yang agung ini mesti kekal dalam tangan kita dalam keadaan selamat sejahtera sebagaimana ia diturunkan oleh Allah swt. Ia adalah amanah yang mesti kita wariskan pula kepada generasi akan datang. Generasi akan datang mungkin lebih benar keyakinan mereka dan lebih mendalam keimanan mereka serta lebih hampir kepada merealisasikan kemenangan serta memperoleh kejayaan. Kerana yang demikian itu adalah kelebihan yang
dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya...
Pejuang itu..
tertunduk lesu..
hiba..hatinya sayu..
perit..
lelah kudratnya..
pejuang itu..
bangkit lagi..
bersorak gempita..
gegarkan bumi.
p/s : tak sihat 2..3..hari nie..kafarah dosa agaknya..sedih sebab...?..entahla..termenitik jugak air mata semalam..pergilah n jangan kembali andai itu membawa maslahah yg lebih besar!
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **3:53 PM
************************ |
| Saturday, February 21, 2004 |
| fikrah KITA !!!
ikhwah akhawat raheemakumullah..
Kita memahami bahawa hanya dakwah yang boleh menyelamatkan manusia..dan manusia sebenarnya menunggu2…dan sememangnya ia memerlukan pengorbanan..kita boleh lihat dr kisah seerah Nabi & para sahabat!
Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam beberapa lama…
Apakah tugas kita???
-Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
-Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
-Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
-Berjuang terus hingga mati..
-Slogan kita: Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi.
-Berkeyakinan diri ; kita adalah ‘tuan’ di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.
Apakah Titik kekuatan kita???
-Iman
-Ukhuwwah
-Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb)
Program kita
-Individu Muslim
-Rumahtangga Muslim
-Ummat Islam
-Kerajaan Islam
-Watan Islam
-Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
-ustaziyatul alam
Semoga kita akan dapat yang terbaik iaitu kita akan capat antara 2 kebaikan Menang atau Syahid.!
Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus benjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai(3:126)
untuk para pejuang..
Perjuangan kita masih panjang dan entah bila kan kan berakhir…seorang mukmin akan terus tega mengharungi mehnah & ranjau..hati seorang mukmin akan menganggap mudah segala kesulitan..memandang manis segala kepahitan..menganggap enteng segala penderitaan, kesukaran dan kesulitan bahkan semuanya itu enak rasanya selagi ia berjuang kerana Allah & utk meninggikan agama Allah! ibarat seorang yang mabuk cinta akan merasa lazat semua kesulitan perjalanan sampai ia lupa akan haus dan lapar..kerna tujuannya adalah utk bertemu dgn kekasihnya…
Laha ahadithu min zikraaka tasyghaluha..ani tha aami wa talhiha ani azzadi..
Iza asytakat min kalalil assairi au’adiha..ruhull qudum fatahya inda mi aad..
Ingatannya kepada anda membuat ia lupa membawa makanan dan menyiapkan bekalan..kelelahan perjalanan menjadi sirna kerna harapan akan berjumpa…
Bila cintamu benar maka semuanya akan menjadi mudah, setiap yg ada diatas tanah adalah tanah…
sahabat seperjuangan..
Berapa ramai org yg mengorbankan harta dan jiwa mereka tanpa disebut2 namanya atau dipukul gendang menyambut kehadirannya ..berapa ramai pejuang yg berjihad di Palestine dan Kanal suez yg menunjukkan kepahlawanannya yg mengkagumkan, tanpa mengharapkan sebarang balasan dan ucapan terima kasih..
Dan tanpa meminta disebut2 jasanya..kerna takut hilang nilai amalnya kerna takbur dan sombong!
p/s : adik: thanks tepon akak..dapat update berita terbaru..;)..semoga adik kuat..akak kuat..doa akak nak exam final dah next week..akak kat rumah nie..kat meru..dapat restu mak nak exam..;)..restu je..baca buku tidak..hehe... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **5:15 PM
************************ |
| |
| KOMUNIKASI DAIE
hmm.. kalau baca blog orang lain..semua pakat dok tulih pasal BM... mungkin semua orang dah besar... adik? heh, blum matured... bercakap mengenai matured.. atau matang.... seorang daie hendaklah bersikap matang dalam menguruskan hal2 dakwah nya seharian... daie hendaklah menggunakan segenap kebolehan yang ada di dalam dirinya, menggunakan segala kualiti yang ada di dalam diri untuk bekerja demi Islam... antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah komunikasi... komunikasi yang berkesan adalah amat penting untuk sang daie kerana ia menjadi tonggak kelancaran kerja2 yang dijalankan.. komunikasi yang matang adalah apabila seorang daie mampu berinteraksi dengan daie yang lain dalam melaksanakan tugas2... Walaubagaimanapun, daie akan sentiasa manghadapi cabaran kerana setiap daie adalah unik dan mempunyai kelainan... Jadi seorang daie yang baik boleh menangani kelainan yang ada pada diri daie yang lain bagi mengelakkan sebarang miscomunication dalam melaksanakan kerja dakwah... Bagi satu contoh, Daie A seorang yang gemar mmelakukan perancangan teliti dan mengikut tentatif dalam melaksanakan kerja .. Manakala Daie B adalah lebih santai ddalam melakukan kerja dan bersikap lebih flexible... Salah faham berkemungkinan berlaku seandainya kedua-dua daie tidak memahami attitude sesama sendiri dan masing2 mahu "ikut kepala sendiri"... Ini tidak seharusnya berlaku, kerana para daie adalah disatukan di dalam fikrah yang sama dan jua ingin mencapai matlamat yang sama, harus mempunyai sikap mampu untuk bertoleransi.. Tidak meletakkan keinginan diri sendiri...ataupun tidak meletakkan cara sendiri sebagai penguasa kepada dakwah.. Kerana daie perlu sedar setiap daie yang lain mempunyai metode kerja yang berbeza... Seandainya seorang daie meletakkan metode kerja sendiri sebagai penguasa dakwahnya, ia mampu menimbulkan perselisihan.. Setiap daie haruslah menghormati pendirian daie yang lain selagi mana tidak bercanggah dengan prinsip Islam... dan meletakkan matlamat kerja untuk Islam sebagai medium supaya dapat bersatu dalam melakukan kerja..
Selain itu, daie juga haruslah berkemampuan untuk berkomunikasi dengan mad'u... Seorang daie haruslah mengikut rentak mad'u dan dalam masa yang sama tidak melanggar prinsip2 Islam... Seandainya daie membimbing mad'u mengikut cara yang dirasakan baik untuknya, belum tentu ia dapat diterima oleh mad'u.. Ini kerana mad'u mempunyai kesensitifan tersendiri dan mempunyai sikap penerimaan yang berbeza... Seringkali berlaku mad'u "lari" dari daie kerana cara approach yang digunakan tidak memberi kesan kepada jiwa mad'u tetapi sebaliknya menyebabkan mad'u merasa kecil hati.... DAn seorang daie tidak harus memandang mad'u nya sebagai seorang yang lebih "kurang baik" daripada dirinya... Mungkin bagi seorang daie yang mengunyah nilai Islami hidupnya merasakan bahawa approach yang lemah lembut mampu menarik mad'u... Tetapi mad'u yang "hardcore" kadangkala terasa rimas dengan kelembutan... Di sini... daie perlu menggunakan hikmah kebijaksanaan dirinya untuk mengikut rentak mad'u yang "brutal" di samping ada kelembutan di sebaliknya yang mampu menyentuh jiwa mad'u....tetapi, jangan lupa untuk tidak melangkaui batasan prinsip Islam...
Hehe.. itu saja dari adik.. moga thabat..... istiqamah di jalan ini....
Ya muqallibal qulubi thabit qalbi a'la deenik...
** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **7:50 AM
************************ |
| Friday, February 20, 2004 |
|
oh Tuhan... tunjukkan ku jalan...
untuk menempuhi dugaan ini..
Teman maafkan jika ku melukaimu..
Kerna ikatan ukhuwah yang dibina
ke akhirnya...
Kepada sahabat, teman seperjuangan... Maaf kalau ada salah silap... Adik banyak sangat tak betul sejak dua menjak ni...
Kalau ada perkataan mengguris rasa, perbuatan menyakitkan hati.. Kalau tak dapat tunaikan hak... Mohon ampun dan maaf... HAti dok berdebar sokmo... Al-ithmuma-haka-finafsik.... Huhu.... Moga Allah mengampunkan......... ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **9:39 PM
************************ |
| |
|
assalamualaikum... telah kian lama menyepi... maaf kepada yuang ternanti-nanti kan entri... adik makin lama makin tak tau ape nak taip dekat blog nih... tak pe, insya-ALlah cuba berkongsi thoughts sama2 .....
kalau kakak bleh declare bahawa KLIA tu umah no.2 dia... cewah, skang adik jugak bleh declare Tullamarine Airport tu umah no.2 adik, sejak adik jadi pemandu di salah sebuah syarikat pengangkutan di Melbourne ni... hehe....
Sejak due menjak ni, ntah asyik sakit aje.. Sakit tangan la.. Sakit telinga la... Sakit kepala la... Sakit hidung.. Semua sakit... hehe.. Kafarah dosa... Cuaca kat Melbourne skang, sokmo aje panas.... Tak tahan, Malaysia pun tak sepanas macam ni.. Bahang angin die, huish.... Tak tau lah... Ni baru panas kat dunia, kita bleh tak tahan kan.. Mat and Minah Salleh semua jatuh miskin bila summer ni.. Baju tak cukup.. Isk... Ni yang nak kena beli spek mata hitam ni.... Hehe.. patutnya orang2 yang gi main casino kat Crown tu kena insaf... Panas cuaca tambah panas api keluar kat menara tu... tak insap..tak tau ler nak kata apa... Tu lah.. hehe... tak de pulak ade orang berani nak amar ma'ruf nahi mungkar kat tepi Yarra River tu.. Hehe... Dalam membetulkan saudara seIslam pun perlukan masa yang panjang..... Adik nak buat analisis sket tentang remaja tipikal zaman skang ni berdasarkan pengalaman.... hehe
Money oriented - almaklum lah, zaman peningkatan material... banyak dari kalangan keluarga berada... segala perkara dinilai melalui $$$ .... Ibu bapa mempunyai profesion yang bagus2, sehinggakan kadang kala jarang nak bersama anak2... Sebagai pengganti diri, anak2 dihujani dengan pelbagai benda..apa anak minta semua bagi.. sehinggakan kuasa material mengatasi kuasa ibu bapa... anak2 cenderung naik angin kalau permintaan tidak dipenuhi, hilang rasa hormat... akibatnya, untuk mengaut kasih sayang anak, ibu bapa terpaksa menyediakan wang dan material.. Kasihan... Ibu bapa membentuk anak2 mengikut acuan duniawi... Tak mengikut landasan Islam... kelam kabut....
"Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan seklai-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah" 35:5
Rugi lah umat.. kalau keluarga Islam sendiri tidak mampu untuk membentuk anak2 mengikut acuan Islam... Masa kita sedikit dan terhad sedangkan kerja kita utk umat sangat lah banyak...
Ibu bapalah yang akan membentuk anak2 sama ada jadi majusi, nasrani atau yahudi...
Bersama2 membina baitul muslim yang mantap, demi kepentingan Islam.....
** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **4:28 PM
************************ |
| |
| apa ada pad MARIAH CAREY!
tak sampai 24 jam meninggalkan KLIA..sekali lagi menghantar ija..tidak dirancang, tetapi telah ditakdirkan..wp kak idah tak bagi..berkeras jugak nak pergi..budak degil..;)..setiap kali pergi ada je perkara nak cite..kali nie kita bercerita tentang idola rakyat Mesia..sementara pusing2 tunggu adik2 nie solat..ija n 6 org adik2 monash..dengar bunyi orang menjerit..serentak itu semua org di KLIA berlari ke arah satu tempat..bagaikan histeria..kedaan di KLIA berubah serta merta..jerik pekik ...gegak gempita.. usu cuba menjengah kearah tempat yg dituju semua org..kelihatan ramai polis di situ.. manusia seperti histeria..penjaga kaunter tiket..pramugari..pengunjung..semua lah..tak ketinggalan berlari n menjerit2.usu masih lagi kebingungan memandangkan rasanya tiada siapa yg dikenali..celebriti?..kelompok yg ramai betul2 melintasi usu n kak ida... kemudian kak idah mengeluh.."owh..Mariah Carey.."...Mariah Carey?..tak taulah kesian kat sape..kesian kat usu sebab tak kenal Mariah Carey..atau kesian kat Mariah Carey sebab walaupun dia lalu depan usu..usu tak kenal dia..;)..usu ingat celebriti org yg kulit2 hitam tuh.. dr tempat dia keluar sampai lah keluar ke pintu gate..manusia bagaikan histeria..kamera n lampu berkelip2 usah di kira..rasanya kami saje yg tak menuju ke situ..kesian kami menentang arus manusia...pelik sungguh..inilah idola rakyat Malaysia....org macam nie yg rakyat malaysia yg maju agung2kan..beginikah rupa manusia yg diagungkan oleh rakyat2 negara Islam...hairan...pelik..ta'ajub...
teringat kata2 ketika Imam Ahmad bin Hanbal melihat dengan pandangan hatinya, beliau melihat berlaku penyisihan kepada orang yang thiqah (adil) sedangkan golongan yang tidak disenangi, ditabalkan. Memberi kedudukan kepada ahli bid’ah dan penyerahan tugas kepada orang yang tidak layak, beliau berkata: “Pada hari ini, jika kamu melihat sesuatu yang lurus betul, maka kamu hendaklah merasa hairan dan takjub kepadanya.”
Kehairanan ini ada rasional kebenarannya . Apabila hawa nafsu telah mengatasi iman dalam recommendation yang dilakukan terhadap seseorang untuk satu perkara.. “alangkah glamournya dia” , “alangkah pintarnya dia” dan “alangkah cantiknya dia” , sedangkan di dalam hatinya tiada keimanan sekali pun sebesar biji sawi. .sehingga terjadi org2 'glamour di puja n di puji...sedangkan org berilmu berada kedudakan yg hina sekali..
Manusia hari ini sudah larut dengan penyelewengan..tragedi keruntuhan Daulah Abbasiyyah tidak berlaku melainkan sebagai natijah semulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya. Tiada siapa yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan dan amaran yang telah diberikan oleh tragedi tersebut. Walaupun demikian, tragedi tersebut tetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk mengambil iktibar, seperti muslimin di Syam dan di Mesir. Oleh sebab itulah Syam dan Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amat memeritkan...manusia jarang mengambil iktibar tentang suatu perkara sehinggalah turun 'balasan' yg dijanjikan..
"Seseorang manusia dan pedang, jika tidak memberikan sebarang kesan atau impak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah bersarung."
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **7:48 AM
************************ |
| Thursday, February 19, 2004 |
| bagaikan ummu salamah berhijrah..walau jauh utk dibuat perbandingan
bagaikan ummu salamah berhijrah..walau jauh utk dibuat perbandingan..
semalam..hantar janna a.k.a asa ke Jordan, asa ke sana menemui suami tercinta..menariknya mereka baru 4 bulan berkahwin, hanya 3 minggu dapat bersama.kemudian berpisah kerana memenuhi tuntutan keadaan. sampai di KLIA tepat 12 tgh malam, kedaan lengang, tidak seperti 2 hari lepas..;), kami plak tiba awal dr org yg dihantar..syahid cerita bukan keadaan di KLIA, tetapi sewaktu melepaskan asa pergi..
tepat 1.15 ..usu bersalam dgn asa, tiba2 perasaan sayu menyelubungi..asa pergi tidak lama..mungkin 8 bulan menemani suami menghabiskan degree..;)..bila asa turun je escalator...kemudian bersusah payah menarik hand luggage yg besar sorang2..mencari tpt cek passport sorang2..tiba2 usu terasa sayu..sayu melihat keadaan asa yg sorang2..berjuang ke Jordan utk mendapatkan suaminya..tiba2 teringat kisah ummu salamah berhijrah..pergi mencari Abu salamah..entah macam mana terminitik jugakla air mata melihat adegan yg menyayukan.. walaupun kisah ummu salamah sgt menyayat hati..berhijrah bersama anaknya setelah setahun ditahan di Mekah n amat merindukan suaminya..betapa cekalnya n tabahnya hati ummu salamah!....
lewat balik dr KLIA ..bercerita ttg kisah ummu salamah sehingga usu terlepas lagu kegemaran ;)..sampai di rumah 2 lebih..masih teringat2 asa tadi..terus buat assignment sampai 4 pagi dgn dibantu oleh ilmik..;)..nanti usu tulis yea ilmik..master ini diperoleh dengan bantuan ilmik..hehe...anyway..pagi nie ada temuramah di MMU, CyberJaya..doalah tak kuyu..;)
erm..asa ni kawin..hari usu ke australia..20/9..ingat tarikh keramat tuh..sbb terkilan tak dapat pergi kenduri 2 org sahabat terbaik ana..tp ditakdirkan hari tuh atas flight..pergi oz..agaknya kalau tak pergi oz hari tuh...(sambung ayat sendiri..;))..iskh tak baik berandaian..tiada kebetulan..kebetulan bercanggah dgn aqidah! seorang lg sahabat baik usu kawin..usu di mesir..sedih..huhu..samalah abg usu pun..pendek kata...org2 penting kawin..semua usu takde..adik kawin..jgnla adik kawin pun tak pergi..;)
teringat lagu nyanyi ngan asa masa darjah 4 dulu kat hira..
DI sebalik tabir ada senyuman..diukir utk suami beriman...yg menemani kehidupan..
Disebalik tabir ada tangisan, air mata dititiskan demi cinta tuhan..
Disebalik abir ada amalan, yg bertunjangkan keimanan, mewarnai wajah kehidupan..menuju kebahagiaan..
Wanita solahah akhir zaman, selawat menjadi dendangan, Al Quran menjadi hiburan membantu erjuangan..
Disebalik tabir kini bersinar, cahaya indah takkan pudar, yg menyinari kehidupan..
Disebalik dahulunya terpancar garis kelukaan, datanglah sunnah n al-quran memberi ketenangan..
Wanita Solehah akhir zaman, dunia bukannya idaman, cintanya hanya pada Ar-rahman ..menuju ketaqwaan
masa budak2 dulu..nyanyi je..bukan paham pun..;)..
rindu kat asa..;) ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **9:26 AM
************************ |
| Wednesday, February 18, 2004 |
| sungguh!..kalian begitu bermakna...
dari buku kesayangan ramai :: muntalaq::..
Syeikh al-Kailani meringkaskan sifat-sifat pendakwah dan syarat-syarat untuk mendapat perakuan thiqah di dalam satu sifat yang padat; iaitu sifat tajarrud yang sempurna dan melibatkan diri secara total ke dalam dakwah. Dengan demikian, da'i itu akan lupakan kepentingan dirinya. Tumpuannya hanyalah kepada orang yang diserunya dan hanya menuturkan perkataan yang memberi kebaikan kepada mad'u. Dunia da'i pula adalah luas tanpa had, tanpa perniagaan, tiada hawa nafsu dan tiada mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam dunianya. Yang ada di dalam dunia da'i hanyalah para mad'u yang didakwahnya. Itulah perniagaannya, keenakannya dan pangkat kebesarannya.
"Dia seolah-olah menjadi manusia yang tidak mempunyai nafsu, keinginan dan keseronokan dunia. Dia lupa makan minumnya, pakaiannya, hatta dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah S.W.T. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah S.W.T (yang menjadi mad'unya). Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya di bawah ketentuan Allah S.W.T."
