| 
|
| Wednesday, December 31, 2003 |
|
dari muntalaq...
Da’i Islam sebenar, akan sentiasa bekerja walau di mana pun dia berada dan ke mana pun dia diusir. Dia langsung tidak rindu dan teringat kepada mana-mana tanah. Dia tidak sempit seperti orang lain dengan batas sempadan yang diada-adakan oleh penjajah. Dia merasai seluruh umat Islam adalah saudaranya. Jika dia tidak mengembara berjalan kerana dakwah, kemungkinan pada masa itu disebabkan kerana dipenjara. Maka penjara pada masa itu adalah pengembaraan rohani dan pemikirannya. Hinggakan apabila dia digantung, maka rentapan tali gantung itu sebenarnya mengangkatnya ke tempat yang mulia dan indah di dalam syurga.
.....................
Dakwah dan jihad tidak mempercepatkan ajal, (begitu juga sebaliknya, duduk relaks tanpa dakwah tidak akan melambatkan ajal) tetapi dakwah dan jihad akan mengangkat da’I ke syurga Firdaus.
Sekiranya seseorang muslim itu tidak mahu bergabung bersama dengan Imam Ahmad atau pewaris Imam Ahmad pada hari ini dan dia duduk sahaja kerana uzur atau seolah-olah ada uzur, maka dia disepatutnya merasa sedih. Paling kurang dia sepatutnya mencela dirinya sendiri kerana tidak bersama-sama dalam gerombolan da’i. di siksa
.................
“Wahai saudara, permulaan jalan ini mudah, kemudian datanglah peringkat duka cita.
Permulaannya dengan mengorbankan kegembiraan, pertengahannya mengorbankan nyawa.”
di ukm..exam sebentar lagi..nak makan tak sempat..masuk lab..sempat lagi..;)..cover 2 exam hari nie..hari tuh cancel...semalam..exam..alhamdulillah..in tansurullah..yansurukum..sesungguhnya janji Allah itu benar!!..yakinlah..
rindu nak bersama mereka...
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **9:06 AM
************************ |
| Tuesday, December 30, 2003 |
|
hari pertama jejak ukm setelah 9 hari meninggalkannya..terasa seperti pelajar baru..ehe..;)..teruk..teruk..
hari nie bermula mid-term..bussiness statistics..doalah...ana tak baca buku..;(..tak tau nak kata apa..tak larat nak baca semua..tak habis2...tapi tak boleh mengalah..
selagi terdaya..kan ku teruskan..
moga2 ada keberkatannya..doa yea...
**********
rindu pd mereka..
terima kasih semua..
tabah hadapi segala..
imtihan didunia...bagaimana imtihan diakhirat nanti..bersedialah dr sekarang.. ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **11:26 AM
************************ |
| Sunday, December 28, 2003 |
| andai satu nikmat ditarik....
Assalamualaikum.....
Aku masih berpusar-pusar di koordinat yang sama.............. Tarikan graviti di koordinat ni terlalu kuat, lantas aku pun pening kepala, dah ni tatau nak buat apa..... Bile lah nak dapat kuasa gravity defier nih... Kak Idah kasi solution yang sangat bernas hari tu... Hehe... Nak tau tanye lah Kak Idah.....
Aku gi melawat abang aku kat SJMC... Menjalani pembedahan kat kaki kiri dia sebab accident hari tu.. Kesian betul, 6 minggu kena terlantar kat hospital..... Ni abang yang kahwin baru2 ni... Orang yang betul2 teruji dlm kes ni...kakak ipar aku ler... Kena tolong kat blik fisioterapi.. kena tuamkan kaki dengan ais.. kena latih abang aku jalan2.... KEna mandikan..pakaikan baju dan seluar die.. Sabor betul die...
Aku ni pulak, adik yang jahat (memang dari dulu..hehe).. Bila abang aku naik wheel chair die.. Aku mesti tanya dia, "Lawa motor bang.. Motor baru ke?" Huh, celupar betul mulut ni kan.... Abang aku sengih je, pastu jawapan normal die... "Diam la Taliban.." Haha... Elok.... Gado2 selalu dapat eratkan silaturrahim.. (AMARAN : Teori ini apply utk kalangan adik beradik aku je..) Pastu gelak sama2... Tapi aku tau, abang aku memang tengah sedih.... Huhu....
Melihatkan keadaan dia cam tu.... Baru satu nikmat Allah tarik.. Iaitu kaki...... Manusia dah hidup kucar-kacir.... Bukannya dah tak boleh jalan daa... Tapi, tak kuat la dan jadi fragile to injury.... Kena belajar jalan elok2 balik cam anak2 kecil..... For the coming few month, tak boleh exessively guna kaki sangat.. Kena control makan, tak leh put on weight..nanti kaki tak dapat support.... The operation, the hospital service ... mak aih....... cost for RM 120, 000.... Tu pun nasib baik insured...... Itu baru satu nikmat drpd Allah yang ditarik..... Itu pun belum tarik sepenuhnya.... tarik separuh.... Nauzubillah..... Doa agar kita sentiasa dijauhkan daripada kemurkaan Allah...
Allah menguji hamba2Nya dengan pelbagai cara.. untuk test kesabaran.. kesetiaan.. and on top of all.. tentulah nak uji keimanan.... Allah tak menguji di luar batasan seseorang kan...dan bagi manusia yang kufur..... ujian adalah suatu peringatan, supaya mereka kembali mendekatkan diri kepada Allah......
Wallahua'lam ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **12:18 PM
************************ |
| Wednesday, December 24, 2003 |
|
Dah lama tak menulis... Sepatutnya, bila dah lama tak bagi laporan, mestilah ada banyak yang nak diceritakan, iye dak? Hmm... Tapi, hidup aku masih berpusar pada origin point ... tak berpindah ke koordinat lain sejak beberapa hari kebelakangan ni... Masa yang terhad untuk masih berada di bumi Malaysia ini, ku gunakan seadanya untuk menatap sepuas-puasnya, menilai dan menimbang... Mengkaji dan menyelidik, bak kata pakcik, "Buat research tentang manusia"... Banyak pemerhatian yang aku buat terhadap atmosfera di sekelilingku....... Satu kesimpulan, MASIH JAUH LAGI PERJALANAN KITA....................
End of part kenduri kahwin abang aku..... Jumpa banyak orang.. Maka banyak la hasil research kan..
OPS... ANAK SEDA R A ANA TELAH MENGGANAS...... COP..SAMBUNG KEJAP LAGI ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **10:21 PM
************************ |
| |
|
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: "Impikanlah." Seorang pemuda berkata: "... Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infak pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah" Seorang pemuda yang lain berkata: "...Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah" Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa-apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin." Umar pun berkata: "...tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah B. Al Jarrah, Muaz Bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah, ...lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah ALLAH."
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari dunia dan isinya...mereka inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya deenul ISLAM...
************************************************************************************************
moga urusanku...alawiyat hidupku...semuanya untuk ISLAM...dalam mencapai mardhafillah...minggu ni kelas banyak cancel... :) seronok betul...boleh jalan-jalan lagi...menjenguk bumi Kelantan...kolejku...tempat di mana segalanya bermula...kerana itu...hatiku terikat di sana...pastinya...yang pertama...akan berbekas di hati...meninggalkan memori untuk selamanya...
p/s: rindu pada persahabatan lama... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **3:32 PM
************************ |
| Monday, December 22, 2003 |
|
semalam berlalu n akan terus berlalu..
hari esok akan datang..walau tanpa kerelaan..
moga hari esok lebih baik dr hari ini..