Demi Allah, dakwah ini tidak akan berjaya dan sampai kepada tujuan dan cita-citanya sekiranya kita hanya memberikannya waktu lapang kita untuknya, sedangkan kita tidak melupakan diri dan makan minum kita.
Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita
Memandu manusia kepada hidayah dan menerangkannya
bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas
berusahalah untuk menggerakkan orang yang berdiam diri
Mulakanlah dengan kaum keluargamu apabila bertugas menjalankan dakwah
kerana mereka itu lebih utama dan lebih hampir untuk dinasihati
Allah menyuruh dakwah kepada kaum keluarga kita terlebih dahulu
dan selepas itu, urusan menjadi mudah.
p/s :
adik : rindu pada adik..
ummu : tolong yek..syukran bebanyak..usu tak boleh nak fikir dah..;(
izza n adda : BR sentiasa terbuka utk kalian.
cik lin : tak habis kita cerita..tp tak boleh bnyk cerita jugak, kena banyak buat kerja..
janna : selamat berangkat, jumpa 12 tghmalam nie di KLIA..jgn lupa nak pesan perencah makhlubah dr jordan..lama tak masak nasi arab..rindunya...sampai jordan..kena jimatlah kome yea..;)
- sedih sebab semua adik2 usu dah nak balik oz, tak terkata rasanya..tak terlahir dgn ucapan n bait puisi..selalunya BR ini riuh dgn gelak tawa mereka..sendu dgn tangisan n rintihan mereka..pilu dgn kisah mereka..sayu dgn perjalanan mereka.. ceria dgn senyuman mereka... semuanya akan pergi dgn sekelip mata.. mampukah usu menerima..?? hasni, ija, ilmik, suya, cik lin, mas, kak amy, fiza, kak oja, nik sha, nik, wala, noni, nana n semua akhawat oz yg pernah sampai BR..kalian sungguh menghiburkan..wp kadang2 kalian menyusahkan usu..;)..hehe..takdelah..mengacau usu studi... memaksa usu bercerita wp usu esok ada exam..memaksa itu n ini..sungguh usu bahagia dgn itu semua... jgn risau.. kalian tidak pernah menyusahkan usu... tidak pernah membuatkan usu tertekan.. kalianlah penyeri hidup usu.. n kalian sering membuatkan usu tersenyum di kala usu kesedihan..terima kasih !! ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **8:43 PM
************************ |
| |
| Sesekali aku tergugah...lantas terkesima..
Dalam indah n nikmatnya..
Melayari layar impian..
Sesekali aku tergugah..
Lalu tertoleh..
Berbagai warna n ceritanya..
Rupa-rupanya masih terpahat kukuh dimemoriku..
Terpempan aku,
Lantas terkesima..
Indahnya saat itu..
Kisah perjuangan yg sekejap cuma..
Namun..panjang ceritanya..
Pahit..manis..pilu..cekal..tabah..
Segumpal iman itu perisainya..
Akal budi..
Dan ukhuwwah itu bagaikan langit..
Hujan membasahi hati yg kontang..
Panas menyemarakkan api perjuangan..
Dan terimakasih sang langit itu,
Menyinari aku tak sirna cahayanya..
Semarak aku dengan panasnya..
Moga-moga lelangit..
akan terus memayungi..
aku akan menoleh lagi.,..
dan menoleh lagi..
Hingga saatku terpejam di pembaringan..
terima kasih ukhuwwah!
moga ukhuwwah antara kita akan kekal utk selamanya..
* kenangan di JAIPETRA..
sehari bersama..selamanya terasa..utk sahabat itu..thanks 4 simply being my friend..4 the special memories we share together..moga pengorbanan yg kita lakukan utk mengejar redhaNya..sungguh..zikrayaat itu masih segar di ingatan..
ia bukan skadar kata-kata..malah bagai hembusan bayu-bayu waktu fajar n titis2 embun yg semerbak harum....
ehh..apehal nih..teringat2 nih..
utk adik : best tau kami kat sini..;)..tanya puan NANA..cik PUAN tue kena buli ngan usu...;)
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **12:31 AM
************************ |
| Monday, February 16, 2004 |
| KLIA....
rasa macam banyak sgt perkara nak tulis..banyak peristiwa berlaku 2..3 hari nie..pasal mesin duit parking kat KLIA..pasal jd budak medic kat HUKM sehari suntuk..pasal itu..n pasal ini...tp bila banyak sangat..rasa 'blurr'..tak tau nak tulis ape..tp tulis jugak sikit..
hari nie duduk dpn dr (dr betul..bukan prof kuliah)...seharian mengantuk dkt HUKM..;(..rasanya kalau bersandar sikit kat dinding pun boleh terlelap..kena interview pulak doctor2 tue..ala2 budak medic..dr satu department ke depatment lain..boleh patah kaki berdiri dr pagi sampai petang..mayat tak mayat...;(..semalamnye..pergi KLIA..dalam sejarah..manusia berduyun2..parking dr level bawah dah penuh..biasanya kosong..( biasa tue sbb ...seminggu..3..4 kali pergi..;) )..oo rupanya pakcik2 n makcik2 kita balik mekah..manusia berasak2..bertolak2..sabarjelah..lps hantar kawan usu ..(ramai rombongan depa nie..;))..hantar sampai turun escalator..memberi lambaian terakhir..(dlm hati..bila la nak flight balik..;))
lps tue bergegas nak bayar token as usual..sampai2 je..Ya ALLAH..ramai giler manusia..beratur n berhimpit2 nak bayar..lebih memburukkan keadaan lagi apabila banyak mesin yg rosak..dan tambah menyulitkan keadaan lagi apabila mesin boleh terima duit coin je..kertas tak boleh..imagine kalau parking 3 jam..9.00..nak letak duit coin 10sen..10 sen..lama mane...??dengan semua org dah marah2..keadaan haru biru..takde ruang bergerak langsung..usu ngan kidah sampai2 tue memang tak terjangkau mesin tuh..dah le takde duit coin..nak bayar manual?..berapa km beratur..;(..suh kidah duk situ..pergilah menyelit n melilau tukar duit..beli poskad semata2 nak tukar duit..rupanya duit coin dah habis..;)..tak jadi,...cari kedai lagi..satu kedai tue tinggal sikit je..nak habis..merayu..rayu..tolonglah akak....seringgit je...saya nak bayar parking..buatlah muka simpati..akhirnya akak tue bg dlm keadaan kurang rela..syukran akak..moga ada pahala..;)..menyelit2...n mencari2 kidah di lautan manusia..nampak akhirnya...menunggu agak lama..sampailah tiba giliran akak depan kami..9.00 ringgit..10 sen dimasukkan satu persatu..dlm keadaan marah2..duit 20 sen tak nak masuk2..baki menunjukkan lg 2.90..akak tue semakin marah apabila coin yg dimasukkan kuar balik..org belakang mulai rimas..lama sangat..pakcik2 kat situ jerit ..batal je lah..akak tue dgn nada marah n kuat ..'cancel..tak kuarlah aku dr KLIA nie'..nak buat camne ..mane nak korek 2.90 coin lagi..setelah marah2..akak tue pun cancel je..lalu tiba giliran kami..akak idah buh satu persatu 10 sen n usu baca bismillah sambil jampi duit tue tak kuar balik macam akak tue..tak baik marah2 akak..jgn marah2.. duit tue pun ade perasaan..heeh.. akhirnya baki 20 sen..tak lepas..tinggal 20 sen lagi tak nak masuk.. lg 7 minit.. kalau lambat..parking akan bertambah 3.00 ke 6.00... alamak..mana nak korek lg 20 sen..usu bubuh berulang kali..coin keluar jugak.. siap org belakang perli2 lagi..' korek duit tabung ke dik'..nasiblah..cakaplah pape..sorang pakcik yg kesian ngan kami korek2 duit dia..n beri 10 sen..tinggal 10 sen..n 10 sen yg terakhir juga diberi org..alhamdulillah..akhirnya token kuning jatuh n kami menyelit keluar dr lautan manusia pergi kepada tpt parking..sian kay, puan nana n kak syah tunggu lama..seingat usu..tak pernah lagi setelah berpuluh2 kali ke KLIA...lautan manusia sebegini..hari ini dlm sejarah..;)
..tak taulah kenapa nak tulis...moga ada pengajaran..
p/s : adik dah abis exam, seronoknye..bila la rantaian exam akak nie nak habis..tensionnye! semoga adik dpt 'kerja' kuat lagi..kurang2 adik ada jugak masa beruzlah...;(
Semoga akhawat semua masih tetap thabat walau dimana berada..walau kita terpisah jasad..InsyaAllah hati kita akan tetap bertaut n bersama…"sehati sejiwa dulu kini selamanya walau apa yang melanda hadapi bersama"..
Kata2 yang sgt menyentuh hati dr Imam HAB.."Sesungguhnya kita ini kuat dengan bantuan ALLAH, dan tidak akan pernah lemah selamanya kerana pertolongan ALLAH. Kita ini mulia kerana ALLAH dan tidak akan hina selamanya kerana ALLAH. kaya kerana ALLAH dan tidak akan fakir selamanya kerana ALLAH…."
Uraian yang penuh dengan suara nurani, memberi tiupan ruhiyah, menyentuh hati, membersihkan jiwa dan mengajak manusia utk naik dr dunia yang terdiri dari tanah, ke sebuah alam yang tidak terbatas..terima kasih utk semua akhawat! jatuh cinte ngan kome semua..semoga kita semua akan berada di bawah naunganNya dihari yg tiada naungan kecuali naunganNYa..ameen! ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **7:14 PM
************************ |
| |
| menunaikan hak saudara tanggungjawab kita!
alhamdulillah.... baru selesai exam adik tadi... maka tamatlah sudah summer school adik.. menandakan lembaran baru untuk menjadi full time worker.... ape2 pun, kena lah tunaikan hak2 orang yang lama tertangguh.. hehe... straight lepas exam, terus gi umah kak ummu... janji nak masakkan untuk kawan2 Indon kak Ummu.. ni sebenarnya, adik tgh tunggu ayam defrost, sempat nak memblog.. lepas makan + maghrib kang, nak jumpa parents junior baru datang... jemput makan lagi! hehe.. malam ni, nak sleep over dgn adik2 baru.... hehe... ari tuh, cakap ngan derang nak bawak gi makan aiskrim kat Lygon... huhu... dan..er... adik kena siap2 nak kemas barang, nak kosongkan rumah kat Arrow... terus pindah cs... pesan mas'ul adik, daie hidupnya dikelilingi mad'u, kena mengalami suasana mad'u in order to approach them.. masakan ada masa lagi untuk lepak di rumah sendiri? ade sorang adik baru tu cakap, muka adik ni muka bersepah.. hehe.. maksudnya, kat mana2 pun boleh jumpa... hehe.... hmmm.. rasanya, dah terlalu lama bersama dengan adik dalam suasana gumbira2.... mesti! untuk seorang daie boleh get along dgn mad'u... kena mula langkah.. kena berani..isk..isk.... kena advance.... tolong beri kekuatan Ya ALlah... insya-Allah... ok lah..ayam dah defrost.. nak gi masak! insya-Allah nanti sambung citer! ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **4:06 PM
************************ |
| Sunday, February 15, 2004 |
| berani kerana benar..
semalam..malam konon2 'hari valentine'..pergi ambil adda n izza di pudu..dah niat nak sebarkan poster sambil2 pada pasangan2 yg sedang duduk bagai merpati2 tuh!..tp duk tak berani..apelah nak nahi mungkar pun takut..;(..on d way back dr pudu..dah pukul 1.00..ramai lg manusia kat highway..kitaorg lalu tol..heeh..lalu dgn selambanya..usu .."akak nie ada risalah.."..maka poster 'valentine' pun berpindah tangan dgn jayanya..heeh..dalam hati...gabranya...buat muka dont no..habis2 aje..pecah gelak satu kereta...tak baik..kak idah, adda n izza gelakkan usu..nanti deme..kalau deme drive..siap usu paksa..tp memang pengalaman tue beharga..selama nie duk tgk pakcik duk suruh buat kuliah 1 minit lah..apelah..pandai gelakkan org...sekali bila buat sendiri..baru tahu..malu..pelikkan,..malu..nak sebar amar ma'ruf..aduhai..banyak lagi yg perlu diperbetulkan..Ya Allah..bantulah hambamu...
lps tue pagi2 amik linda..pening layan linda..;)..(heeh..linda jgn marah yea)..kena amik awal2 pagi..sbb mak linda risau kalau usu tak tunggu..linda..linda.. em..banyak org kat rumah nie...seronok bersembang..tp bila masuk bab2 yg tak best..;(...arghh malasnya ...sabar jelah..kita tak nak..tp apa mampu kita buat!!
bila budak jepun + budak OZ + budak KJ + budak UKM + Mesir + UIA + entah ape2..gamatlah rumahku..dr satu cerita beralih cerita lain..tp bila mengenangkan deme semua nak balik dah..sayu rasa..mesti rasa sangat kehilangan..;(..takpelah masa tue final exam..tumpu sikit..jgn menerawang ingat adik2 n kakak2 nie sudahlah!..
kau beri kanku kekuatan..
utkku terus ku berjuang...
pd adik, akak doakan semat menjawab exam, yakinlah bahawa apa yg terbaik Allah telah takdirkan utk kita..yg penting kita kena usaha krn Islam suruh..Allah suruh kita berusaha..anyway..tangan dah baik belum?..risau puan nana nie ha duk tanya tangan adik..2..3 hari nie jalan dgn puan nana..banyak bercerita ttg kehidupan..
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **6:58 PM
************************ |
| |
|
hehe..besok dah nak pikse... adik sempat lagi tuh nak memblog.... dah baper ari adik tak dok balik kat umah... ntah... rase2nye, adik pun tak tau sebenonye adik skang tgh tinggal kat mana.. hehe...
mari berkongsi sedikit thought....... adik dapat "surat cinta" ni pada 26 Jun tahun lepas (2003) ..... sape ntah kasik? hehe....
Adikku Hidayah (bukan nama sebenar),
Moga sentiasa dalam iman dan amal..
lama rasanya tak saling memperingati..usu (bukan nama sebenar) peringati hidayah..hidayah peringati usu..
bolehkan?..:)
I/Allah sebelum nadwah, usu nak ingatkan tanggungjawab kita utk wariskan apa yg kita faham pd org lain..
Dakwah adalah satu tanggungjawab yg berterusan, Ia tetap merupakan satu kewajipan hingga hari akhirat, biarpun ditakdirkan suatu hari nanti, dengan izin Allah, kita mampu merealisasikan idealisme perjuangan dakwah kita, meletakkan Islam kembali di singgahsana, bukan bermakna dakwah ini akan terhenti..ia kan terus berjalan utk memastikan kesolehan ini akan berkekalan.
Seorang pendakwah bukan sahaja prihatin kpd dakwahnya pada hari ini..tetapi juga dakwahnya pada hari esok..bukan sahaja memikirkan mengenai pencapaian objektifnya tetapi juga penjagaan objektif yg telah dicapai.
Penerusan dakwah ini memerlukan usaha utk mewariskannya kpd yg lain. Pendakwah perlu juga peka, prihatin dan berfikir siapakah yg akan mewarisi usaha dakwahnya esok?
Adikku Hidayah,
Hakikatnya Allah taala akan mewariskan ini kpd sesiapa yg ia kehendaki ttp Allah taala juga akan bertanya kepada kita apakah usaha yg kita lakukan utk mewariskan perjuangan kita pd org lain?
Mewariskan dakwah adalah sebahagian dr tanggungjawab menjayakan dakwah. Kita bukan hanya wajib menjayakan perjuangan dakwah tetapi juga mewariskannya.
Kalau sepasang suami isteri tidak dapat mewariskan zuriat bagi penerus keturunannya dipanggil mandul, bagaimana pendakwah yg tidak mewariskan perjuangannya???Malulah kita utk menjadi pendakwah atau gerakan yg mandul!
Untuk mewariskan perjuangan, mereka perlukan dampingan kita . Dampingan yg mengeratkan hubungan dan menjalin perkenalan yg kukuh. Mereka perlukan perkongsian pemikiran dan pengalaman bersama kita..perkongsian bukan hanya sebagi seorang teman, tetapi juga anta dai’e dan mad’unya..atau mereka sebenarnya tdk perlukan kita..tetapi kewajipan kita untuk membimbing dan mendampingi mereka.
Apakah setelah usaha gigih sehingga hari ini utk mengumpulkan mereka, kita akan membiarkan mereka terlepas begitu sahaja sehingga disatu masa, mereka berdiri di hadapan Allah taala mendakwa kita tidak pernah mewariskan perjuangan kita kpd mereka???..dakwah bukan sahaja menyampaikan pesanan tetapi juga perlukan kita melaksanakan tugas bimbingan.
Dalam kesibukan hidup ini dan kecelaruan akal kita, mari kita merenung sejenak dan melihat disekeliling kita, siapakah diantara generasi muda dan rakan sebaya yg tumbuh dalam saf perjuangan hasil dr bimbingan kita??? ..
-kau tetap bermakna dihatiku-
luv,
usu (bukan nama sebenar .. hehe..)
RINDU BETUL KAT KAKAK.....
Doakan Cik Kodomo Lion nak pekse...
** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **10:28 AM
************************ |
| Saturday, February 14, 2004 |
|
adik singgah sekejap je... ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **9:48 AM
************************ |
| Friday, February 13, 2004 |
| Adikku...petikan dari surat As-Syaheed Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah Qutb di luar penjara.....
Adikku..
Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri, terasalah oleh kita bahawa kehidupan ini begitu sempit n pendek..dimulai dr kelahiran kita dan berakhir semasa kematian, berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi n kembali ke bumi lagi..
Tetapi adikku..
Jika hidup kita untuk akidah dan untuk orang lain, maka terasalah hidup ini cukup luas n panjang, ia lahir bersama dengan kemanusiaan dan hanya akan mati setelah roh terlepas dari jasad kasar ini, berpisah dengan bumi. Kita akan merasa sangat berbahagia dan puas. Umur kita berlipat ganda melebihi jumlah angkanya, walaupun ia lebih kecil dari hitungan tahunnya. Itulah kebahagiaan yang hakiki, bukan kebahagiaan fantasi. Dalam kehidupan yang seperti itu, tergambarlah keuntungan yang kita peroleh dari sejak awal kelahiran kita, dari hari ke hari, dari masa ke masa, dan seluruh umur kita, dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita. Terasa betul bahawa hidup ini bukan hanya sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita, dan bukan pula berapa banyak jumlah angka umur kita, tetapi hidup ini diukur dan dinilai dari kepuasan rohani yg dapat kita rasakan!
Kenyataan seperti inilah yg disebut 'realiti' dan 'hakikat' , bukan imaginasinya kaum realistis materialistis itu. Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yg mereka pergunakan. Kita akan merasakan bahagia yg berlimpah - limpah, bila kita hidup untuk manusia lain. Seberapa kadar perasaan untuk hidup bersama orang lain, maka berlipat gandalah perasaan terhadap kehidupan kita sendiri, dan bererti kehidupan ini, dengan sendirinya akan berlipat n melimpah - limpah, akhirnya kita akan merasa bahagia hidup di dalamnya!
petikan dari surat As-Syaheed Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah Qutb di luar penjara.....
p/s : mimpi 3 org sahabat dimasukkan penjara..semuanya pengunjung raqaiq..;)
Inilah da'wah.
Dan kau lemah?
Jangan.
Bangkitlah!
Belum seluruh harta kau infakkan seperti Abu Bakar.
Belum seberani Ali bin Abi Thalib yang menggantikan jasad Rasul saw
ketika beliau dikejar musuh-musuh Allah.