3 hari berjalan meninggalkan rumah..tercatat 496km..catatan jarak perjalanan..utk hujung minggu ini..moga jauhnya jarak..jauhnya misi..akan peroleh selayakNya..jumpa ramai sahabat lama..jumpa kak nor di mesir dulu..jumpa nazirah..jumpa adik2 oz..sempat ke rumah ilmik..jumpa suya..jumpa akak2 lama di mesir dulu..pergi umah dayah..sempat bermalam di rumah lin..sempat jumpa ayong di upm..sempat..tu..n sempat nie..moga semua perkara sempat...n moga sempat beramal sebelum ditarik nikmat nyawa..hari ini di ukm..menghabiskan assingment yg tak mula2 sejak cuti hujung minggu..duenye dekat dah...ada jugak due..kalau maut..takde due..entah sejam lagi..moga kita sentiasa bersedia..
tadi dengar lagi lagu "untukmu teman"..utk yg entah keberapa kali..
tiba2 teringat seorang sahabat yg terlalu lama dihubungi..aah..maafkan usu kerana tak sempat menunaikan hak seorang sahabat..
mengapa kita ditemukan..
dan akhirnya kita dipisahkan..
mungkinkah menguji kesabaran..
kesetiaan n kemanisan iman..
semalam..masa jumpa akak mesir lama..dia ajak teman dia ke mesir tahun depan..wahh..banyak rancangan tahun depan..akak tue amik tasfiah dua subjek..satu subjek pasal ekonomi..kebetulan..usu sempat ajar sikit2..subjek tue lepas..then satu lagi sastera arab..tak lepas..so , akak tue minnta jadi cikgu tuition di mesir tahun depan..sebulan..iskh..kelakar je rasa..nak ajar adab balaghah..adab balaghah pun cukup makan je hari tue...dalam kepala..tahun depan..nak ke mesir ngan akak tue..ke indonesia...ngan kak idah n ayong..nak ke oz...jugak...banyak nye rancangan..akan dipertimbangkan mengikut awlawiyat...n kemampuan..ALLAHUMMA YASSIR WALA TU'ASSIR! ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **2:33 PM
************************ |
| Sunday, December 21, 2003 |
| walaupun semalam berlalu....
pergi jauh dariku... biarkanku..
jangan ganggu diriku.. hai silamku
beransur daku takut beban dirimu --->part ni betul ke lirik die
kerna akanku ganti dengan senyuman :))
oh... walaupun pahit yang masih ku terasa
mungkin kali ini kan ku mampu mengharungi
pimpin jiwaku ini diri yang lemah, oh Kasihku
selamat tinggal silamku pergi jauh dariku
ehem.. semalam berlalu.... hari ni berharapnya lebih baik dari semalam.. insya-Allah....tapi, aku rasa.... kelmarin lebih baik dari semalam... jadi, celaka kah aku semalam? huih....... wawawa... hari ini rumah aku dah "kosong" sket... tinggal aku, mak ngan abah.... kalau idak..... ramainye.... mak/bapak sedara aku... abang aku.... lepas zohor tadi.. semua orang dah balik... aku 'flat' terus.. kalau bagi markah kadar ke'flat'an.. aku kasi 4.00 flat lah... tido tak ingat punye... sampai asar aku pun pukul 6.00 ptg (jgn tiru aksi ini).... penat.... "ar-rahah lid-daie-ghaflah".. rehat daie, tanda kelalaiannya... rehat org yg baru terlibat ngan majlis dunia, eh.. tanda apa ya? takut pulak... kang penat2 macam ni.. jadi futur terus.... besok aku mesti buat sesuatu!! nak buat ape ye? nantikan entri besok..utk tahu apa yang aku dah buat...
=^..^=
O
tak lama lagi aku balik ke Melbourne... mission kat Malaysia ni, aku tak sure dah accomplished ke belum..... tinggal baper2 hari aje lagi.....
kakiku tidak terikat dengan mana2 tempat berpijak
kerna di mana ada tanah, di situlah bumi Allah
dan di mana ada kalimah la-ilaha-ilallah...
di situlah tanah airku..... dan di situlah ada tugas besar menantiku
lin #thanx 4 coming to kampung 8... best x jln2 kat melaka after
midnight? hehe..#
usu#jgn mare adik bawak lin jalan2 tgh mlm.. bukan jln2 kosong.. tp jln2 ta'ruf, kan lin?miss u fillah#
kak idah #syukran for coming.....#
** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **10:34 PM
************************ |
| |
|
ana tak tau nak cerita apa... semalam kenduri kahwen abang ana.... tak tau nak define apa perasaan ana sebenarnya... tapi, tak pueh hati tetap ada... tak pe lah... mari salahkan "keadaan".... at least, ana gembira sebab dapat jumpa kakak and good friends... dapat juga kenal dengan sorang..eh 2 orang.. super seniors dari unimelb dulu... husband and wife.. tak pernah kenal pun sebelum ni... baru kenal kelmarin through phone... semalam mereka datang walimah abang ana.. iye lah kan.. apa bila bekerja di atas jalan yang sama.. mempunyai satu fikrah yang sama.... tak kira apa batas pun, ukhuwah tetap terbina...
overall, the majlis wasn't very following the syarak.. i may say 95% overrule the Rules of God.. masalah ini sangat berleluasa di dalam komuniti Melayu di Malaysia yang MAJORITINYA berAGAMA ISLAM..... Kakak punye previous entry ..... "anda mesti meninggalkan .....majlis2 keduniaan dan kesibukan perniagaan......" aduh.. *pek *pek ..................... boleh saya beruzlah? ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **9:39 AM
************************ |
| Friday, December 19, 2003 |
|
moga tabah hati tak berbelah bagi ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **1:08 AM
************************ |
| |
|
Single Product Decisions. Assume that Boston Rocking Company manufactures rocking chairs from precut n shaped wood. Although the chairs are salable once they are assembled, Boston rocking sands and paints all chairs before they are sold. Management wishes to know if this is the optimal selling point….
aduh..sekarang..usu telah disibukkan dengan management accounting..dgn statistic..organizational management..marketing management…bukanlah sesuatu yang usu minat sebenarnye..rasa macam terpaksa sebenarnya..kerana utk sesuatu yang lebih besar..terpaksa melakukan sesuatu yang terkadang kita tidaklah menyukainya..moga tabah hati tak berbelah bagi..moga2 kita semua masih tetap thabat, masih meniti hingga tamat garis akhirnya..masih teguh hingga ke penghujung pembaringan ..n teringat kata2 pakcik..tiada waktu rehat..buat kerja sampai mati..mula2 dapat msg nie dekat hp dr pakcik ..rasa terharu sgt…entahlah..takut berjanji..tp akan ku ikuti langkahmu pakcik..
“Apabila aku melihat seorang murid yang benar telah berjaya lahir di bawah bimbinganku, aku pun merasai kenyang, puas dan aku merasa bangga dan gembira memikirkan bagaimana ia boleh terhasil dari bimbinganku?”
Inilah kepuasan dan kegembiraan mereka. Kegembiraan mereka bukanlah dengan mengarang kitab yang mengulang-ngulang perkara yang sama. ….terima kasih utk mereka..
Dari muntalaq…
Diceritakan: “Apabila sampai kepada Imam Ahmad berita tentang seorang lelaki yang soleh atau zuhud atau yang menegakkan kebenaran dan mengikuti perintah Allah, beliau akan bertanya mengenai orang tersebut. Beliau amat gembira jika dapat berkenalan dengannya serta mengetahui hal ehwalnya.”
Mesti wujud hubungan dengan manusia.
Anda mesti duduk bersama untuk mengajar mereka.
Anda mesti meninggalkan isteri, anak-anak, majlis-majlis keduniaan dan kesibukan perniagaan untuk beberapa jam setiap hari. Berikan ianya untuk dakwah kepada Allah. Gunakan waktu ini untuk menarik orang sesat yang telah menjadi mangsa taghut hari ini dan memandunya ke jalan yang lurus. Atau gunakan waktu ini untuk membantu seseorang yang frust, kecewa dan mendiamkan diri, berduka cita melihat realiti kehidupan muslim tetapi dia sendiri dibelenggu dengan keinginan dunia. Moga dengan itu, anda dapat menggerakkannya dan menggegarkan jiwanya sambil merangkulnya dengan bersungguh-sungguh.
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **1:01 AM
************************ |
| Thursday, December 18, 2003 |
|
AKU TAK BOLEH FUTUR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BIAR HAL YANG DEKAT MENGGELUMANG DENGAN DIRI.........
"BEBASKAN DIRI DARI SEGALA KEINGINAN YANG BUKAN BERNAMA ISLAM"
Allahuakbar............ ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **2:44 PM
************************ |
| |
| sambungan...
kehidupan n masa akan terus berputar memberi peluang pada kita untuk melakukan sesuatu, bekerja n beramal,...akhirnya dunia akan menyedari bahawa seruan kita adalah untuk hidayah, kemenangan n kedamaian..seruan kita utk menyembuhkan penyakit umat yg dideritai sekian lama..
pesan HAB : bersiap n berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari kerna boleh jadi engkau tak boleh berbuat apa2 di esok hari..
seharusnya kita terus bekerja..ya..kita akan menunggu saat itu..janji itu..tetapi kita tidak boleh berhenti ..terus melangkah n terus melangkah..janganlah berputus asa..yg kuat tak selamanya kuat n yg lemah tak selamanya lemah..kenyataan hari ini adalah mimpi semalam ..moga mimpi hari ini menjadi kenyataan di hari esok..
berbalik pd "krn 700 ringgit"...pengajaran disini.."balaslah keburukan dengan kebaikan...!!!!";)
"Sambunglah org yg memutuskanmu, berilah makan org yg bakhil terhadapmu...dan berilah maaf org yg berbuat zhalim terhadapmu.."
seorang muslim yg memahami firman Allah "...bersikap lemah lembut terhadap kaum muslimin..."..dia akan berusaha sedaya upaya utk menolong sesamanya..meski dia harus mengorbankan harga dirinya di mata manusia kerana dia menyedari bahawa harga diri yang hakiki terletak pada keteguhan aqidah n kebaikan akhlak..
"sesungguhnya agama ini kukuh, maka bimbinglah org lain kedalamnya dgn lembut...sesungguhnya kuda yg terus menerus di cambuk, ia tidak akan sampai kepada tujuan dan ia sendiri akan mati..."...
next : tenangnya air mudah tercemar...;)..nantikan..
apabila kita sehati n sejiwa..kancil melanggar pajero n wira melanggar perdana...;)
ummmujahid : rindu sgt..
ummu..rindu jugak..
mas..lama tak dengar citer
sejadahku biru: tak sempat nak sembang banyak lagi..
nana: doalah..moga dimudahkan..
adik: jgn sedih2 sokmo..
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **8:59 AM
************************ |
| Wednesday, December 17, 2003 |
| ku meriwayatkan kisah orang buat tauldan semua....
dalam buku Let Us Be Muslim iaitu terjemahan Bahasa Inggeris daripada Khutubat iaitu koleksi khutbah Jumaat oleh Sayyid Abul A'la Mawdudi... disenaraikan 3 sebab mengapa ramai di antara umat Islam mengingkari perintah Allah... di sini saya ingin berkongsi satu sebab sahaja iaitu faktor masyarakat dan kebudayaan.
".....reason for going astray is following blindly the customs and practices, beliefs and ntions, rites and ceremonies of society and regarding them as superior to God's guidance."
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 170, "Apabila dikatakan kepada mereka: Ikutlah apa2 yang diturunkan Allah! Maka jawab mereka: Tetapi kami mengikut apa2 yang kami peroleh dari bapa2 kami. Meskipun bapa2 mereka itu tiada memikirkan suatu apapun dan tiada pula mendapat petunjuk."
Teringat pula kisah Mus'ab bin Umair, yang berpegang teguh dan tegas apabila berhadapan dengan ibunya yang menyuruhnya meninggalkan Islam.
"Jika ibu mempunyai 1000 nyawa, dan nyawa ibu dicabut satu demi satu kerana kelaparan sekalipun, nescaya aku tidak akan tinggalkan agama yang mulia ini"
Andai kita ditakdirkan Allah untuk berada di dalam dilema, di mana antara hendak menjaga hati ibu bapa... mengikut adat nenek moyang... pandangan masyarakat yang taksub pada tradisi......... dan untuk berpegang kepada ajaran Islam.. many versus 1....
Hendak menggenggam Islam ibarat hendak menggenggam arang yang panas....Tetapi........ renung sejenak....... Siapakah sebenarnya Tuhan kita? Adakah masyarakat kita adalah Tuhan kita? Adakah keluarga kita sebagai Tuhan kita? Adakah tradisi kita?
Hati siapa yang hendak kita jaga sebenarnya?
"Hati" Allah atau pun hati ahli keluarga kita?
Hanya dengan pertolongan Allah untuk beri kita kekuatan dalam menghadapi hambatan-hambatan yang menipiskan jiwa kita untuk bersikap tajarrud.
** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **6:51 PM
************************ |
| |
|
assalamualaikum... itu dia tuan2 dan puan2... suatu cerita yang sangat menarik daripada Saudari Kakak Hidayah kita..... mudah2an kita dapat mengutip iktibar dari peristiwa pengalaman Saudari Kakak Hidayah.....
Teladan Pertama : Kita kenalah bersikap jujur dalam apa jua situasi
ku kembali semula ke situ..lalu meninggalkan note pada tuan..."saya minta maaf, saya terlanggar kereta encik, saya bersalah, no telefon saya......."..
Teladan Kedua : Kita hendaklah pasrah terhadap takdir Allah, segala-galanya telah ditentukan dan bukannya kebetulan..
......."..seolah2..nasib tidak berpihak padaku..kereta yg ku langar...perdana v 6..pasti begitu mahal kos membaikinya walau hanya pecah sedikit lamp parking..ku pasrah..
Teladan Ketiga : Setiap mehnah pasti ada hikmah..
ku terpempan seketika..700..tue belum cat lagi yg ketuk sikit tuh..owh..mahalnya...lalu ku gagahi menyusun ayat...meminta maaf n meminta agar dibenarkan bayar ansuran...n sesungguhnya jawapan en zamri sgt mengejutkan ku n sgt mengkagumkanku....:saya tak mintak awak bayar pun..awak student..saya takkan sampai hati suruh awak bayar......."
Teladan seterusnya.. oleh kerana terlalu banyak teladan.. diharapkan tuan2 dan puan2 dapat cari dan menilai sendiri.... Hehe.....
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) " At-Talaq : 2
Akak......... adik nak dok seblah akak......... ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **6:05 PM
************************ |
| |
| sambungan
seharian esoknya di ukm..hatiku masih belum tenang..en zamri telefon lagi tikaku asyik di dalam kelas...terbayang semula kejadian semalam..arghhh..Ya Allah..bantulah diriku...malamnya..sekali lg en zamri menelefonku..ku mula berkira2 utk meminta agar dibenarkan membayar secara ansuran..moga en zamri manusia yg baik..doaku lagi..sekali lagi en zamri menelefon..tidak terkira rasanya...lalu pertemuan di atur..walau ku seolah tampak berani n tenang..dihatiku hanya Allah yg tahu..kak idah n ksyah menemaniku..lalu terus ke restoron belakang..dr jauh..en zamri sudah menunggu..hatiku berasa sangat takut...takut hanya pd Allah!