Belum setangkas Kholid bin Walid yang senantiasa bergegas
menyambut seruan jihad di medan laga.
Beginilah da'wah.
Dan kau lelah?
Tidak.
Semangatlah!
Sebab perhentian kita bukan di dunia.
Sebab istirahat kita hanya di jannah.
Sebab musuh-musuh Allah tak akan puas sebelum Diin ini padam cahayanya.
Sebab jika bukan engkau, siapa lagi yang kan mengembalikan
binar kemenangan di masa silam?
Ya. Inilah da'wah.
Jika kau lelah, berhentilah.
Tapi tidak berlama-lama.
Tapi tidak berleha-leha.
Sebab wajib kita lebih banyak dari waktu yang tersedia.
Sebab panji-panji itu telah terbai'at dalam kesungguhan jiwa yang setia.
Sebab engkaulah singa yang siangnya berjihad tak kenal lelah.
Sebab engkaulah rabbi yang malamnya padat dengan munajat.
Sebab engkaulah Abu Bakar itu!
Engkaulah Khalid bin Walid!
Engkaulah Shalahudin Al-Ayyubi!
Engkaulah Yahya Ayyash, Imad Aqil, Muhammad Farahat,
dan jutaan pahlawan Al Islam!
Jika kau lelah dalam da'wah
Berhentilah.
Sebentar.
Sejenak saja.
Berhenti untuk mencari kekuatan diri.
Berhenti untuk menata ulang segala fikir, langkah dan hati.
Dan setelah kuat itu terhimpun, bangun segera!
Bangkitlah untuk kembali ke medan jihad yang nyata.
Lawan nafsumu, bakar ghirohmu!
Dan songsonglah jayanya cahaya Islam-mu,
Atau kita buat janji untuk bersama berjumpa di surga,
melalui syahid di jalan-Nya!
Allahu akbar!!!
diambil dr senandungmujahid..!
p/s : today, feel so sleepy in class sampai lecturer perasan..;(..jd student cemerlang hari nie..pelajar pulang plg lewat dr UKM..dah nampak bulan..dr pagi tuh! malam nie tetiba rasa nak karang cerpen n satu sajak..mengenai seorang PEJUANG itu!..sudah lah tak baca case la jawabnye..;)..lagipun bukan boleh baca buku..banyak tetamu nih sementara hari esok..adik2 ..kakak2..jepun..utp..bercerita lah jwbnye..mengenai jepun n seangkatannya..;( ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **8:43 PM
************************ |
| |
|
Assalamualaikum........................
hehe..ramai lak yang bertanya khabar tangan adik...bukannye nak tanya adik apa khabar.. tanya tangan je..sob..sob.. tak pe... alhamdulillah... boleh pegang pensil.. boleh makan dah...
Sudah sunnah orang berjuang....
Mengembara dan berkelana....
Miskin dan papa sudah tradisi....
Berenggang dengan anak dan isteri.......
Tak tau apa nak cerita, mungkin tak sempat adik nak bercerita... Hidup agak terkejar-kejar sejak kebelakangan ni.. Sihir adik di masa senggang antara sedang terkejar2....... Hmm... Sampai kadang2 tak tertunai hak orang lain....... Tak pe...
Ada sorang pemuda tanya kepada Imam Ahmad, guna ayat adik... "Ko ni tak nak rehat ke lepas dah penat2 (buat kerja dakwah ni)?" .. Imam Ahmad jawab.. "Aku berpenat ini adalah kerana aku hendak berehat". ..... Untuk adik... ces.... masakan boleh merungut kalau tidur satu hari masih sempat 6 jam......... Kepada sahabat yang tertekan.. janganlah tertekan....... "Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilankan daripadamu bebanmu...DAn Kami tinggian bagimu sebuan (nama)mu..KErana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kesenangan...Sesungguhnya sesudah kesulian itu ada kemudahan... Maka apabila telah selesai (dari suatu urusan), kerjakan dengan sunguh2 (urusan) yang lain..dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap..." Alam Nasyrah
DOAKAN ADIK PEKSE ARI ISNIN
Date : 16th February 2004
Time : 1.45 p.m
Venue : Arts Hall, Old Arts Building
PERCAYA BOLEH! DENGAR LAGI BOLEH! ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **5:39 PM
************************ |
| |
| apabila hati terasa sayu...
apabila hati terasa sayu...
oh pejuang...dimana pun ada ketenangan..
dimana pun ada kebahagiaan..
bila insan kenal pada tuhan...
sukar diungkapkan..terkadang kita rasa ujian yg ditimpa pada kita terlalu berat..sedangkan hakikatnya terlalu kerdil berbanding para sahabat..kita rasa kitalah yg paling teruk diuji sedangkan realitinya, terlalu sedikit cuma..namun, kita sedar..kita terlalu lemah berbanding mereka yg terdahulu..utk seorang sahabat..apa yg terjadi pasti ada hikmahnya..apa yg berlaku ada rancangan Allah yg kita tidak pasti apa pengakhirannya..kita sebagai hamba perlu redha n tabah menghadapinya..la yukaliffullahu nafsan illa mawus'aha.apa yg Allah uji kita..pasti selayaknya dgn kudrat yg kita ada..sahabat..ujian itu sesungguhnya adalah tarbiyyah dr Allah..utk membezakan hamba2nya..yg beriman..mereka melihat kita n sentiasa merasakan kita berduka..mereka resah melihat kita berpada pada yg ada..sedangkan mereka tidak tahu kita bahagia dgn kehidupan..kita senang dgn kerja kita...andai mereka tahu..pasti mereka jua inginkan apa yg kita ada..
.
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati ..
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan..
sahabat...jgnlah kau merasa dirimu keseorangan sedangkan ramai lagi yg bersamamu..hati ini akan sentiasa dekat dgnmu selagi kau berada diatas jalan ini..sahabat..ikatan yg terbina antara kita semua adalah atas dasar iman n akidah....peritnya dirimu..peritku jua..senang dirimu..senangku jua..susah dirimu..susahku jua..
sahabat..betapa pedih hati apabila diri dikhianati..namun..kita perlu sedar.. tak semua senang dgn kegembiraan kita..tak semua orang bahagia melihat kejayaan kita..jalan kita masih panjang..beronak duri...benarlah.."mengharap senang dalam berjuang..bagai merindu rembulan di tengah siang.."...
sahabat....hati ini tersiksa melihat keruhnya wajahmu..tidak setenang seperti selalu..riak mukamu membayangkan garis kelukaan..tanda peritnya sebuah penderitaan..sahabat..bersabarlah...moga mendung hitam akan berarak pergi n fajar kan muncul lagi.. sahabat..ku menanti dirimu tersenyum kembali..agar kita mampu berdiri..agar kita mampu berjuang kembali..
sahabat..usah dipeduli pada fitnah itu..usah di layan kata mereka..sedangkan kau tahu apa yg kau lakukan..kau tahu siapa benar n siapa salah!..benarlah..berdiam tak semestinya kau di pihak salah..
berjuang menempah susah..
menanggung derita menongkah fitnah..
itulah gelombang hidup samudera duka..
seorang mujahid memburu syahid..
Berjuang tak pernah senang..
ombak derita tiada henti..
tenang..tegang,..silih berganti..
inilah sunnah orang berjuang..
malamnya bagai rahib merintih sayu..
dihiris dosa air mata..
siangnya bagaikan singa dirimba..
memerah keringat..meluah tenaga
berjuang memang pahit..
kerana syurga itu manis..
bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
bukan sedikit pedih yg ditagih..
berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang..
sesungguhnya kehidupan adalah suatu perjuangan..sejak dilahirkan hinggalah ketika tika mata tertutup di pembaringan..
sesungguhnya sahabat.. keikhlasan para pejuang n keikhlasan hatinya hanya krn Allah adalah merupakan factor yg sgt penting agar apa yg disampaikannya akan menembusi n menawan hati kebanyakan org..mereka akan menyambut baik apa cuba disampaikan.... Mereka akan terpesona dgn seruannya jika dilakukan dengan penuh keikhlasan dan tidak dicampuradukkan dengan tujuan yang lain atau disadur dengan kepentingan duniawi . Dia bercakap utk da'wah berjalan kerana da'wah, hidupnya adalah utk da'wah, kerana da'wah n bersama dengan da'wah.
sesungguhnya tak ramai yang layak memikul beban da'wah ini kecuali org yg sanggup, mampu n rela mengorbankan diri n segala2nya utk urusan da'wah n tugas murni yg menjadi darah dagingnya... namun ..tidak mungkin lahirnya kebulatan hati, kesungguhan, ketekunan, tidak jemu..gigih..n segala yg seumpamanya hanya kecuali apabila da'wah itu menguasai akal n fikirannya, sebati dgn jiwa n hatinya, menjadi darah n dagingnya, menjadikan semangatnya menyala-nyala n sukmanya berkobar2 utk merealisasikannya dalam waqi' al-amri..perkataan da'wah itu mengalir dlm denyut nadinya dan saluran darahnya...."takkan ku tuduk pada kejahilanmu..kerana mengalir diseluruh tubuhku ..kalimah tuhan..dr lidah rasulmu..kerana itu yg ku percaya.."
sesungguhnya sahabatku..jalan ini tidak dihampar dgn permaidani merah..tidak ditabur dgn intan permata.., tetapi merupakan satu jalan yang susah n panjang....perlukan himmah yg besar utk mendokong risalah yg berat.... Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian n pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa n putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha n kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya..mungkin dia tak sempat melihat tika dia masih hidup..mungkin hasilnya hanya setelah petani (opss tersilap..tertaip petani..biarlah) itu meninggalkan alam dunia ini....sesungguhnya kita tidak dipertanggungjawabkan dgn natijahnya..kita hanya akan ditanya tentang amal yg kita lakukan...
kau menghiasi hatiku..yg dahulu kekosongan... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **9:05 AM
************************ |
| |
| hulurkan TANGAN
Assalamualaikum... Lama tak menaip..... Tangan adik tengah sakit... Tapi taip jugak lah........