sampainya disitu..ku lihat keretanya sudah dibaiki..lalu kami berbica sebentar..ku beranikan diri...."berapa kos baiki...?... "700...."...ku terpempan seketika..700..tue belum cat lagi yg ketuk sikit tuh..owh..mahalnya...lalu ku gagahi menyusun ayat...meminta maaf n meminta agar dibenarkan bayar ansuran...n sesungguhnya jawapan en zamri sgt mengejutkan ku n sgt mengkagumkanku....:saya tak mintak awak bayar pun..awak student..saya takkan sampai hati suruh awak bayar......." ku berasa sgt terharu n begitu terkejut...kalaulah semua manusia didunia begini..rupanya...en zamri adalah supplier air-con seluruh ukm n seluruh bangi..officenye juga di ukm..sebelah fakultiku sahaja rupanya..entah2 pernah berselisih...sempat en zamri berpesan..kalau jumpa di ukm..jgn lupe tegur......arghhh..dunia..dunia...ada juga manusia baik begini..ada juga terlalu zalim...700 ringgit..seolah di beri percuma padaku..lalu ku terfikir..apakah ini balasan hak yg cuba ku tunaikan dalam kepahitan..entahlah...n sesungguhnya hari ini..mendungku bertukar serta merta..langit menjadi cerah...semua berjalan dgn lancar..examku berjalan begitu baik... kali pertama student MBA dpt markah penuh..alhamdulillah..n ku akui..ada hikmah setiap yg berlaku..n hidup ini selalu ditimpa ujian..laluilah n bersabarlah....pasti...kemenangan itu akan muncul jua,..n pasti ISLAM kan menang..!!!!...-bersambung- ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **2:43 PM
************************ |
| |
| kerana 700 ringgit
isnin..antara hari yg bersejarah dalam hidupku..buat kali pertama..terasa banyaknya ujian dunia menimpaku..seawal pagi..kepala berdenyut2..suhu melonjak naik n seakan tidak mampu utk bernafas..deringan telefon mematikan rehatku buat seketika.."usu, jomla study dkt library"..kerana sahabat..isnin..takde kelas..kondisi kesihatanku kurang baik..namun utk menunaikan hak..ku gagahi jua langkahku..kunci kereta ku ambil n terus memandu ke library ukm..belum sempat 1 jam..mataku berpinar n terasa hendak pitam lalu ku meminta izin utk pulang..di pertengahan jalan..astagfirullah..begku beserta dokumen penting tertinggal di library..dlm ketidakselesaan..terpaksa ku berpatah balik..sebaik tiba di rumah..singgah di kedai utk membeli minuman..n ku bawa ke atas..buat bekal study ku..belum sempat ku minum...semuanya tumpah ke atas lantai..jalanku terhoyong hayang..apa dah jadi?..lalu ku capat telefon...arghhh..telefon yg elok sejak awal..tidak berfungsi..ku cuba n ku tekan berulangkali..hampa..deringan telefon berkali2 tak dpt ku jawab krn telefon tdk berfungsi dgn baik.. keadaanku makin teruk n tidak terkawal..lalu ku cuba menukar telefonku yg lama..berfungsi akhirnya..lantas telefon itu terus berdering..pakckikku rupanya..meminta ku berjumpa dgn sahabatku..sekali lagi pelawaannya sukar utk ku tolak walau keadaan ku agak teruk..mataku berpinar n kabur sekali..lalu sekali lagi ku gagahi turun ke bawah..hujan turun begitu lebat...pandanganku kelam..lalu ku undur kereta perlahan2..walau pandanganku...tidak jelas..tiba2.."DUMMMMMMM!!!!"...kuat sekali bunyi itu..lalu ku tersentak...kereta belakang yg diletakkan di parking ku langgar...lalu ku berasa sgt panic n terus memecut kereta mencari kak idah..menaiki kereta kak idah ..ku kembali semula ke situ..lalu meninggalkan note pada tuan punya kereta...."saya minta maaf, saya terlanggar kereta encik, saya bersalah, no telefon saya......."..seolah2..nasib tidak berpihak padaku..kereta yg ku langar...perdana v 6..pasti begitu mahal kos membaikinya walau hanya pecah sedikit lamp parking..ku pasrah..kereta ku juga pecah lamp parking..keadaan ku ketidak tentuan..lalu ku gagahi utk berjumpa dgn pakcik walau fikiranku menerawang memikirkan apa yg bakal terjadi padaku...kepalaku masih berdenyut..esok exam..2 assingment kena hantar..argh..terasa makin sakit..
malam itu juga..ku terus ke bengkel..sayangnya semuanya sudah tutup..hatiku tidak tenang..malamnya..tuan punya kereta menelefonku..en zamri namanya..mujur..dia baik di telefon...dia minta utk berjumpa..hatiku kecut lagi..berapalah kena bayar..esok, seawal pg..ku ke bengkel membaiki kereta..mujur tidak mahal...hanya puluhan..bila ku tanya harga parking lamp utk perdana v 6...jawapannya mengejutkan..dlm 400..belum upah n ketuk lagi...ligat kepalaku memikirkan mana hendak ku cari ....
bersambung..... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **2:22 PM
************************ |
| Tuesday, December 16, 2003 |
| Kakak.... sabar lah ye...
Kakak...
kusut di kepalamu....
ingin saja ku leraikan...
penat jasadmu..
kudratku ingin ku sumbangkan...
tapi kakak yang tabah pun menggeletar..
kalau adik, tentu dah terbujur kaku...
Di kala terbelenggu dengan pelbagai keresahan sendiri...
masih mampu memikirkan hak orang lain...
Sedangkan aku... tak terbayar hak orang..
hak kakak...adik hutang!
akak....tenang.......
ku teringat pesananmu..
walau ku tak berapa faham maksudnya..
tapi ku tahu.... erti yang tersirat sangat padat...
pesanmu padaku, di kala aku kegusaran
"Tidakkah kau lihat bahawa janji Allah itu semakin dekat"
Akak... bekerjalah.... Kerana mulianya apa yang kau buat itu....
Berfikirlah.. kerana apa yang kau fikirkan itu, ku tahu.... bukan kau memikirkan dirimu sendiri...
Moga Allah mengurniakanmu apa yang ada pada namamu...sentiasa, selalu..
Petunjuk.....
Rindu betul...
maaf usu... kalau hak usu saya tak langsaikan....
bila la adik nak ikut cakap kakak.... "jadi anak yang soleh dan musleh"
bila la adik nak jadi macam kakak.... "membesar dan matang cepat sikit"
Usu ..... kuatkan semangat!! Ganbante kudasai!
Pesanan penaja : Bawa kereta baik2.... Adik pun nyaris langgar lori tadi... hehe...
** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **11:01 PM
************************ |
| |
|
kerana 700 ringgit..
tunggu...bersambung..;) ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **10:55 PM
************************ |
| |
|
..nak cepat lagi..di ukm..
tak sempat nak cerita panjang sekarang nie..masa seakan berputar dgn begitu cepat..rasanya semalam..adalah sejarah ..diuji dgn begitu teruk sekali..moga dipermudahkan..betullah...ujian itu adalah tarbiyyah dr Allah..rindu pd kak ruq..dpt msg tak boleh nak balas..sori la..sekarang nie banyak tak dpt tunaikan hak pd org lain..hak pd diri sendiri pun...teruk jugak..
rasanya kena plan balik hidup..;(..entahlah..banyak dah buat silap..pd semua org..sorilah yea.. ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **2:36 PM
************************ |
| Monday, December 15, 2003 |
|
sambung balek.. pastu... heheh.... dengan berhati-hatinya aku memilih platform aku tak tersalah lagi..... pastu.. jeng..jeng.. tren sampai.... aku pun doa lagi mudah2an dipermudahkan aku perjalanan aku..... nyaris2 kain aku tersepit kat pintu tren tu.. haduih... aku pun berenti la kat KL sentral.. Beli tiket ke *** dan tunggu lah komuter bawah tanah..... masa aku turun escalator, tiba2 ade announcement kata komuter ke ### dah tiba.. aku pun kelam kabut dengan beg bunjut yang besor berlari menuruni escalator yang sedang bergerak dengan kelajuan 1.0 m/s (*ye ke?) sehingga terpele'ot kaki aku, jatuh separa tergolek tetapi masih maintain berdiri.. ala-ala spiderman baru turun dari dinding gitu... "Astaghfirullah" hati ku berkata.. mesti ade mende tak betul aku tak buat tadi... Ade sorang pakcik, makcik dan anak2nye dah mengurut2 dada tengok aku.... Pakcik tu cakap,"Baik2..."...Aku angguk lemah.... huhu..... Syukur alhamdulillah.... Allah selamatkan aku dari malang yang lebih besar... teringat tahun lepas, masa aku nak pergi ke tempat anak singa ni jugak ler, pagi yang kau nak bertolak dari rumah tu... aku jatuh pokok.... wawawawaw...... ligamen tangan kiri pun koyok.. ntah hape lagi tulang mislocated.. lalu tak dapat lah aku bersama anak2 singa berkumpul bersama... tu citer tahun lepas, aku harap sangat tak berulang untuk tahun ni.. sebab nak sangat pi ***...... Akhirnya.... aku berjaya mendapat tempat duduk di dalam komuter tu..menuju ke ***............ Rasa cuak masih di hati.. waduh...waduh.... Sebab, aku datang terlalu awal daripada waktu yang sepatutnya... Sepanjang perjalanan dalam komuter, aku sambung bace buku yang kakak kasi tu.. tajuknye.....(aku lupe kasi tau kan?) ... KIT KOMBAT untuk REMAJA ISLAM... best....best.... Terlelap sket... pastu ade sorang budak berlari2 depan aku terpijak kaki aku.. kansel terus..tak jadi terlelap.... Kiut betul bdak tu... Nakal betul.. Tapi baik sket la drpd anak sedara aku.... Tak makan saman terus ... (anak salah sorang pakcik dan makcik yang menyaksikan aksi brutal aku di escalator KL Sentral).... Pastu.. alhamdulillah.......... tiba lah di stesen ***..... Tengok kiri kanan.. cuak sebab aku sorang je.. passtu ade la 2- 3org yang "mengerikan" sekitar stesen tuh... bukan nak berburuk sangka tapi sedang berwaspada.. Kak Idah pulak baru tiba kat Jalan Duta.. Jauh lagi tu..... aaaa.... panic lagi... pastu, jeng.jeng.. ade muke seseorang yang aku kenal.. lega sket... walaupun aku tak cakap sangat dan dok sejauh mungkin daripadanya... tetap lega... sekurang2nya ade orang sefikrah kat situ.... Aku pun dok situ.... dan sambung baca buku..................................the enfd.. nanti sambung ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **5:11 PM
************************ |
| |
|
Sambung citer.. pastu.. turun ler ke kaunter beli tiket.... *refresh : skang aku berada di stesen Putra masjed Jamek* haa.... aku dengan penuh confident tanya akak kat kaunter tu... "Akak.. kasik saya tiket ke *** satu..." Akak tu tak memberi respon... 'terkedip-kedip' dia memandang aku.. Aku pun terkedip-kedip lah balik.. Saling terkediplah kiterang... Akak tu jawab, "Dek, mane ade Putra ke ***".. Aku pun, jwb ler... "Eh... akak betul ke ni?".... Aku panic gak ah, tapi control macho je... "Tak pe..tak pe..dek oi... Amik tiket ke KL Sentral... Pastu amik komuter ke arah ### dan berenti di sesen ***" Aku pun, beli la tiket... Tapi yang best tu.. Nampak aje tren, aku terus meluru masuk dalam tren tu... Tanpa menyedari yang aku telah salah platform... Tren tu bergerak semakin menjauhi KL Sentral... Kali ke brape ntah.. aku panic lagi sekali.... Aduh.. camana boleh salah platform ni.. *pek *pek... Aku ketuk kepala sendiri.... Aku pun turun di "stesen berikutnya, Dang Wangi" <--aku ajuk komputer tu punye announcement.. Heheh... Bazir duit betul.. kena beli tiket lagi satu ke KL sentral.... Ade hikmah kot sebalik kesesatan aku di tengah kotaraya KL ni... hehe... Mungkin juga kafarah, sebab ari tu aku berlagak kat abang aku, aku cakap kaat dia yang aku dah terrer naik LRT... heheheheh.. to b cont... line tak clear.. bapak aku dok kat belakang ni..heheeh ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **4:50 PM
************************ |
| Sunday, December 14, 2003 |
|
Berilah peringatan buat ku yang kealpaan
Kejutkanah diriku daripada lamunan kesilapan
Kerana suatu peringatan, nasihat, panduan dan teguran
Amat berguna kepada insan yang beriman
Beri peringatan untukku dan untuk semua
Agar ku tak tersasar ke dalam lembah kejahilan
Kerana suatu peringatan, nasihat, panduan dan teguran
Amat berguna kepada insan yang beriman
Alami luahan isi hatiku yang kekosongan
Alami lah rasa di jiwaku yang kesepian, kawan
Bukan kah engkau khalifah di muka bumi membawa risalah kebenaran dan peringatan kepada seluruh insan
Alami suasana irama hati ku yang syahdu
Agar kau memahami rahsia yang terpendam di kalbu
Selami lah diriku yang sesungguhnya amat perlukanmu
Oh sahabatku
Nak berkongsi pengalaman.... Perjalanan ke suatu tempat (the one that I mentioned before)....
2 hari sebelum ke suatu tempat anak2 singa gather, anak singa ni gi lah beli tiket bas... Masa tu belum dapat permission lagi daripada pengembala kijang.. Pakai beli je.... Tawakal tahap tinggi nih... Sehari sebelum pergi tu, anak singa barulah.. dengan senyuman yang paling manis pernah dibuat.. dan jadi anak singa yang paling rajin di dunia pada hari tu... hehehe... Punye lah payah, tak reti nak citer.. macam mana seekor anak singa nak melepaskan diri daripada kandang anak kijang...... Kalau masuk pertandingan bersyarah dan pertandingan beri alasan... boleh menang, insya-Allah... Anak singa yang sebelum ni tak pandai bermadah, tetiba aje pandai bersastera.... Cakap..tung..tang..tung..tang... Jeng..jeng... berjayalah meyakinkan pengembala anak kijang.. Lantas, anak singa kegembiraan... Tapi, di hati berdebar-debar, syahdu.... Mohon banyak2 kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan.......
Seawal pagi.... anak singa terkocoh-kacah menyiapkan barang2.... takut tertinggal bas.... First time anak singa travel sorang2 naik bas.... Memula tu tercangak-cangak kat stesen bas... Terasa cam pelancong lak... Aku nengok.. jam baru 8.47 pagi.. Bas patut bertolak kol 9... Tapi tak pueh ati gak, pi la pondok tiket..tanya bas dah sampai blum.... Kakak tu sengih je.. Pak cik seblah kakak tu kata, "Adek poi dok kat tempat menunggu sana tu..... Kang di tiak (teriak) nama bas.. ada poi lah.." Aku pun, dengan jakunnye dok 'tercokoh' kat situ.. 'terkedip-kedip...terkedip-kedip' tunggu bas... Lupe lak yang aku bawak satu buku.. Kakak bagi buku ni...... Aku dah baca 1/4 buku tu... Lantas, tanpa berlengah aku pun baca buku tu.... Aku tenggelam bersama isi buku tanpa menghiraukan persekitaranku.... Persekitaran yang sememangnya meruntun jiwaku untuk mengubahnya tetapi apakan daya untuk bergerak seorang..atau bergerak dalam kumpulan yang kecil.. atau bergerak di tengah2 ke'ignorance'an itu.. Tetapi, Rasulallah SAW berjaya kan? Mula2 begerak seorang... kemudian bergerak dalam kumpulan yang kecil... dan juga bergerak di tengah2 ke'ignorance'an...... Sambung balik bace buku... Sampai lah bas tu di'announce'kan.. Sejak kebelakangan ni... banyak betul, kes2 accident melibatkan bas.. Doa banyak2 kat Allah moga diselamatkan sepanjang perjalanan hingga ke destinasi yang nak dituju.. Tapi, kalau mati sekalipun.. semoga syahid kan....?!? Naik lah bas tu... cari lah seat .. nombornye 21... teringat lak citer Syukur 21... hehe.. abad ke 21... bermula lembaran utk ku memulakan langkah tapak demi tapak untuk membina abad ke 27 yang lebih gemilang (6 abad=600 years... jangan lupe projek kite!!) walaupun, mungkin aku tak de lagi mase tu.. Doa2 lagi, agar orang yang dok seblah aku ni.... bukannye dari kalangan bukan mahram laa... Alhamdulillah, akhirnya seat 22 (seblah aku) didiami oleh molekul2 udara semata-mata...