Adik2 ramai skang nih, rasa cam tak cukup tangan (mmg adik skang tinggal 1 tangan je...huhu....) .. Tak pe, kaki tangan Melbourne dah semakin ramai... Insya-Allah................ "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berperang di jalanNya dalam satu barisan ibarat batu bata yang tersusun kukuh"
Saje nak citer... Kisah cenggana tangan adik tinggal satu..... Hehe... Ini semua gara2 ingin menjadi pemandu kereta F1... (hehe..teringat, kakak marah giler kat adik sebab kona jalan tak pasang signal) ..... TApi, ini kes lain... Adik drive van ari tuh... Bawak adik2 tengok umah kat Rupert St....MAsa tengah parking, tah cemana tah...Dipendekkan citer... Stereng van tu telah melibas tangan adik dengan kejamnya, tak habis dilibas..terhempas pulak kat cermin.... huhuhu...... sakit betul sampai terus pitam.. ... (teringat kisah sorang sahabat adik pitam masa tgh drive masa jaulah)....... PAstu, terus soh Rina take over.... Pastu, hehe... pegi lah ngan kak Ummu n Rina n adik2 gi farmasi...sebab klinik dah tutup.. berbalut lah tangan.... Guano nih...sebab ari slpps tu.. ada lab.... Wawawaa.... nak pegang pensil pun tak larat......... Ade pulok tu, masa makan malam dengan adik2 KMB, kena buli... sebab nak makan susah..... Makan guna tangan kanan tapi tak guna ibu jari.. Boleh lah cuba di rumah.... Wawawa... pasrah je.. TAk pe, kafarah dosa2 lah agaknye........ REdha terhadap takdir.. Itu yang terbaik utk ana.... Pastu, haa... the day adik ade lab... Gi amek adik2 baru lagi di airport... Hehe.. Pastu terskip lab session adik... Cuak jugak.. Sebab Lab Demonst. tak akan kasik tukar lab session tanpa inform beforehand... Wawawaa.... Dah ler tangan berbalut cam sarang tebuan... Doa2..moga Lab demonst berbaik hati..... PAstu, kat lab..baru aje nak keluarkan alasan, nak susun ayat....... lab demonst. cakap.. "Oh..never mind.. You can attend this lab session" ......... ALHAMDULILLAH............. dan alhamdulillah..dipermudahkan sepanjang lab session.... walau adik TAK SEMPAT PREPARE! konon nak prepare dalam perjalanan ke airport dalam van, tertido lak..ehe... Tapi, lab report adik utk lab session tu BURUK betul.. Sebab pegang pen tanpa guna ibu jari............ Boleh cuba di rumah...... Doakan adik cepat sembuh..... Sebab dah effect tangan kiri ni overworked disebabkan tangan kanan sakit.... Huhu... Tangan kiri ni pun problem jugak ligamen koyak dulu masa jatuh pokok tahun lepas (hehe..ganas...)....
p/s : ade sesapa jumpa gard bandage tangan adik..pulangkan ye....
Tu je lah citer pasal adik.. Sori kakak...lama tak leh online..
Doakan ana pekse dengan jayanye Isnin ni
Wassalam ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **4:59 AM
************************ |
| Thursday, February 12, 2004 |
| apabila tiba2 terasa sayu..
apabila hati terasa sayu...
oh pejuang...dimana pun ada ketenangan..
dimana pun ada kebahagiaan..
bila insan kenal pada tuhan...
bersambung... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **9:52 PM
************************ |
| |
| apa ada pada VALENTINE!!!
erm..kak idah letak poster nie dkt blog dia..sbg poster rasmi sodeeq
nak cerita kisah poster nie..poster nie di buat oleh 'pakcik' sebenarnya (jgn marah ek)..ana tak ingat..6 atau 7 tahun lepas ..masa tgh budak2 dulu..yg asal lain sikit..ini ditaip semula..masa zaman2 tue..pakcik memang banyak buat poster..poster BOIKOT yahudi..poster CD2..n segala macam poster..meriah la jugak dgn poster2 nie..rasanya poster 'valentine' nie pakcik dah tak ingat..tp takpe..selak2 balik kertas2 lama..(tgh cari surat2 lama..;))..maka terpandang poster lama..moga ada manfaatnya utk semua..moga rantaian pahala ini dapat disambung..semalam masa photostat poster nie nak bg org..org photostat tue kecoh2..siap panggil org2 lain..gerun jugak..iskh..salah ke?..org kristian boleh sebarkan risalah dia..pendek kata pengajarannya..isu nie agak sensitif..so pepandailah...
p/s : lama dah tak tulis serius2 sikit..mungkin keadaan skrg yg agak tension..adik tension dgn sihir n kerja2nya..akak dikhianati org..;(..org lain sibuk dgn adik2nya..moga semua kita mendapat ganjaran yg terbaik..skrg nie tak leh online malam dah..kompeter sakit..kena beli baru..;(...tp tak leh..duit kena jimat..;)
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **12:27 PM
************************ |
| Wednesday, February 11, 2004 |
| coretan..
sekejap lagi exam, lg 30 minit.. kalau org lain.. mungkin sibuk baca buku.. tp entahlah.. nak kata jemu. bolehla.. atau apa lagi perkataan seerti..
nak tawakkal.. macam tak layak je, sbb usaha pun tak takat mana.. doalah.. mungkin exam hari nie kena korbankan kot..;) (jgn tiru..tak elok) , nanti lecturer akan pilih 5 terbaik!..
smlm gi jalan..lps tue betulkan kereta (pd yg berkenaan..jgn rasa bersalah..usu cuma tanya jek..alah..apa ada pd kereta..kereta boleh cari..org?..;)) lps tue pergi pejabat mihwar..hajat di hati nak bg kat adik2 ..tak sempat rupanya..pejabat pun sunyi sepi..on the way back..jalan2 cari tpt..owh..jumpe dah..;)..erm..tetiba dpt mesej...dr adik..rasanya baru je advice pasal bawak2 kete nie..ada dah yg..???..heeh..sabarlah yea adik..moga ada pengajaran..setakat nie akak ..kereta langgar adalah..org sihat walafiat lagi..;)..alhamdulillah..kalaupun bawak kereta tension2. atau sgt mengantuk...belumlah langgar org...;)
anyway..komputer kat rumah buat hal..internet pun sakit..ada hikmahnya tuh..suh keluar n baca buku!..;)
p:s : thanks 2 izza n adda : ukhuwwah wp sekejap cuma..berbekas krn iman selamanya..sbg cerita hari jumaat nie..tak sabar tungu kome..
linda: sori yek..quran oz tue kena dtg rumah la dulu..baru boleh amik..jumaat nie kan..k..c u n miss u fillah! ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **11:18 AM
************************ |
| Tuesday, February 10, 2004 |
| KAYA PUN NAK KE MANA?
Bahagia, bagaimana kita menilainya
Wang ringgit (eh..dollar) ramai orang rasa itu puncanya
Lagi dikaut, dikumpul disimpan...
Utk kepentingan anak cucu alasan utama...
Kalau generasi pewaris harta kosong dadanya?
Tak beriman.. Tak berakhlak..
Minta ditolong doakan dirinya..
Agar lebih banyak wang dan harta..
Dimurah rezeki lebih senang hidupnya......
Biar berkat katanya
Kenapa minta berkat?
Sedang kan sikit pun harta tak ditumpahkan ke jalanNya?
Sedangkan Abdurrahman b Auf
si dermawan Islam yang mulia pun merangkak ke syurga
Inikan pula si kedekut, si tamak
Sikit sekali kesyukuran dipanjatkan
Bila terasa harta terkikis, laju terus pinta rayu
Sujud meminta, menadah tangan berdoa
Mohon jangan dijauhkan harta
Biar bertambah moga dapat diguna sebaiknya.....
Sebaiknya? Bagaimana?
Tapi bila dah berkilau harta di depan mata
Lupa terus sujud dan doanya
dan lupa betapa rendah dirinya.......
Habis harta diguna untuk hidup senang.....
Lagi ditabur utk kepentingan dunia........
Biarlah sampai ke pangkal hujung hayatnya...
Bermain bermanja dengan material semata
Sehingga sakarat di tekak, masih terbayang kilauan permata
Bila dah disempitkan rumah terakhirnya di dunia
Bila digelapkan kuburnya baru sinar kilauan dilupa
Baru tergadah teringat sejadah,
biar sujud mohon supaya hidup dalam redhaNya
Baru gelabah ingin menadah ke langit
Biar doanya dulu, dijauhkan azab barzakh dan neraka
Tapi terlewat
Nak buat macam mana?
** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **11:10 AM
************************ |
| |
| pesanan utk adik..
hari nie seronok sgt dapat chat dgn adik..qadha' berapa hari yea..adik pergi adelaide..sian kat adik..moga ada pahala utk adik..arrahah lildaie ghaflah..kan adik selalu sebut..takpelah..sama2 kita ingatkan..'hazzan mimman zhukkiru'..akak suka belek2 surah attahrim tue...'muslimatin..mu'minatin..qanitaatin..taiibatin..a'bidatin..saihatin...'..tunggang langgang aturan dia..akak tak ingat sangat..moga dpt penuh ciri2 tuh..wanita yg beriman..yg mu'minah..yg taat...yg bertaubat..yg berpuasa..indahnya..kpd mereka yg penat bekerja 4..5 hari nie..moga Alah bg ganjaran selayaknya...insyaAllah..ade pahala setiap tenaga yg kita curahkan..ameen..semoga adik2 ini akan mengikut jejak langkah abang2 n kakak2 nye.. sesungguhnya sekiranya seseorang itu mendapat 'hidayah' hasil usaha kita, ia lebih bernilai dr dunia n seisinya..masyaAllah!
yg bawa kereta ke hulu ke hilir..bawa kete elok2 (pesanan utk diri sendiri jugak)..jgn berangan..tgk kiri kanan..(teringat muallim marah ana dulu..heeh..;) nanti terlanggar org susah..kereta takpe..berjuta pun boleh bayar..tapi sape nak ganti orgnye???..;)...adik pun sama ..jgn bawa kete laju..akak bawa kete laju jugak..tp sgt mematuhi peraturan (ye ke..;))..sebenarnye kejap lg exam..tp sambil2 chat dgn adik..nak disiplinkan diri dah ..lg 10 minit kena berenti..;)
ok..doakan ana perikse...mid term..25% dr markah keseluruhan..moga imtihan akhirat jua boleh ku jawab..ameen...doa, usaha n tawakkal..wp tak lah usaha sgt (akak, kekadang rasa macam tak belajar je..heeh..betulkan?..main je rasa)
kau menghias hatiku..
yg dahulu kekosongan..
kau beri kekuatan..
utkku terus berjuang..
hadapi segala cabaran..
indah jalan menuju Allah..jika teman seperti 'khadijah' masih ada lagi! - utk adik!!! ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **11:10 AM
************************ |
| Monday, February 09, 2004 |
| si petani itu n pokok2 semaiannya...
dua tiga menjak nie..sejak kedatangan akhawat utp..banyak bicara mengenai petani n pokok..argh petani tentu punya cara berlainan...sukar utk diungkapkan..petani perlu bijak membubuh baja..menyemai..menyiram..memagar...petani perlu gigih n rajin..petani...arghh..petani itu...
si petani perlu bekerja keras..perlu berpenat lelah..perlu segala-galanya..agar pokok akan terus membesar..naik sedikit demi sedikit..dahannya akan terus menjulang ke langit..akarnya akan menghujam ke tanah dgn kuat..moga2 akan menghasilkan buah yang manis n sedap..yang kan dinikmati oleh ramai org..meskipun mungkin tuannya sendiri tidak sempat menjamahnya..namun..dia redha n pasrah..
andai si petani hidup utk org lain..hidupnya terasa panjang..namun andai dia hidup utk dirinya sendiri pasti kehidupannya terasa pendek..andai ditakdirkan si petani itu di beri keizinan oleh tuhannya dan di beri kehidupan yang panjang dia mungkin akan melihat pokok2nya akan berbuah ataupun adakah ia akan melihat pokok2nya terkulai layu ke bumi tanpa belum sempat membuahkan hasilnya, andaikan ditakdirkan si petani itu pergi menghadap ilahi tetapi belum sempat melihatnya pokok2 itu berbunga dan berbuah….si petani itu akan tetap pergi dengan aman……….. kerana antara pokok2nya pasti ada yang berbuah dan buahnya akan dinikmati oleh manusia lain walaupun ia tak sempat merasainya…jariahnya akan mengalir walau ia telah tiada….walau tanahnya telah dimiliki org lain…Pokok2nya yang menjulang tinggi kelangit akan melindungi manusia lain yang sudi berteduh dibawahnya dan yang pasti si petani akan mendapat manfaat dari setiap buah yang di makan insan lain….
HAB-Barangsiapa dari kalangan kamu yang hendak cepat n gopoh memetik buah sebelum masak atau hendak memetik bunga sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali n lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini lalu pergi mencari dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersama aku sehingga berkembang n membesar benih ini lalu tumbuh pokoknya, baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik n diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah semata2. Kita n dia tidak boleh lari dari dua kebaikan ini. Sama ada kita menang n berkuasa atau mati syahid n berbahagia.”
benarlah sepohon kayu yang besar n keras n batangnya, adalah bermula dari batangnya yang lembut dan beransur-ansur naik tinggi, kerana menurut hikmah yang dikehendaki Allah. Setiap kali ditiup angin kencang atau dipukul ribut taufan, dia melentok lembut dan condong bersama angin tetapi setelah ribut itu reda, dia akan tegak kembali. Waktu demi waktu dia beransur tumbuh n membesar, akarnya terus menjalar di setiap penjuru, batangnya beransur besar n keras sedikit demi sedikit n condongnya pula berkurangan bersama tiupan angin sehingga tiba waktu sempurna kekuatan batangnya, kedalaman n kejauhan jalaran akar umbinya n mampu menghadapi angin n ribut taufan. Diwaktu itulah dia tidak akan patah dan tidak dapat dicabut oleh angin ribut....
utk si petani..terima kasih....pokok2 ini akan sentiasa mengenangmu..kerana atas usaha mu..kami dapat hidup..kami dapat naik n terus naik..menjadi teduhan pokok2 lain…terima kasih wahai si petani…atas usahamu kami telah di beri cahaya…n sesungguhnya ia lebih mahal dari dunia n seisinya…terima kasih!
p/s : thankz utk lin n adik..keprihatinanmu menenangkanku..;)..
izza n adda : semoga sinar mentari kan terbit n mendung kan berlalu pergi..
utk akak..sekiranya sejadah ini boleh terbang..hehe..;)..buat lawak la akak nie..stp kali lps solat..doa2..
lin n zie..: cepatla datang..
kdayang : nape usu try call banyak kali tak leh..usu ada mende nak bincang nih!
janna : selamat terbang ke jordan..mesti rindu nanti.
ilmik : jgn sedih2...cepat hantar..;)
hasni : jgn nakal2 yea...;)
kay, chemah n.....: dtg yea..jgn lupa senarai barang2 masak tuh..
ksyah...doakan kite yek..
ksal..knajah :..kak najah menharukan usu la tadi..
utk ummu..rina n ada kat oz : nanti tunggu parcel seterusnya..
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **10:28 PM
************************ |
| Sunday, February 08, 2004 |
| sahabat....
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa... kecuali diri sendiri... tetapi, dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita... sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia... tetapi kita sering terlupa akan hal itu...
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaankita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Sehingga kekadang, kita mengungkit kembali segala yang kita lakukan adalah sebagai tanda simpati, sebagai agar sahabat kita ni kelak taklah terasa sangat...
sedarkah kita dikala kita berkata demikian hati sahabat kita telah tercalar, betapa dia merasa sedih kerana luahan rasa dia selama ini dianggap meminta simpati... kerana hati kita cepat tersentuh,cepat terguris, namun sukar untuk sembuh kembali... Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannyasepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat. Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan, Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan.. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.. Kita tidak tahu. Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik
dr fwd email...
p/s : teringat pd seorang teman lama..dapat berita..dia sudah pindah ke penang..betul2 terkejut..sahabat..maafkanku krn tidak menunaikan hakmu..maafkanku..
adik : sorila..adik bg msg suh online..akak tgh berkursus..;)
zie n linda : datanglah..usu tunggu..pagi jumaat yea..kat hentian kajang..rindu adik2 jepun nie..
izza n adda : usu tunggu jugak kome..kome dtg hari sabtu kan?..dtg pagi tau..awal sikit..;)
ilmik..jgn lupe dtg tau...lin pun sama...;)
hari nie dapat seuatu yg sgt berharga..tp offrecord..heeh..
tak sabar tunggu abis exam selasa nie..project bertimbun2 tak siap..Ya Allah..bantulah... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **6:18 PM
************************ |
| Saturday, February 07, 2004 |
| sehati sejiwa..dulu kini selamanya...
Setiap titis darah yang tumpah akan menjadi saksi nanti di Akhirat...
Setiap luka yang menganga akan menjadi bukti...
Dan Setiap langkah yang engkau tapaki InsyaALLAH diridhoi Illahi Robbi Izzati
Teruslah berjuang saudaraku...
perjuangan tak pernah berakhir ..
sebelum raga meregang nyawa dan syahid menghampiri kita..
Bukan kah itu tujuan kita...
"Jika da'wah adalah nafas2 yg terhembus setiap saat...maka jagalah agar ia tetap terhirup dan kita tetap hidup karenanya...
" Jika da'wah adalah pedang-pedang yang siapa dihunuskan...maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan laga...
" Jika da'wah adalah jalan yg panjang..maka jgn berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yg terang benderang... Jika da'wah adalah bunga....maka serbukkanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangi ke seluruh penjuru dunia..."
dr senandungmujahid.....
utk semua pejuang..teruskanlah perjuangan...
p/s : hari nie banyak perkara berlaku dalam hidupku..yg kurang best pun ada..yg baik pun ade..tapi..mungkin yg best mengatasi yg kurang best..jadi kesimpulannya..bestla..ada adik utp datang..seronok berduski..buat meeting tergempar..2 pagi..gamat lagi..pape lah deme nie..
apapun..doa utk adik..buat keje baik2..cepatlah balik melbourne..takyahlah tepon akak..banyak dah abis duit..;)..simpan plak..anyway..pada ummmujahid...miss u..kak dayang jugak...kenape tak jadi mai sini?...erm semoga semua org berbahagia...hakikatnya bahagia itu ada dijiwa..mahkota di singgahsana rasa... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **7:32 PM
************************ |
| Friday, February 06, 2004 |
| yakin kepada Allah
yakin kepada Allah merupakan tiang seri yg diatasnya tertegak da'wah. terbinanya suatu kebangkitan n terciptanya kejayaan..
sesungguhnya yakin kepada Allah menjadikanku tenang menerima apa saja ketentuan Allah kepadaku..aku yakin apa yg ditentukan oleh Allah adalah yg terbaik utkku..sekalipun pada zahirnya aku nampak tidak baik..
semoga kita semua yakin pd Allah..yakin pada janji Allah...
p/s : kebelakangan nie rasa agak malas menulis..entahlah..semalam pegi KLIA lagi..hampir kena saman..2nd time tak parking..sbb ingat sekejap je..masa kuar tue..polis dah sebelah kete pegang ketas saman..kidah berkejar2..ehe..usu doa je..;)...polis tue nak jadi cite tak sempat letak je..alhamdulillah..konon nak jimat..kena saman..parah lagi adalah..moga dpt pengajaran..agar tak serik..;)..rindu pada adik..lama dah tak ol..adik bz..akak tahu.. ..erm....linda..nape tak hubungi2 lagi..dah try call tak dpt no lama....mas..thanks 4 everything..zie.. jugak..owh. next week ada mid term yg terakhir (berapa kali terakhir dah nie)..sblm lg sebulan final..plz make doa 4 me..;(... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **8:43 PM
************************ |
| Thursday, February 05, 2004 |
| Ya banil islam..