Dalam bas, sambung baca buku.. Terlelap.. sambung balik.. terlelab.. sambung baca... Baru nak terlelap 3rd time... Tetiba dengar suara berfrekuensi tinggi "Pudu..Pudu!!!" Aku dah kelam kabut berdiri kat seat aku.. Ceh, rerupanya baru tiba kat entrance nak masuk bas tu... Pak cik tu plak, dah nampak aku berdiri.. Dia dah bukak pintu bas siap2.. Untuk mengelakkan rasa malu, aku pun konon2 memang nak turun kat situ lah.... Cuak betul... 1st time travel sorang2 ni naik bas.... Aku pandang kiri..pandang kanan.. Keruk kepala yang tak gtal..dalam hati "Eh..mana aku nak pi pas ni".... Alhamdulillah,tengok dari jauh ade taxi... Aku pun lambai2!! Alhamdulillah, walaupun taxi tu laju semacam, die berenti gak... Aku pun cakap "The nearest PUTRA station please".. Patutnye..bleh aje dia antor kat CM nye station,the nearest lah, tapi die nampak aku ni macam bukan org KL, so saje aje bawak taxi die sampai Masjed Jamek.. Dalam ati, "tak pe lah, pak cik ni pun nak cari makan gak"... Sabor lah yek... Aku pun tiba kat stesen tu, kelam kabut nak pegi catch the tram eh..LRT.. ade sorang kakak tahan aku.. die jual buku kompilasi doa2 mukmin... hemm.. die kata, sebahagian daripada duit tu akan disedekahkan kepada rumah anak yatim di ***... Eh, tu nama tempat yang aku nak pegi jumpe kawan2... Aku belek2 buku tu, beli la jugak... Mudah2an nasib anak2 yatim di negara ni terbela... Dan bukannya utk digunakan oleh pihak tertentu bagi mendapatkan publisiti.... Sedih plak rasanya, bersyukur mak dan ayah aku masih ada... Walau kadang2 part hati aku yang jahat ni terasa mereka "kacau" aku.... mereka "kacau" sebab sayang kan... Tapi, sayangnya..... sayang mangsa keadaan..... ert....... to be con't.... maghrib sat.... ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **7:14 PM
************************ |
| Friday, December 12, 2003 |
| ntah ape2 yang aku pikir nih....
.....baru balik dari satu tempat...jumpe kawan2 aku... kawan lama, kawan baru.... seronok, berkongsi cerita... berkongsi ilmu........ Kakak..... seronok dapat spend masa dengan kakak... walaupun tak lama..... walaupun tak sempat nak citer panjang2..... rindu betul..... rasanya bila dah ada depan kakak... lagi rindu...... doakan bersama... bekerja.... beramal.... untuk ISLAM kan.......mengharapkan kerinduan ini kan berakhir di jannah... jadi kenyataan? insya-Allah.... menang atau syahid..... ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **10:57 PM
************************ |
| Thursday, December 11, 2003 |
|
...di ukm..actually kejap lagi kelas..ape yg nak dia tanya..yea..kena hantar assingment jap lagi..semalam ..exam..alhamdulillah..jawab macam biasa..semalam juga dapat result..;)..moga Allah permudahlkan kehidupan di sini..setiap hari keje makin betimbun..betullah..banyak kerja lagi dr masa yg ada..pelik kan kalau manusia boleh rehat n sentiasa bersennang lenang sedangkan kerja banyak..
entahlah..
moga esok milik ISLAM ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **1:26 PM
************************ |
| Monday, December 08, 2003 |
|
tanaman terkadang bertimbun pasir , terkadang sebahagiannya dimakan hama, terkadang hangus kerana kekeringan ..dan terkadang tergenang oleh air..tetapi petani yg cerdas mengetahui bahawa ia adalah tanaman jangka panjang dan berkembang, kerana itu ia harus mampu mengatasi segala bentuk penyakit dalam waktu yg panjang sehingga ia tak boleh melakukan penyimpangan dan berasa cemas, juga tidak boleh mencuba mempercepat kematangannya dengan berbagai sarana yang tidak sesuai dengan fitrah yg tenang, stabil, luwes n penuh kasih sayang...
.........
semua org bercerita mengenai pengalaman masing2..pengalaman ziarah ke satu tempat ke satu tempat..usu takde nak cite pegi umah org..tp org yg datang rumah usu..;)..alhamdulillah..actually..baru je pindah bangi dalam 1 minggu..tp alhamdulillah..tiap2 hari ade je tetamu yg datang n berkunjung wp rumah tue terpaksa naik tangga..maklumlah di oz semua naik lif..kurang2 exercise pagi2..ye tak..semalam ramai yg datang..malam pun selalu org dtg..budak jaipetra ada, budak oz lah plg ramai..budak uia ada..kesian..takde tong gas lagi..takleh nak jamu sedap2..import tong gas sangat jauh..so lambatlah gayanye sampai..
a'ah..ummu bile nak dtg..;)..kak ruq..:)..miss u so much..asytaqqi alaik..bee...meih la jengok2 sini..ikutkan nak ziarah..memang tak terlarat..buatlah yg termampu..lagi2 di BBB nie..tanah yg subur..banyak betul tempat yg boleh di ziarah..
apapun..ahlan semua ke BBB... ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **10:58 PM
************************ |
| Friday, December 05, 2003 |
| Hari yang kurang produktif....
..............tidakbest.................
------------penat-----------------
*****tapiapayang********
#####akudahbuat######
<<<<<>>>>>>
((((((((((((hariini)))))))))))))))))) ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **6:56 PM
************************ |
| |
|
mood kurang baik hari ini..susah nak kata.. ngalir sepanjang hari..ujian adalah tarbiyyah dari allah..sabar..mudah nak kata..tp nak buat susah...bile org lain kene..kita akan kata..sabar...mehnah, dugaan...biasalah...tp kita pulak.. It only Allah yg tahu..bersabarlah
lama tak tulis di blog..susah nak kata..kerja bertimbun...every week ada exam, bayangkan kelas pertama dan kena hantar assignment ..tension tol :((, mmg rasa tak best terikat...tak perlah utk ISLAM...statistik...management accounting...oklah..minatlah jugaktak minatnyer marketing management :(apapun moga diberi kekuatan utk meneruskannya pada hari2 yang mendatang...dalam kelaas MBA ader 2 budak Yaman...lecture definately in English...2 budak tu ..sikit2 jer tahu English, dulu degree Engineering tp Arabic :)...sblm lecture ada taaruf dahulu..sama ada dah degree BBA...tetiba giliran usu..syariah dari Azhar...terkejut giler semua orang ...hehehe boleh ker budak ni amik master business admin...hehe...bdk Yaman lagi lagi ...mintak jadi translater dier org...susah tuh..boleh cuba...tapi..istilah2 business nie dlm arab ..hehe...payah dan...mende turn over, step cost, marginal,...bla..bla...dlm arabic...mass class...bila budak Yaman blur jer... lecturer akan ..a'ah..ape dlm B.Arabnyer..bolehla terang sikit2...hehe...mamalukan cakap kuat2...budak Yaman tu ujung sana kita duduk ujung sini....kelakar...kelakar...susah nak ponteng..gayanyer lepas nie after class...cepat2 lari sbb budak Yaman tu panggil ...hehe..sgt jahat...syadid sikit...jumpa Dr hari ni...buat appoinment nak jumpa...arini terkejar sana terkejar sini...basib baik tak sihir saja...rahib pun ada...kalau tak...gelap hati...iskh...na'uzubillah.. ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **1:01 PM
************************ |
| Wednesday, December 03, 2003 |
| Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Pergi jauh dariku, biarkanku
Jangan ganggu diriku, hai silamku
Beransur daku takut beban diri
Kerna akanku ganti dengan senyuman
Walaupun pahit yang masih ku terasa
Mungkin kali ini kan ku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini diri yang lemah, oh kasihku
Selamat tinggal silamku pergi jauh dariku, oh silamku
Selamat tinggal silamku
Allah itu maha mengetahui..... Allah itu maha bijaksana... Allah itu maha adil.....
Silam kita mungkin penuh dengan selaput jahiliyah.. Mungkin jua kini masih dibelenggu dengan sifat-sifat yang tak baik tu..... Sedangkan sahabat Rasulallah, Abu Dzar r.a pernah ditegur oleh Rasulallah kerana memanggil Bilal bin Rabah dengan gelaran 'Ibnu Assauda' (anak wanita hitam). "Hai, Abu Dzar.. masih terdapat sisa jahiliyah dalam dirimu" lebih kurang gitu kata Rasulallah kepada Abu Dzar. Lantas Abu Dzar meminta Bilal untuk meletakkan kaki Bilal ke atas pipinya..
Masya Allah..... Justeru, kita insan biasa ni... Perlu sentiasa bermuhasabah diri... Menilai sikap dan sifat kita.. berhijrah lah.... Berhijrah kepada Allah dan RasulNya.... Dan memang tak dapat dinafikan, bukan suatu yang mudah untuk berubah kepada yang baik... Apatah lagi untuk beristiqamah dengannya...Terlalu banyak tarikan, nafsu yang menipu... godaan syaitan.... Pohon kepada Allah agar sentiasa dia memberikan kita hidayah dan taufiqNya.......
"... Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari ALlah sedikitpun. Sesungguhnya ALlah tidak memberi petunjuk kepada orang2 yang zalim" -Surah Al-Qasas:50
Ada kalanya... kerap juga.... kisah silam menghantui minda.... Terkenangkan betapa jahilnya diri ini..... Penuh dengan ignorance.... Tetapi, tarbiyah Allah itu berhikmah... Dia lebih arif bagaimana untuk menulis skrip perjalanan hidup kita... Rasa sesal itu bagus, mudah-mudahan kesilapan lalu dijadikan panduan untuk kita tidak mengulanginya..... Teringat Saidana Umar.. Yang menangisi kejahilannya sebelum memeluk Islam... Membunuh anak perempuannya sendiri....
Namun begitu, jangan biarkan silam kita yang jahil itu menyebabkan kita merasakan kita hina di antara manusia lain.. Lantaran hanya kepada Allah jua kita patut merasakan kekerdilan diri kita... Justeru, bersyukurlah kita kerana Allah sentiasa ada untuk memimpin kita.... Berbalik kepada Saidina Umar..... Setelah beliau memeluk Islam... tiada seorang pun yang mengungkit kejahilannya di masa silam....
Kita tak kenal Islam..kalau tak kenal jahiliyah....
Teringat kisah kakak... Betapa mahalnya Hidayah Allah....
Dan.... hendaklah sentiasa kita beringat... Bahawa, jangan sekali merasakan diri telah menjadi baik lantas kita alpa untuk terus mengislahkan diri..... Berusaha melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya... dan ucapkan Sayonara Jahiliyah....
Ya Allah.... jangan Kau pesongkan aqidah dan akhlaq kami sesudah Kau memberikan kami petunjukMu.........
Salam ukhuwah dan mahabbah..
Semoga beristiqamah...
Wassalam ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **9:45 AM
************************ |
| Tuesday, December 02, 2003 |
|
Assalamualaikum.......
Hari ini ana jadi penganalisa lagu..... Ni antara nasyid fevret ana... dari Hawari.... tajuknya Rintihan....
Di malam ku menangis sepi
Derita hati yang melanda diri
Kerana dosa yang menyelimutiku
Ku pinta dariMu kasih yang sejati
Di malam sepi ini
Ku lukis lagu rindu
Menanti kasihMu hadir dalam jiwaku
Oh hadirlah cintaMU dalam hati nurani
Pimpinlah diri ku dalam redhaMu
Dengarlah rintihan dari hambaMu ini
Ku pohohn restuMu dan ampunan dariMu
Oh Tuhan dengarlah rayuan hatiku ini
Ku sujud padaMu tanda kasih sayangku
Di malam sepi ini
Ku lukis lagu Rindu
Menanti kasihMu hadir dalam jiwaku
Hadir hadirlah cintaMu dihatiku
Rintihan.... Manusia sering merintih.... Bila ada masalah.... Manusia sering mengeluh... Bila kesusahan melanda diri..... Manusia sering gelisah...
Biler dah tension... Mula lah, susah hati.... Keluh kesah..... Meronta jiwa..... Sahabat memainkan peranan yang sangat penting ketika ini... Sahabat yang baik akan membantu kita di kala kita bermasalah... Terutama apabila kita meluahkan perasaan kita....
Rasulallah bersabda... Seorang mukmin adalah cermin untuk seorang mukmin yang lain..... Rasulallah kata lagi... Seorang sahabat yang baik, apabila kita melihatnya..mengingatkan kita pada Allah...
Setiap masalah ada puncanya.... Sahabat dari kalangan orang mukmin membantu kita bermuhasabah diri... Membawa kita kembali, mengimbas titian kehidupan yang berliku... Bersama-sama 'detect' punca masalah... Membantu meleraikan masalah.....
Di kala ini.. sahabat akan mengingatkan kita bahawa setiap kesusahan adalah ujian Allah..... Dan mengingatkan jua bahawa Allah tak pernah menguji kita melampaui batas kemampuan hambaNya.... Dan memperingatkan lagi bahawa Allah mengetahui apa yang lebih baik buat hamba-hambaNya... Allah kan maha mengetahui..... Walau tak semua masalah mampu diselesaikan sang sahabat... Tetap menjadi pendengar setia.......
Di kala terasa lemah jiwa... longlai hati... dek problem yang mengkaco idop...... Sering juga syaitan melalaikan hati kita.... Sering kali emosi kita dileretkan... Time ni manusia sering ikut perasaan.... Jadi macam budak2... Sikit2 nak mengadu..... Memanglah... hati terasa lebih senang dan lega...... Berkongsi masalah dengan teman tiada salahnhya...... Setiap manusia ada pusat pengaduan masalah yang paling best sekali............... mengadulah kepada Allah......... membuatkan kita akan lebih mengingati Allah..... mengenangkan kehebatan dan keagungan Allah... dan betapa kerdilnya diri kiter..... Bukan ke .. Dengan mengingati Allah, hatimu akan menjadi tenang... kan..kan..
Ni ade skrip drama yang aku alter sket2...
Budak A: Aku rasa.. tak patutnye citer apa2.. kat sapa2... pasal apa yang aku confront masalah sume nih
Budak B: kenapa?
Budak A: tapi terasa best plak nak bercerita
Budak B: kenapa tak patut lak?