Ya banil islam..
antum qadatun nasy'il jadid..
amanul ummati seeru..
wadfa'u kulla anid..
warfa'u rayah..
yakhdu khatwa kum azmul judud..
wa'aiidu majdanal madhi..
bi'azmin min hadid..
ya banil islami..
seeru fi thariqil khalidin..
La tahabul mauta..
la takhsyau siyathal azhalimin..
imla'u ddunya salama..
wansyurul adlal mubeen..
liya'eesyan annasu ikhwanan..
bihaqqin amininina....
hayya narqubul fajral jadida..
innana narqubu haqqa..
zalika yauma saeed...
yauma an yusyriqa nuurun..
fanaral ayyama eeda..
yauma an nurji'al haqqa..
majdanal madhi atthalida...
wahai putera islam..
Kamulah pimpinan generasi baru..
Selamatkanlah umat ini, aturkan langkah...
Dan hapuskan penderhaka semuanya...
Kibarkan benderamu...
Teguhkan langkahmu segagah datukmu dahulu...
Kembalikan keagungan kita yang lalu...
Dengan keazaman yang waja...
Wahai putera Islam...
Ikutilah jejak langkah pahlawan terbilang...
Jangan gentar pada kematian...
Jangan takut dibelasah manusia-manusia kejam...
Isikan dunia ini dengan kesejahteraan...
Tegakkan keadilan yang sejati...
Agar manusia biasa hidup bersaudara...
Dinaungi kedamaian yang sebenar-benarnya...
Wahai putera Islam...
Marilah kita nantikan fajar baru...
Sesungguhnya kita benar-benar penanti...
Hari bahagia itu...
Dihati terpancarnya cahaya...
Semuanya bergembira laksana hari raya...
Dihari kita berjaya membangun kembali...
Keagungan kita yang telah lama pergi.....
p/s : dah lame tak tulis lagu arab nie..rindu rasa..ingat nak tulis lagu2 familiar..tp takpe aah..nantilah..kak idah duk kate usu tak terjemah lagu arab lah apelah..ala dulu kan dah selalu terjemah bile kite bermusafir sokmo..sekali sekali nak hayati plak...biar menusuk dlm jiwa kalbu..bila dengar lagu arab..mesti pedal minyak akan ditekan dgn lajunya..ehe..sgt bersemangat...jadi tak leh over sgt..kena saman nanti ..semalam duk ulang2 satu lagu satu best..tp sampai sekarang masih tak jumpa lagu ya rafiqa darbi yg usu nak..semua yg dld dlm kompeter bukan lagu ya rafiqa darbi tue...a'rgh..kenagan itu...
ya rafiqa darbi..la tansa ahdan katab nahu..
ma'an fi rihlatil amsi..
kaifa ijtama;na..kaifa ittaqaina..kaifa iftraqana..
bagaimana kita bertemu..bagaimana kita berkumpul..n bagaimana kita berpisah..
aturaka zalikal ahdal qarib..tidakkah kau lihat janji Allah itu semakin hampir...
erm...terngiang2 lagi...pd rijal2..dengar2 lah lagu yg semangat2 sikit..jgnlah dengar lagu lentuk je...lemahkan roh jihad..bak kata adik usu..ehe...biar semangat tu membara sokmo..duk dengar nasyid mendayu2..lemah..lemah... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **9:32 AM
************************ |
| Wednesday, February 04, 2004 |
| BAHTERA HIDUP...
"Perumpamaan orang yang berdiri pada batasan Allah dan yang jatuh didalamnya..adalah seumpama satu kaum yg menaiki bahtera...setengahnya berada di bahagian atas bahtera manakala sebahagian yg lain berada di bawah. Mereka yg berada di bawah apabila ingin mendapatkan air, maka melalui org2 yg berada di atas..Mereka berkata : Apakata kalau kita tebuk sedikitdari kapal ini agar kita tidak menyusahkan orang yg diatas! Jika semua membiarkan golongan2 ini dengan kehendak2 tersebut, maka semuanya akan binasa. Jika mereka membimbing tangan2 tersebut pasti mereka akan selamat n semua akan selamat!"
nah..suatu perumpaan yg begitu indah..yg digambarkan oleh Rasulullah saw kerana sememangnya kehidupan ini adalah suatu pelayaran yg penuh dgn ulikan gelombang..
kiri kanan depan n belakang..
angin yg menderu tidak tahu bila datang..
hujan badai yg datang menyerang..
bak singa lapar yg garang..
kadang2 terdampar di laut karam..
penumpang menerima nasib berlainan..
ada yg jatuh..
ada yg tenggelam..
yg pandai berenang..
berpaut ke sampan..
ada yg berjaya berenang ke tepian..
sekali lagi lagi ia melayar sampan...
walau pelayarannya mungkin tidak berjaya..
namun harapnya hanya pada yg esa..
sungguh kehidupan ini bagai sebuah bahtera..sekali ia mereng ke kanan..sekali ia mudik ke hulu..rempuhan gelombang n ombak..serasi dgn pelayaran...sekali ia tegak n sekali ia tenggelam..namun ramai yg melupakan hakikat ini..sering terasa berada di daratan n mampu melakukan apa sahaja di luar batasan..seandainya pelaggar batasan ini menyedari bahwa ia sebenarnya berada di atas bahtera yg teroleng2..tidak kekal n tidak terus berada di atas bahtera itu..nescaya ia tidak berani melanggar batasan2 Allah!!
ada dua perkara penting actually dlm hadith nie..satunya rasulullah tak memebeza2kan penumpang di atas..n di bawah..bukanlah kerana seorang pemimpin..maka duduk di bhgn atas kapal..atau bukan kerana darjat atau bukan kerana kaya atau miskin..rasulullah tidah pernah menjadikan pimpinan itu tinggi darjatnya dr masyarakat kebanyakan..sama sekali tidak..bukan itu nilai yg membahagikan manusia..'org yg lebih tinggi" menurut penilaian Allah adalah "orang yg berdiri pada batasan Allah"..iatu yg laksanakan syariat Allah!..." inna akramakum 'indallahi atqakum"...wala tahinu..wa la tahzanu..wa antumul a'launa in kuntum mu'minin...
yg kedua..adalah kesatuan..bayangkan kalau penumpang diatas membiarkan penumpang dibawah mengambil air dgn menebuk lubang..argh..tentu mereka tenggelam bersama2..ironisnya disini...kena amar ma'ruf..nahi mungkar..nampak benda tak elok..kena tegur..kena tegur wahai ilmik..;)...ehe..saja je..utk usu jugak..memanglah kita disuruh jaga diri sendiri..'alaikum anfusakum'...tp jaga diri sendiri n jaga masyarakat yg hidup bersama kita...sesungguhnya manusia itu apabila mereka melihat org yg zalim..tetapi mereka tidak mencegahkezalimannya itu..Allah akan menurunkan balasan dari sisiNya kepada semua mereka...kita perlu nampak bahawa kita semua adalah penunggang satu bahtera...selamat semua atau tenggelam semua..selagi kita terdaya mencegahnya..bagaiman asetengah boleh terpisah dgn tidak mengambil tahu setengah yg lain?..ikatan kerjasama ini atas dasar birr wa taqwa bukan kerana permusuhan..mungkin akan ada yg persoalkan bahawa hanya dia yg berusaha sorang2..org lain biar je...apakah dgn hanya seorang yg soleh..Allah akan menyelamatkan kapal itu karam...TIDAK!..
kerana apabila didapati sebuah masyarakat itu hampir pecah dlm sebuah bahtera...n tidak mampu menghadapinya maka kita akan menyelamatkan diri kita sendiri dr karam di lautan..memang benar kita hanya menyelamatkan kita n ketika itu berjalanlah sunatullah yg telah dijanjikan oleh Allah swt dan kapal itu karam....ketika itu betapa jauhnya berbeza antara dua jiwa yg tenggelam...tenggelam dlm keadaan dia adalah perosak..dan tenggelam di dalam syurga kerana dia adalah syahid...maka siapakah yg ingin menjual akhiratnya dgn dunia dalam keadaan tenggelam padahal ia mampu berkejar ke syurga An NAIM!!!!
P/S; teringat pd semua akhawat..argh..selalu teringatkan org..org ingat tak kat kita..tp bukanke kalau kite ingat org...dia selalunya ingat kita jugak..tp yg pastinya ingat Allah sentiasa..pasti tidak kecewa..Allah akan ingat kite...hari nie adik call..sonok sembang ngan adik..tak sedar masa berlalu begitu cepat..tu lah..adik..bila dah jauh..baru rasa kehilangan...kita jarang hargai sesuatu tue kalau ade depan mata..bila dah takde ...baru nak meraung..ye dak..;(..hari nie dapat surat dr jepun..hari tue dr oz..best sgt!..thanks mas..hari nie betul2 sakit kepala..tekankan nak paham jugak angka2 yg berputar belit dlm MA..pening tgk figure..berserabut rasa..pagi tadi hantar kawan ke KLIA..kesian tgk mak2 deme nangis...argh..janganlah bersedih duhai ibu...anakmu ini..pergi berjuang..ada cerita menarik di airport..offrecord tapi..:)..ada exam kecik today..bisalah..jawab n tawakkal..sbb semalam sibuk tulis surat..heeh..dekat ummu, dekat dayah, dekat rina..jgn lupa ambik yea..pastu balut bungkusan lagi...;)..sampai ngantuk2 teman rina study semalam sampai subuh..ye ke rina..;) ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **5:08 PM
************************ | |
|