Budak A: bile cerita kat orang..tensen die rasa kurang..lebih lega.. kiranya ngadu kat orang.. kalu diam2..tensen lebih sket..
Budak B: apa guna sahabat
Budak A: tapi kalau ngadu kat Allah ... pahala boleh dapat lebih untuk setiap mehnah yang kita hadapi..Contohnye… cam saidina Uthman ke Umar..ke sape tah Abu Bakar kot.. Dia cakap…dia tak ceritakan masalah2 die kepada sape2 melainkan pada Allah
Dari Allah kita datang... Kepada Allah kita kembali... Maka dengan itu.. apa jua yang melanda... Kembali lah kepada Allah.... Dan sahabat..... Tetap menanti dengan setia... Allah pun memang menghadiahkan sahabat kepada hamba2Nya untuk membantu kesusahan.. untuk berjuang bersama2.... dan untuk bersama menggembirakan jiwa.....
Tambah sket... Teringat kata2 seorang sahabat ni....
Satu analogi yang menarik tentang cinta……………..ada satu kawasan tanah yang lapang…..terdapat lalang/rumput liar tumbuh memenuhi kawasan tanah lapang tersebut……..katakan kita campakkan satu biji benih di atas tanah itu, adakah mungkin akan tumbuh pohon dari biji benih tersebut. Jawapannya sudah tentu tidak, sebab tanah tersebut telah dipenuhi dengan rumput2 liar tadi…………..
Tanah lapang itu adalah ibarat hati kita………….dan rumput2 liar/lalang tersebut adalah cinta kita terhadap dunia ( manusia, harta, pangkat dll )…..manakala biji benih yang dicampak itu pula adalah cinta kepada Allah……..mana mungkin cinta kepada Allah akan hidup dan subur di dalam hati yang penuh dengan cinta terhadap dunia ( sebagaimana tidak akan tumbuh pohon di atas tanah yang penuh dengan rumput liar )………tidak cukup kita mengaku bahawa hati kita cintakan Allah , jika dalam masa yang sama juga hati kita terikat dan menjadi hamba kepada cinta dunia……….kita hanya akan dapat merasakan kemanisan cinta Ilahi jika kita mampu menbuang segala rasa cinta kita terhadap dunia yang serba sementara ini………….sebab itu, bukannya mudah untuk kita mendapat cinta Ilahi……………pertama kita kena buangkan dulu lalang/rumput2 liar dari atas tanah tadi ( buangkan cinta dunia dari dalam hati kita )…..kedua, kita kena semaikan biji benih di atas tanah yang lapang ( semaikan cinta Allah ke dalam hati kita
> > > )……..seterusnya setelah tumbuh pohon, kita kena bajai dan sirami pohon tersebut supaya tumbuh dan membesar dengan sihat ( suburkan cinta Allah dalam hati kita dengan amal ibadah )…………
Panjang pulak.....
Saje...
Nampak sangat tengah rindu....
Teman-teman seperjuanganku...
Miss u fillah.......
Wassalam ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **6:49 PM
************************ |
| Monday, December 01, 2003 |
|
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati ..
#mood kurang baik hari nie..sedih pulak..dengar lagu nie..menyentuh jiwa..
ada sesuatu...di hatiku..
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki..
** penulis
**WANITA ISMA
** jam **3:11 PM
************************ |
| |
|
Tempat ku meluah rasa.... Tempat ku berkongsi cerita... Tempat ku mengisi kekosongan jiwa.. Membaca karangan si kakak yang setia... Tapi, ari ni adik dah buat kakak merajuk.. Sebab adik buat blog sendiri tadi.. Tanpa pengetahuan kakak... Tak berniat nak menduakan Raqaiq.... Niat baik nak buat satu blog baru yang lebih umum pengisiannya..... Tak sangka akak terguris pulak.. Huhuhu... tak pe.. selagi akak ta kebah dari merajuk.. Adik tak buat ape2 ngan blog baru tu.... ** penulis
**Ummu Insyirah
** jam **3:10 PM
************************ |
| |
|
kesian tgk semua org berada di planet yg salah..usu sorang je yg berada di planet yg betul kot..;)..tak tahulah planet yg salah atau makhluk yg tersilap..entahla..setelah wafatnya org yg paling kita cintai iaitu rasulullah saw..manusia semakin hari semakin lalai..semakin hari semakin hanyut..namun Allah telah menetapkan ada tokoh2 yg bakal bertugas memperbaharui semangai juang di setiap kurun..mereka bukan nabi n bukan rasul krh tidak ada nabi setelah wafatnya rasul...mereka adalah mujadid yg mengejutkan ummah yg tidur lena n mengetuk pintu hati umat islam yg keras n lupa pd ajaran islam hingga menyebabkan mereka ditindas sepanjang zaman..
sejarah membuktikan kemunculan tokoh2 ini mewarnai kehidupan n perjuangan..ada diantara mereka berjaya mengembalikan keagungan islam dgn izin n kuasa Allah n sempat meraikannya bersama2 umat islam..ada juga yg tidak sempat mengecapi kemenangan dunia lantaran Allah menjemput nereka dgn dikurniakan pangkat n gelaran yg sgt agung...SYAHADAH!..SYUHADA'...biarpun mereka pergi..namun anak didik mereka..tetap meneruskan perjuangan mereka..merempuh jalan yg mereka terokai utk sampai ke destinasi yg dituju..sama ada ..annasr atau syahadah..itulah kemuliaan yg hakiki..
-ketika ancaman 'riddah' ..lahirlah Saidina Abu Bakar As Siddiq
-ketika berlaku pertelingkahan di zaman Muawwiyah ..lahirlah Saidina Al Hasan sbg pendamai..
-apabila daulah islamiyyah diancam golongan salib..muncullah tokoh2 seperti Salahudin Al Ayyubi..
-Apabila Tartar memasuki Abbasiyyah..best giler citer nie..;)..lahirlah Qutuz..Abdullah Ibnul Mubarak dll
dan pd kurun ke 20..apabial runtuh kerajaaan Islam Othmaniyyah di Turki...lahirlah pendokong gerakan Islam..AsSyahid Al-Imam Hassan Al Banna..
...fatahaha omar..wa harraraha salahuddin..wa man laha al-a'an??...;(((((
tokoh2 ini akan terus muncul membangkitkan semangat jihad di setiap zaman..ada juga pejuang yg tidak dikenali ramai..namun semangat juang n jihadnya tak kurang hebatnya berbanding tokoh2 lain..mereka bukanlah mengharapkan permaidani indah dihampar apabila mereka sampai n tidak juga menagih paluan kompang menyambut ketibaan mereka..apa yg mereka harapkan..akan ada anak didik mereka bakal mencorakkan pentas perjalanan yg mereka tinggalkan..
kalaupun kita mninggalkan jalan ini..pasti akan ada yg mengisinya krn ALLAH pasti akan memenangkan agamanya di akhirnya..cuma ...naifkah kite membiarkan org lain mengisi kelompok2 yg sedikit ini..kelomok ini akan terus berjalan..tidak akan rugi sedikit pun andai kita tidak menyertainya bahkan kita yg rugi krn tidak sempat mengejarnya..
moga2 kite tidak menjadi 'almusaqituna fi thariqun da'wah'..
p/s linda: sorry yea..tengah seronok2 cakap..ter dc
nana n adik..sweet journey..bila nak mai lagi..next week..k..
akak n kak syah..: air..air...internet,..telefon..kay..pening...zzzzz
ummu; seronok jugak dpt cakap ngan ummu..syukran stokin...hehe..kak idah nak jugak..
....
banyaknye gambar budak2 jepun..australia..mesir..yg usu kenal bg ucapan kat utusan..gambar usu singgah jap kat australia pun boleh masuk..macam mane tue...;) ** penulis
**WANITA ISMA
** jam **9:51 AM
************************ | |
|